• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU Aiman Hakim dan Nabila Razali

November 25, 2020 by Nina Mirza 1 Comment

Dah agak lama tak nampak Aiman Hakim kannn? Suka lakonan beliau!
Setelaha sekian lama, kali ni Aiman Hakim bergandingan dengan Nabila Razali dalam Drama Komedi yang mencuit hati. Sinopsis Drama BIAR MEREKA CEMBURU

Seperti biasa, Aiman membawakan watak lelaki bergaya berharta. Mungkin raut wajah nya, penampilan, style nya memang sesuai watak sebegitu kann?  Tak kisah laaa, janji lakonan dia superb dan natural so watak apa pun in to drama. 

Nabila Razali walaupun seorang penyanyi namun memang dia punya bakat dalam bidang lakonan. Tak di nafikan  beliau berjaya menjiwai watak yang dilakonannya.  So far paling best tengok dia lakonkan watak gile-gile! Menghiburkan memek muka dia tuuu…

Sinopsis BIAR MEREKA CEMBURU

Nadia Salleh lakonan Nabila Razali  –  satu-satunya food delivery gugirl di Tajol’s 1985 Restaurant, KL yang paling sempoi selamba. Penampilannya agak kasar macam tomboy!  Tapi kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Nadia amat minat bidang photography dan sastera. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Wow hebat!

Dia hijrah dari kampung ke bandar metropolitan sejak berusia 16 tahun dah mula bekerja demi menyara keluarga selepas kematian ayahnya.  Dia bercita-cita menjadi jurugambar profesional so dia bekerja keras untuk mencapai impiannya demi seketul camera!

Seorang rakan kerja  dan seorang lagi anak Tengku yang menagih cinta dari Nadia. Dia keliru hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam lakonan Izzat Mushtaq  –  rakan kerja yang malu tapi mahu orangnya. Selalu ada bersama di sisi Nadia. Walaupun mulut kata sayang Nadia seperti adik tapi jauh dalam lubuk hati sayangnya lebih dari itu. Cuma punyalah berat mulut Rostam ni hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. 

Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia?

 

Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dasyat seyhhh!

 

Tengku Iedil lakonan Aiman Hakim –  seorang lelaki yang punya segala-galanya. Karektor dia sikit blur blur, sengal dan gila-gila. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan budak food delivery seorang ini. dan Nadia pula hatinya bergetar tatkala dekat dengan Tengku Iedil. Aduhh . . .

Penangan cinta Nadia, dari berkereta besar sampai sanggup Tengku Iedil  tiap-tiap hari ke order food delivery di Tajol’s Restaurant.  Siap suruh kawan baiknya si Reza check jadual keje Nadia semata-mata mahu berjumpa dengan si cantik  ini. Hebatnya Nadia ni..!! Nampak tak kuasa hati Tengku Iedil dah meronta-ronta. HAhaaa     

Sinopsis Drama BIAR MEREKA CEMBURU

Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati yang dikenalinya sejak dari kecil yang tak kurang hebatnya! Cantik menawan bernama Marsha lakonan Rubini. Marsha sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan Tengku Iedil dan bertindak diluar batasan kemanusiaan bilamana hatinya disakiti. 

Bak kata pepatah – Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jauh nya nak buat istikharah! HAhaaa

Dapat kah Nadia membuat keputusan dalam memilih jodohnya?
Siapakah pilihan di hati Nadia?
Mampu kah Nadia berada dalam keluarga Tengku Iedil sedangkan Nadia serba sederhana orangnya.

 

Di Paris sesuatu berlaku yang membuatkan Nadia sedar bahawa cintanya hanya untuk  __________ ? . Kena tonton baru thrill. HAhaaa..  

Pada hari yang sama, satu kemalangan telah meragut nyawa salah seorang yang mendambakan cinta Nadia. Tanpa disangka dua hati berdegup dalam satu jasad apabila jantung tersebut didermakan buat kekasih hati Nadia. 

Siapakah yang terkorban?

Nantikan drama adaptasi novel ‘Biar Mereka Cemburu’ karya Anuar Darwisy di slot Megadrama, Astro Ria. Menampilkan gandingan Aiman Hakim, Nabila Razali dan Izzat Mushtaq. Drama komedi romantik arahan MP Roslin Sharif, terbitan Global Station Sdn Bhd. Akan datang bulan November nanti.

Sinopsis Drama BIAR MEREKA CEMBURU

JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
TARIKH TAYANGAN : November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan 

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
Nabila Razali sebagai Nadia
Izzat Mushtaq sebagai Rostam
Rubini sebagai Marsha
Aedy Ashraf sebagai Fetri
Bella Dowanna sebagai Nabila
Hasmira Azmi sebagai Sofea
Syahir Shafein sebagai Reza
Adam Malek sebagai Nabil
Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

Korang kena tonton Drama Komedi yang pasti menghiburkan korang ni. Lakonan Nabila Razali memang selamba jerr..!! Suka tengok..
Semuanya kerana Nadia.  Drama yang menerapkan persahabatan, setiakawan dan keyakinan. Walaupun drama komedi, akan ada sikit-sikit adengan yang akan menyentuh emosi. So touchingggg….

Kalau korang terlepas episod, korang boleh jer tonton Online Drama BIAR MEREKA CEMBURU  di saluran iQIYI   banyak lagi Drama BEST. Pepandai korang search kat sana yaaa 

Sinopsis Drama BIAR MEREKA CEMBURU

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Drama Movie, Personal, Review Tagged With: Aiman Hakim, Astro, Drama best, Full Episod hingga Akhir, iQIYI, Izzat Mushtaq, MegaDrama Astro Ria, Tonton Drama Online

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Trackbacks

  1. Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod says:
    January 16, 2021 at 3:44 am

    […] dah Drama Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali. Romantik komedi yang cukup santai..! Slot Megadrama […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa