Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah
Siaran Media
Kuala Lumpur, Disember 13, 2021 – Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[1].
Satu kajian[2] mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP kerjasama dengan JKM, AEON, Shopee
Kembali Ke Sekolah
Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya.
Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kempen Kembali Ke Sekolah
Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen, My Father’s Farm dan terbaharu, Dina’s Art Class.
TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.
Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria[3].
TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga.
Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang.
Kiki Menentang Dunia Kuman
Buku menarik karya Emila Yusof
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
Buku Edisi Terhad Kiki Menentang Dunia Kuman oleh Emila Yusof
“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP.
Dapatkan PERCUMA di AEON / Shopee
Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion.
Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
Mudah kannn?
Jom bersama-sama join kempen ini dan dapatkan buku menarik Kiki Menentang Dunia Kuman ini.
Anak Nina Eicha suka buku ni, hari-hari dia suruh Nina bacakan untuknya. Gambar yang menarik, kulit keras tebal tahan lasak. Sesuai dijadikan koleksi!
“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133
Put more information on your website like this one, I really like these types of blogs, Very nice blogs and articles. I am realy very happy to visit your blog. Now I am found what I actually want.
Excellent ! I personally like your blog and waiting for more articles like this