Tamat dah Drama Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali. Romantik komedi yang cukup santai..! Slot Megadrama meneruskan dengan Drama TERCIPTA SATU IKATAN gandingan hebat lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN
Actually payah nak move on dengan lakonan hebat Hannah Delisha baru-baru ni tuk watak Amani dalam Drama Cinta Sekali Lagi. Best dia bawakan watak tersebut. Kali ni Hannah Delisha bawa watak yang berbeza. Korong sila tonton!
Bila dah start layan drama ni kita akan rasa tak sabar nak tahu episod seterusnya. Barisan pelakon yang hebat dan kisah yang cukup banyak konflik, persoalan yang kita berdebar nak tahu . . .
Kesian kat Leanna laaaa
Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN
Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau ada rahsia disebalik itu? Pengakhiran yang indah tidak sama, untuk individu yang berbeza. Leanna dan Daniyal bertemu bahagia. Risa pula, berjaya membebaskan diri dari belenggu kisah lama.
Akibat dendam, Daniyal cuba mendekati Jeffry dan akhirnya membawa kpd perkahwinan diantara dirinya dan juga Leanna. Walau permulaan perkahwinan Daniyal lebih bersikap beku tetapi setelah lama hidup bersama Leanna, sikap Daniyal mula berubah. Lebih-lebih lagi bila perkara utama tentang Jeffry mula terbongkar sedikit demi sedikit oleh Risa yang merasakan dirinya telah dikhianati oleh Daniyal.
Leanna walau nampak lemah dan sentiasa puas dengan apa yang dimiliki sebenarnya berjiwa besar. Sangat terkesan dgn watak Leanna yg mudah memaafkan dan sentiasa penuh dgn rasa kasih dan sayang. Walau dirinya dibesarkan tanpa kasih ibu dan hidupnya sentiasa dikawal oleh bapanya sendiri, namun Leanna sentiasa bersyukur dan sangat menyanyangi bapanya.
Sejujurnya Jeffry tidak layak untuk dihormati dan disayangi oleh Leanna kerana bagi Jeffry, anaknya itu hanyalah perhiasan semata dan maruah anak nya itu sering direndah-rendahkan olehnya kepada orang luar.
Fokus utama cerita ini sudah tentunya dari watak Daniyal lakonan Aeril Zafrel. Daniyal yang penuh dengan strategi dan matlamat. Pengalaman hidup menjadikan dirinya tidak suka untuk menerima arahan.
Namun bila berhadapan dengan Leanna, matlamat hidup Daniyal mula berubah dan yang pastinya Daniyal sentiasa dengan sikap melindungi dan sentiasa juga menjadi kekuatan Leanna dalam menghadapi realiti kehidupan.
Walau permulaan cerita kita akan rasa blur dan tertanya-tanya apa rahsia yang cuba dilindungi oleh Daniyal, namun jawapan setiap persoalan akan diperlihatkan sedikit demi sedikit sehingga kita rasa sukar utk melepaskan drama ini .
Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN
Episod 1 – Leanna seorang anak usahawan yang berjaya iaitu Dato’ Jeffery. Daniyal dan rakan-rakannya merancang dengan baik untuk membalas dendam kepada seseorang.
Episod 2 – Dato’ Jeffery sangat berminat dengan Daniyal dan menemukan Daniyal dengan Leanna. Daniyal dan Leanna bersetuju ingin berkahwin. Tetapi sesuatu terjadi kepada Dato’ Jeffery.
Episod 3 – Rissa yang sudah pulang dari luar negara ingin memastikan Daniyal kekal dengan tujuan utama dia. Daniyal mendapat tahu Zhafran cuba untuk mengagalkan rancangannya.
Episod 4 – Leanna mula meragui tentang kematian bapanya selepas menerima satu mesej yang mencurigakan. Rissa dan Sirhan tidak puas hati apabila Daniyal cuba mengubah perancangan asal mereka.
Episod 5 – Leanna mula menyiasat tentang syarikat bapanya kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan Daniyal. Daniyal dan Zhafran mula meragui antara satu sama lain. Daniyal menuduh Zafran meracuni fikiran Leanna.
Episod 6 – Leanna dan Daniyal mula tidak tinggal sebumbung kerana Leanna meragui Daniyal mempunyai muslihat tersendiri. Rissa tidak akan mengalah untuk mendapatkan Daniyal dan cuba menghancurkan rancangan Daniyal.
Episod 7 – Leanna mendapat tahu hal sebenar mengenai arwah bapanya dan cerita silam Daniyal. Rissa cuba untuk meracuni fikiran Daniyal apabila Leanna meragui banyak hal tentang Daniyal.
Episod 8 – Zhafran, Rissa dan Sirhan bertemu tanpa Daniyal. Zhafran mengingatkan mereka untuk tidak pentingkan diri. Dalam pada masa yang sama, Zhafran cuba untuk merampas Leanna kembali kepadanya dalam diam.
Episod 9 – Anita sangat terkejut apabila mendapat tahu Leanna pekerjanya adalah anak kepada Dato’ Jeffery. Kak Nida mengingatkan Daniyal untuk berhati-hati dengan Zhafran.
Sinopsis NOVEL TERCIPTA SATU IKATAN
Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.
Kenapa you kahwin dengan I? – Leanna
Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?
Because I love you – Daniyal
Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.
Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! – Risa
Don’t do this, Risa. I don’t want to fight with my own sister. – Daniyal
Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.
Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?
Nantikan drama ‘Tercipta Satu Ikatan’ adaptasi novel karya Laydee Amarfi bakal disiarkan di slot MegaDrama Astro ria. Menampilkan gandingan utama Aeril Zafrel dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Tercipta Satu Ikatan bersiaran mulai 29 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Asro Ria.
JUDUL : TERCIPTA SATU IKATAN
EPISOD : 20/28
TARIKH TAYANGAN : 29 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENULIS NOVEL : Lady Amarfi
PENGARAH : Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Hasnol Rahmat, Elnisa Ryun, Qhaira Imani, Zazly Baginda, Liyana Yusof, Azhar Amir, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen
WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Daniyal
Hannah Delisha sebagai Leanna
Izzue Islam sebagai Zhafran
Sophia Barakbah sebagai Rissa
Nadhir Nasar sebagai Sirhan
Nadiyah Shahab sebagai Anita
Esma Daniel sebagai Dato Jeffrey
Hasnol Rahmat sebagai Kobeng
Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
Fazira Shafinaz sebagai Azizah
Nada Syuhada sebagai Kak Nida
Elnisa Ryun sebagai Sandra
Qhaira Imani sebagai Aleeya
Zazly Baginda sebagai Razili
Liyana Yusof sebagai Datin Rogayah
Azhar Amir ssebagai Dato Imran
Ratu Fyda sebagai Qish
Syed Irfan sebagai Daniyal
Aqil Nahar sebagai Sirhan
Damia Qaissarah sebagai Risa
Mia Deen sebagai Intan
LAGU TEMA / OST
Lagu: Adira Suhaimi
Penyanyi: Kesempatan Bagimu
Komposer: Ikhwan Fatanna / Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna / Arisz Ab Rahman
Best giler drama ni kannn..!! Barisan pelakon memang all out lakonan mereka. Kalau kroang terlepas episode, don’t worry. Tonton Online Drama Tercipta Satu Ikatan
Antara dendam dan cinta yang mana yang akan menang?
Comments (9)