Nama Eyka Farhana bukan lah nama baru. Si cantik manis ni pernah trending dalam sebuah Drama BATIK ZAKIAH. Nina suka lakonan beliau dalam drama ni. Cukup menyayat hati! Tak lama lepas tu beliau berlakon dalam drama keremajaan dalam Drama BUDAK TEBING. Drama ni pun best trending jugak. Dan sekarang Eyka Farhana bersiaran kembali watak utama dalam DRAMA CHECKLIST MR RIGHT.
Dalam Checklist Mr Right, Eyka Farhana bergandingan dengan pelakon agak baru kot, sebab Nina tak biasa tonton lakonan beliau. Segak orangnya – Ikhsan Saleh untuk watak Adam. Dan gandingan lain antaranya Amy Mastura, Afifah Nasir, Atiq Azman dan penampilan undangan Intan Ladyana.

SINOPSIS CHECKLIST MR RIGHT
Mengisahkan tentang sseorang gadis yang bernama Nina Suraya ialah seorang ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis skrip. Rancangan Nina untuk mendedahkan kecurangan Zach tidak berhasil apabila warga net lebih berpihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman yang kuat sehingga mengambil keputusan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru.
Nina mahu menutup pintu hatinya dan percaya lelaki idamannya tidak akan wujud di realiti. Niesa pula telah menyuruh Nina menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Nina telah dibawa ke pantai dan diberikan botol kaca. Niesa mencadangkan kepada Nina untuk membuangkan nota dalam botol itu dan melontarkannya ke dalam laut kerana lelaki yang digambarkan itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Nina mula mengalami kekalutan apabila bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang dicatatkan di dalam nota itu.

Acececehhh . . . Siapakah lelaki misteri itu? Adakah beliau lelaki idaman Nina?
Sesuatu terjadi bakal membongkar isi hati Nina dan Adam
JUDUL : CHECKLIST MR. RIGHT
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : TV3 (Slot Sakura)
PENULIS SKRIP : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, Ctna Marzuki, Shamaine Othman
PENGARAH : Tam Suhaimi
PRODUKSI : Imaginal Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
WATAK PELAKON
Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
Ikhsan Saleh sebgai Adam
Afifah Nasir sebagai Niesa
Amy Mastura sebagai Sofia
Wafiy Ann sebagai Najmi
Atiq Azman sebagai Adly
Nelissa Nizam sebagai Mia
Harris Baba sebgai Zach
Intan Ladyana sebagai Serena
Izzat Mushtaq sebagai Emran
Jad Hidir sebagai Karlif
Intan Nor Saina sebagai Yasmin
Iman Zulkarnaian sebagai Zakri

Tonton Online DRAMA CHECKLIST MR RIGHT
Drama bersiri ‘Checklist Mr Right’ cukup santai sesuai untuk tontonan umum. Disiarkan dalam slot Sakura TV3 mulai 25 0gos ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 6 petang di TV3. OK laaa layan Drama santai ni petang-petang sambil berehat di sisi keluarga. Oh ya, kalau kroang terlepas siaran, dont worries sebab korang masih boleh Tonton Online Drama Checklist Mr Right di WeTV Malaysia. PERCUMA! Lagi best sebab tanpa iklan sejam selepas tayangan. So boleh laaa layan malam-malam sebelum tido ker . . .
Tonton Online click :
I am new to Malaysian Daramas and Tv serials. I’ll give this series a try. Hopefully, it is available in English dubbing.
Thank you so much! I hope to see more news from you!
Thanks dah sharing …