Sapa suka Muffin? Resipi MUFFIN VANILLA
Ni laaa kudapan yang paling kerap Nina buat sebab method dia senang sangat.
Kaup balik jer bahan basah bersama bahan kering.
Tips dia Jangan Over Mix
Tak payah mixer pun
Hanya perlukan oven, kalau takde oven, air fryer pun buleh.
Tekstur nya lembut, gebu..
Senang dihidangkan sebab style cupcake. Nak buh dalam cup boleh, nak bogel kan dia tanpa dipakaikan baju pun buleh.
Topping pun ikut suka
Apa bahan ada letak jer atas dia as topping.
Chocolate Chips, kismis, cheese, almond atau apa jer.. Ikut laaa selera tekak memasing sebab kita yang nak makan.
Baca : TIPS STEP BY STEP CARA BUAT MUFFIN GEBU GEBAS MOIST ALA KENNY ROGERS GERENTI JADI
Resipi MUFFIN VANILLA Chocolate Chips
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam
Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.
Cara-caranya
1.- Panaskan oven pada suhu 180c-190c
2.- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
3.- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk jer
4.- Kemudian tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi. Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
5.- Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
6.- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup. Letakkan chocolate chip kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
7.- Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Sedia dihidangkan. Korang suka muffin apa?
Korang boleh jer pelbagai jenis muffin lain. Nah . . . Intai sini 10 Resepi Muffin Mudah Sedap Gebu Gebas Moist Wajib di Cuba!
You can’t wait to go on your first date, but how will you do your makeup? Makeup is a great way to enhance your natural beauty and help you feel more confident.
Having a clean surface to work on will help your makeup last longer and keep your skin healthy. Everyone’s skin is different, so use an amount of moisturizer that works best for you!