Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Drama BUDAK TEBING TV3
March 19, 2020December 18, 2023

Best layan Drama BUDAK TEBING .

Setelah tamat Drama BUKAN KAHWIN PAKSA lakonan Kamal Adli dan Hannah Delisha, kini slot Lestary dihiasi dengan Drama BUDAK TEBING . Ruginya Nina dah terlepas beberapa episod awal minggu lepas, Nina baru tonton semalam. Memang best dan semua pelakon bawa watak mereka dengan cukup selamba.

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama BUDAK TEBING
1.1 Info Drama
1.2 WATAK PELAKON
1.3 Tonton Online Drama Budak Tebing
1.4 Lirik lagu OTS Budak Tebing : SAKIT oleh Zynakal feat Yonnyboii
1.5 Related posts:
2 Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline
3 Review CETAPHIL Pencuci Muka Terbaik Mampu Rawat Muka Breakout
4 Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya
5 Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah

Beberapa pelakon yang agak baru namun tak kurang hebat lakonan mereka. Kombinasi mereka cukup chemistry!

Nama Adam Lee mula mendapat perhatian bila dia jadi Hero Ala K-Pop dalam Drama ADAM CHEMPAKA yang lalu. Masa tu dia bergandingan dengan Sweet Qismina.

Drama BUDAK TEBING TV3

Nina suka lakonan Eyka Farhana. Orangnya cantik, sweet jer.. Paling best masa dia berlakon drama BATIK ZAKIAH. Memang terkesan cara dia bawa watak dia.

Baca : Sinopsis Drama BATIK ZAKIAH

Jom baca dulu Sinopsis Drama BUDAK TEBING ni.

Sinopsis Drama BUDAK TEBING

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola.

Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu.

Drama BUDAK TEBING TV3

Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia.

‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Apakah rahsia itu?

Pelakon BUDAK TEBING

Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau? Adakah Aida dapat menerima kepulangan Arif?

Nantikan drama bersiri ‘Budak Tebing’ di slot Lestary TV3. Dibarisi pelakon seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd, dibawah arahan Feroz Kader.

Info Drama

JUDUL : BUDAK TEBING
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : PGRs Team – Amka Ahmad
PENULIS SKRIP : PGRs Team – Janjira
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris

WATAK PELAKON

Adam Lee sebagai Arif
Aedy Ashraf sebagai Tongki
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Munira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Syazwan Zulkifly sebagai Abang Lan
Amyza Aznan sebagai Aida
Alex Afian sebagai Kamarudin

Pendapat Nina drama BUDAK TEBING ni sarat dengan emosi, kasih sayang, kekeluargaan, persahabatan dan pengajaran yang harus di ambil iktibar dengan apa jua dugaan dan cabaran setiap peringkat usia.

Tonton Online Drama Budak Tebing

Kot korang terlepas tonton drama ni macam Nina tu ari, korang boleh laaa marathon tonton online Drama BUDAK TEBING Youtube TV3 Official Drama Sangat nanti eh …

Pass drama ni korang boleh laaa sambung tonton Drama RINDU YANG TERINDAH . Best awak drama ni..

Oh ya.. Lagi satu, Nina suka lagu OST Drama BUDAK TEBING ni.
judul lagu : Sakit dinyanyikan oleh Zynakal feat Yonnyboii.

Match laa lirik lagu Sakit ni dengan jalan cerita drama ni. Lirik yang ringkas tapi menusuk sampai ke dalam kalbu gitu. Cehhh… Tak caya korang tengok bait-bait lirik lagu Sakit ni sambil nonton drama ni. Asyik seyhh . . .

Lirik lagu OTS Budak Tebing : SAKIT oleh Zynakal feat Yonnyboii

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan
hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama
bakal jadi rama rama

[ZYNAKAL]
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mengerti..

Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

[YONNYBOII]
Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama..
Bangkit wahai kawan
hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama
bakal jadi rama rama

[ZYNAKAL]
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mengerti..

Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa itu aku gila
Ku sendiri tak tahu

Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di reality
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya dikepala
Bercelaru mengarut

Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

[YONNYBOII]
Aku faham apa yang kau rasa
Janganlah kecewa ku sentiasa ada

best kannn? Match kan ngan Drama BUDAK TEBING . Kannnn..?

Related posts:

Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline

Review CETAPHIL Pencuci Muka Terbaik Mampu Rawat Muka Breakout

Sedapnya! SERUNDING ROYAL FLOSS pilihan terbaik Ramadhan dan Hari Raya

Sinopsis BIDADARI KIRIMAN TUHAN watak Autism lakonan hebat Mira Filzah

Drama Movie Review Adam LeeAedy AshrafBella DowannaBudak TebingDrama bestDrama sangatEyka FarhanaLirik laguLirik OST Budak TebingSAKIT Zynakal Feat YonnyboiiSinopsis Drama BUDAK TEBINGSlot Lestary

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. emmasmidc says:
    April 4, 2020 at 4:10 am

    Thanks for sharing.I found a lot of intere https://shareit.onl/ sting information here. A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama THE GADIS TV3 arahan Liyana Jasmay
  3. Pingback: Sinopsis Drama BUDAK TEBING 2 Lagi BEST Tonton Online Full Episod
  4. Pingback: DRAMA CHECKLIST MR RIGHT TV3 TONTON ONLINE WETV
  5. Pingback: Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA BEST! - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes