As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Roti merupakan antara menu yang amat mudah ringkas dan sesuai buat anak-anak tatkala sarapan pagi. Anak-anak ni payah nak makan menu yang berat-berat waktu pagi. Teruatama sekali waktu sebelum ke sekolah. Rushing kann…. ker mamanya yang tak sempat! Oopsss…!! Hahaha . . . .
Hurmm… tak kisah laa apa pun alasan yang berpusu-pusu kengkonon korang nak jawab, namun bagi Nina roti lah menu yang paling mudah. Tak yah runsing kot fikir nak buat roti dulu. Beli aje yang dah siap. Samada roti disapu mentega, jem, cecah air atau kot rajin sikitttt buat kan roti telur.
Mama Rushing !! Menu Paling Mudah Senang Cepat jer laaa
Hari ni menu paling mudah! Alahai …. setakat roti telur tak payah kongsi pun tak per kot kann… hehehe . . . Cuma kelaianan nya Nina tak guna garam tapi gantikan dengan mayonnaise. Buat anak-anak yang tidak obesiti kurus sesuai menu gini. Lemak dalam mayonnaise amat diperlukan untuk tumbesar mereka.
Dulu Nina pernah kongsikan menu roti telur kegemaran anak-anak Nina. Roti Telur yang simple tapi wallaaa…. Yang ini bahan ada pelbagai sikit tapi kalau tak sempat juga dah memadai roti telur mayonnaise untuk mereka. Sedap tau! Lemak-lemak gitu… Kot kalau korang terleih rajin tuu, harus cuba buat Roti telur Cheezy Cheese. Telur dadar pun Nina suka gantikan garam ngan mayonnaise. Gebus telur dadar ..!! Tips ni, try laaa . . .
Menu yang simple macam ni pasti disukai oleh anak-anak… 😉