Sebuah Drama Komedi Thriller yang menghiburkan! Sinopsis Drama THE MAID
“Memang saya. Saya yang bunuh. Saya bunuh macam gini gini gini.. Bersepah darah! Tangkap laaa saya.
Saya bergadoh malam tu.. Punca gadoh sebab Elisa kata saya masak tak sedap.
Saya pun tak tahu.. Saya tak tahu kenapa saya tergamak tikam dia!” – Mel
Tetiba jer Maid Suhana mengaku dia bunuh Elisa?
Siapa Elisa dan mengapa Mel mengaku dia yang bunuh Elisa?
Sinopsis Drama THE MAID Astro 2021

Jaydin bin Haji Niskam lakonan Norman Hakim.
Seorang novelis dan usahawan berjaya. Kebanyakan novel-novel beliau terlaris dipasaran sepanjang tahun.
Novel yang paling laku adalah Mr. Payung Emas
Isteri kedua Nadia Naquyah binti Meor Anuar lakonan Datin Ena Azman
Seorang usahawan salon kecantikan, Instafamous dan chef terkenal di Malaysia. Sedang mengandung 2 bulan. Beliau isteri kesayangan Jay
En. Jay ada 4 orang isteri.
Pertama Suhana lakonan Sherry AlHadad
Kedua Nadia lakonan Datin Ena Azman
Ketiga Fika lakonan Ezzaty Abdullah
Keempat Elisa lakonan Mira Filzah
Isteri pertama Suhana binti Pandak Ayop lakonan Sherry Alhadad
Pemilik ladang durian terbesar di Perak. Ada 2 orang anak perkahwinan yang lalu.
Isteri ketiga Fika binti Naim lakonan Ezzaty Abdullah
Seorang atlet Silat Malaysia. Pemenang pingat emas silat Sukan SEA 4 kali berturut-turut.
Isteri keempat Elisa binti Alias lakonan Mira Filzah.
Seorang pereka dalaman. Seorang isteri yang paling muda, paling cantik dan yang paling disayangi. Iyer ke? HAhaa
Bagaimana kisah Jay mula mengenali isteri-isterinya?

Jay bekerja dengan arwah bapa Suhana. Dari situ laaa Jay mengenali Suhana. Ramai kata Jay yang memikat Suhana dulu tapi sebaliknya. Jay yang memikat Suhana
Jay mengenali Nadia melalui instagram. Jay selalu like like gambar Nadia dan dari sini laaa mereka mula dm mesej dan berbual di telefon.
Nadia juga tertarik dengan Jay sebab personaliti Jay yang tampan. Kemudian mereka pun berkahwin. Jay amat suka masakan Nadia. Walaupun Nadia sedia maklum Jay Suami orang namun Nadia sudi bermadu.
Jay mengenali Isteri ketiga Fika di Chow Kit. Ketika itu Jay hampir di rogol dan Fika yang menyelamatkan Jay. Yelah . . . Athlet Silat laaa katakan.
Jay mula mengenali Elisa isteri keempat ketika Elisa buat hiasan dalaman di rumah Fika. Dari situ mereka mula mengenali antara satu sama lain. Selepas rumah Fika siap barulah Elisa menerima cinta Jay.

Sinopsis Drama THE MAID Astro
Mengisahkan tentang kehidupan Jay bersama empat orang isterinya iaitu Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang mula jadi popular setelah Jay mengabadikan kisahnya dalam berpoligami menerusi sebuah novel bertajuk Mr Payung Emas. Pada luaran, kehidupan mereka nampak bahagia namun hakikatnya, Suhana, Nadia, Fika dan Elisa saling membenci. Hanya pembantu rumah masing-masing yang mengetahui kisah mereka.
Konflik terjadi apabila isteri keempat, Elisa telah terbunuh ketika perjumpaan keluarga. Oleh kerana semua ahli keluarga berada di tempat kejadian, mereka adalah suspek utama pembunuhan. Jadi mula timbul persoalan tentang, siapa pembunuh sebenar Elisa dan mengapa pembunuhan itu berlaku.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?

Saksikan drama ‘The Maid’ membawakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang. Drama genre komedi thriller, diarahkan oleh Helmi Yusof. Akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
JUDUL : Drama THE MAID
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 6 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Juita Viden
PELAKON : Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin
WATAK PELAKON
Norman Hakim sebagai Jayden
Sherry Alhadad sebagai Suhana
Mira Filzah sebagai Elisa
Eina Azman sebagai Nadia
Ezzaty Abdullah sebagai Fika
Siti Khadijah Halim sebagai Citra
Zarina Zainoordin sebagai Yana
Isha Norsham sebagai Ratu
Nadya Syahera sebagai Juju
Ieda Moin sebagai Kak Mel
Nabil Aqil sebagai Remy
Andy Teh sebagai Bahar
Fad Anuar sebagai Jamal Badri

Kenapa agaknya Elisa di bunuh?
Adakah sebab dia terlalu manja, selalu nak menang?
Sebab berkahwin dengan suami member baik?
Atau sebab dia suka cakap belakang?
Siapakah pembunuh Elisa?
Suhana isu kemarahan
Nadia cemburu
Fika dendam
Atau Jay sendiri yang bunuh Elisa sebab dia mengambil ilham daripada kisah pembunuhan Elisa ini sebagai idea novel terbaharu beliau yang bertajuk Isteri Keempatku Dari Syurga
Semua ada sebab untuk bunuh Elisa tapi siapa sebenarnya pembunuh Elisa?
Memang best giler drama ni.. Korang boleh sini Tonton Drama Online THE MAID Astro 2021
Tak tengok lagi sebab xde channel huhu. Tgk kt ig pon nampak best.
macam best gak siri ni…sebab suka sherry hahaha