• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI gabungan mantap Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha

November 11, 2020 by Nina Mirza 5 Comments

Amacam ending Drama Ryan Aralyn ? Happy ending semua pun suka kannn? Anis mati di tembak Taiko dan Alif ditangkap polis atas kerana menculik Aralyn. Cuma nya minggu akhir drama ni macam slowmo sangat. Rasa bosan lama sangat Aralyn dan Ryan merajuk nak berbaik. Ego sangat depa tu kannn? Tapi ok laaa, happy ending. Akhirnya Ryan dan Aralyn bersatu kembali. Drama CINTA SEKALI LAGI

Ok, Slot Akasia seterusnya dihiasi dengan Drama CINTA SEKALI LAGI, romantik komedi kali ni bukan adaptasi novel ni tentunya bakal trending lakonan hebat gandingan tiga terajui utama iaitu Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha.

Selepas seminggu Drama ni dah ditayangkan, Nina dah tonton dan seronok lak dengan karektor setiap watak dalam drama ni. Memasing memainkan watak dengan bersahaja.

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI Full Episod Tonton Online

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI

Mengisahkan kisah hidup dua beradik iatu Amanda dan Amani. Amanda lakonan Nelysia Senrose sentiasa dipersalahkan oleh Amani (Hannah Delisha) kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya semasa kanak-kanak.

Sejak peristiwa tersebut, Amanda telah berjanji dengan adik yang dia akan sentiasa memberi sepenuh perhatian untuk Amani dan sanggup lakukan apa saja demi adiknya. Kerana itu, sikap Amani mementingkan diri sendiri dan sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Pertemuan Fahad (Saharul Ridzwan) dan Amanda (Nelydia Senrose) tanpa sengaja membibitkan rasa cinta di hati mereka. Amanda baru dilantik jadi ‘Jewellery Designer’ di Anggun Jewels. Dia sering berselisih faham dan dengan Fahad, pengurus di situ. Fahad seolah-olah tidak suka dengan kehadiran Amanda dan suka cari pasal dengan Amanda. Ada saja yang tidak kena di mata Fahad.

Satu hari ibu Fahad (Dilla Ahmad) hampir pengsan dan secara kebetulan dibantu Amanda yang ada sama di surau ketika itu. Ibu Fahad berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu rupanya Amanda adalah rakan sekerja yang selalu diceritakan Fahad.

Amani masih belajar tapi sibuk mahu kahwin dengan Ungku Mukhlis lakonan Raja Afiq sepupu kepada Fahad. Bagi Amani, Ungku Mukhlis merupakan jejaka terbaik untuknya dan akan memenuhi impian hidupnya ingin jadi seperti ‘Cinderella’ – hidup senang penuh dengan kemewahan.

Ibu Amanda dan Amani lakonan Haleeda Mazlin mengenakan syarat pada Amani harus menamatkan pengajiannya daulu sebelum berkahwin dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama.

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI

Amani menganggap syarat ibunya untuk Amanda kahwin sama sebagai penghalang impiannya. Sedangkan dia tak tahu ambil hati orang tua Ungku Mukhlis sewaktu pertama kali berkenalan dengan keluarga Ungku Mukhlis malah Amani dilihat lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Ungku Mukhlis.

Dipejabat hubungan Fahad dan Amanda semakin tegang dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain) rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat bilamana Fahad digantung kerja.

Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Amanda telah bekerjasama dengan pembantu Fahad – Taquidin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak itu, Fahad mula berbaik dengan Amanda dan mula menerima kehadiran Amanda dipejabat tersebut. Mereka jadi semakin rapat.

Ibu Fahad telah melamar Amanda untuk Fahad tanpa pengetahuan Amanda. Amani memujuk kakaknya agar merima lamaran tersebut kerana Amani menuntut janji Amanda akan lakukan apa saja untuk tunaikan permintaannya dan lagi pula Amani sudah tidak sabar ingin berkahwin segera dengan Ungku Mukhlis.

Kerana janji, Amanda terpaksa menurut kata adiknya dan memberi tempoh 3 bulan pada Fahad dan andai mereka serasi, Amanda akan meneruskan pernikahan mereka.

Dalam diam rupanya Fahad sememangnya telah jatuh cinta pada Amanda sewaktu pertama kali mereka bertemu. Dengan penuh rasa cinta akhirnya  mereka berkahwin.

