Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA
Ok Nina dah ketinggalan! Dah lama dah drama ni ditayangkan tapi Nina baru je terjebak.
Suka betul dengan lakonan Aedy Ashraf sebelum ni dalam Drama Budak Tebing manakala Amelia Henderson paling tak boleh lupa lakonan beliau bersama Nazim Othman dalam Drama Pengantin Satu Malam. Ngam betul gandingan mereka. Ingat tak?
Serius tak sangka gandingan Amelia Henderson bersama Aedy Ashraf dalam Drama Kisah Cinta Kita ada chemistry. Aduyai . . . Bersemut TV! Nampak natural sangat. Nina baru je nak layan drama ni, yelah dok viral depa berdua ni punya lakonan mantap. Rugi lah lambat follow. Tapi dah terjebak memang BEST giler. Korang dah tonton ke belum?
Sinopsis Drama KISAH CINTA KITA
Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Pada mula nya agak berat Aleesa nak bersetuju tapi
Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Aleesa tersepit sebab dia memang tengah perlukan duit untuk kos ibunya.
Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Menurut kata Amer, Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri. Pelbagai dugaan Aleesa tempuhi demi membiasakan diri nya menjadi Natasya yang perwatakan beza dengan Aleesa yang cukup simple orangnya. Aleesa kena nampak lebih bergaya dengan kaut tumit tinggi yang runcing. Hurmm… Manalah penah Aleesa pakai kasut tinggi!
Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.
Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju. Kesian Aleesa!
Aleesa terpaksa kawin dengan Amer ?
Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Entah bagaimana mereka TERpaksa kawin. Bertambah rasa benci dalam diri Aleesa pada Amer. Satu hal lagi bagaimana Aleesa nak terus terang dengan ibunya?
Dalam pada tu, Aleesa mula mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?
Bagaimana dengan perkahwinan mereka? Apa nasib Aleesa setelah Datuk Ramzi ketahui Aleesa hanya menyamar menjadi Natasya? Banyak konflik dan persoalan
Drama bersiri ‘Kisah Cinta Kita’ menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal bersiaran selama 28 episod bermula 26 November 2021 menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Drama Kisah Cinta Kita
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 26 November 2021
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Idea & Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra
Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Ikmal Amry sebagai Zuhairi
Daniella Sya sebagai Maria
Hazman Al-Idrus sebagai Putra
Maria Farida sebagai Hanisah
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
Khaty Azian sebagai Datin Laila
Arash Mohd sebagai Malik
Adriana Ghafar sebagai Asma
Izzendra sebagai Siti
Lagu Tema (OST)
Sejarah Cinta Ku – Ucop
Duri – Ahmad Syafiq
Panah – Nadeera
Cinta Khayalan – Wany Hasrita
Bukan Milik Ku – Muna Shahirah
Berakhirlah Pencarianku – Hafiz Suip & Ernie Zakri
Mimpi – Haqiem Rusli
Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Maafkan Lah – Syamel
Izinkan Aku – Tajul
Sorry-Sorry Sayangku – Nomad
Pelangi – Khareez Khasbullah
Ternyata Bukan Aku – Nidza Afham
Amacam ramai ke yang dah terjebak tonton drama Kisah Cinta Kita ni?
Drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang ibu anak, pengorbanan.
Kekadang rasa seronok tengok kebahagiaan Aleesa dan Amer kann, kekadang meruap rupa marah benci kat Amer ni! Nina dah jarang tonton slot Akasia 7 malam, selalunya Tonton Online je so korang pun boleh laaa layan Tonton Online Drama Kisah Cinta Kita Disney + Hotstar
Selamat menonton!
memang suka jugak layan. banyak jugak episodnya. banyak lagi la konflik akan berlaku nanti.