Amani membayangkan impiannya akan menjadi kenyataan, majlis perkahwinan yang gah dan dia secantik Cinderella. Malangnya dia amat kecewa apabila keluarga Ungku Mukhlis hanya mengadakan majlis secara sederhana dan rupanya Ungku Mukhlis hanyalah lelaki biasa, tidak mewah kaya raya seperti yang dibayangkan. Impiannya hancur!

Amanda dan Amani mengandung anak pertama, Amani cemburu bila lihat Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah. Dendam Amani pada Amanda semakin membuak-buak. Tidak mahu sama sekali kakaknya dapat lebih dari dia!

Selepas 7 tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua cahayamata dan mereka berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan – orang gaji di rumah Fahad.

Amani cemburu bila ketahui Ungku Mukhlis masih menyimpan hati pada Farhana (adik Fahad iatu sepupu Mukhlis). Lalu Amani menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah (ibu Fahad).  Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan MUkhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam dia menggoda Fahad kerana dia nekad untuk menghancurkan hubungan Fahad dan Amanda dan ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terpedaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani.

Sinopsis Drama CINTA SEKALI LAGI

Adakah kejahatan Amani akan terbongkar?
Berjaya kah Amani memisahkan mereka?
Terleraikah persengketaan konflik kekeluargaan antara mereka?
Adakah Amanda sanggup menurutkan lagi janjinya pada Amani – lakukan apa saja, tunaikan apa saja permintaan Amani?
Masihkah ada peluang untuk Fahad merayu CINTA SEKALI LAGI Fahad dari Amanda?

Drama bersiri ‘Cinta Sekali Lagi’ bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Pali Yahya. Ditayangkan pada bulan September 2020.

JUDUL : CINTA SEKALI LAGI
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya

Lagu OST Drama Cinta Sekali Lagi ialah lagu Tanpa Rela – Misha Omar

Tanpa Rela – Misha Omar
Lirik Lagu Tanpa Rela – Misha Omar

Saat Engkau Pergi
Dan Tinggalkan Cintaku
Terbiar Hatiku Hanyut Tak Terpujuk
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Tegarnya Kau Mengakhiri
Dan Memilih Dia
Hanya Aku Dan Diriku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku
Semua Terjadi Atas Kemahuanmu,
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku… Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Hanya Aku Dan Diri Ku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku…
Berakhir Kisah Duka Antara Kita
Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya

Amacam? Penuh dendam dan konflik kannn?
Tak sabar nak tonton ending Drama CINTA SEKALI LAGI ini. Kot korang terlepas episod Drama Cinta Sekali Lagi, dont worry…
Koran masih boleh tonton Drama Online iQIYI CINTA SEKALI LAGI Full Episod 1 – 28  . Mudah jer search, semuanya dihujung jari! Boleh laaa marathon tanpa iklan. Lagi syiok kannn?

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Drama Movie, Personal, Review Tagged With: CINTA SEKALI LAGI, Drama 7pm, Drama sangat, Full Episod, Hannah Delisha, INFO DRAMA TERKINI, iQIYI, Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan, Slot Akasia, Tonton Drama Online

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. Shafyqah Azahar says

    November 12, 2020 at 9:08 am

    tengah tunggu habis semua episod baru nk tgok

    Reply
  2. Aisya Ismail says

    November 12, 2020 at 10:40 am

    Turn off sungguh kalau ada cerita curang2 tak percaya isteri ni.

    Reply
  3. Nadia johari says

    November 13, 2020 at 3:16 am

    Memnag tengah layan cerita ni.. Huishh sampai lepas ada anak masih dendam.. Bodohla fahad percaya kat amani

    Reply
  4. Mek Tie says

    November 27, 2020 at 11:38 pm

    Rasanya kalu dapat masuk dalam TB ne maunya si amani dan si farhad kena tumbuk geram weh, hakak pula teremosi.. Si Amanda pun satu baik sangat ‍♀️‍♀️ geramnya sampai nak cepuk2…

    Reply

Trackbacks

  1. Sinopsis Drama BIDADARI SALJU TV3 - Nina Mirza says:
    December 17, 2020 at 1:25 am

    […] dah drama trending Amanda Amani dan Fahad! Drama CINTA SEKALI LAGI . Best ke ending? Biasalah tipikal drama melayu tentu aje happy ending. HAhaa.. Walau hakikat ramai […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa