Korang biasa tak alami, bila buntu nak makan apa dan kat mana, selalu gak kedai makan mamak yang diterjah. Tak tau kenapa kannn.. Selalu tau macam ni. Kenapa ehh? Adakah sebab menu restoran mamak yang pelbagai? Ada roti canai, mee goreng mamak, nasi goreng mamak style atau restoran itu sendiri? Korang rasa kenapa?
Kalau Nina suka makan kat kedai mamak sebab roti canai. Menu ringkas dan anak-anak pun makan tanpa banyak kerenah. Selain tuu, Nina juga suka Mee Goreng Mamak dan Nasi Goreng Mamak. Tak tau kenapa, sedapnya lain macam kannn? Contohnya Resepi Maggi Goreng Mamak Style lain rasa dia dari kita masak kat rumah. Betul tak? Masakan mereka lain dari yang lain. Masakan mereka punya rasa ala-ala kari walaupun rencah nya hanya sekadar telur dan sayuran aje. Atau mungkin juga sebab Aney tuu ketuk kuali kuat-kuat kot.. mandrem mandremm Hahaa . . .
Cuba masak : Resepi Maggi Goreng
Selalu juga Nina masak Resipi Mee Goreng Mamak namun Nasi Goreng style mamak tak selalu. Sebab anak-anak lebih sukakan Chinese Style untuk Nasi Goreng. Antara Nasi Goreng kegemaran anak-anak Nasi Goreng Ikan Bilis klik) . Mungkin sebab tak pedas, anak-anak suka laaa . . . . Mak pak kalau nak lagi sedap tambah cili padi atau sambal belacan. Wallaa..
Tapi hari ni Nina try masak Nasi Goreng mamak style yang Nina olah dari resepi Mee Goreng Mamak. Kot korang nak try boleh laaa . . . Nak lagi sedap kena lah ketuk kuali tuu kuat-kuat sambil masak! Macam Aney selalu buat tuu….. Hahaa . . .
RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4 cawan Nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak
Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.
“ Adek maniss, Nasi goreng mamak siap!” hehee…..
Walaupun Nasi Goreng Mamak style ni tak banyak rencah dan bahan, namun ianya punya citarasa yang tersendiri. Nina nak share tips kat korang, >>>>> Sambal ready made tuu nak lagi sedap kan, korang beli roti canai minta laaa sambal extra pastu Sambal tu laa korang pakai buat masak Nasi Goreng Mamak atau Mee Goreng Mamak. Terasa sangat aura mamak nya nanti! hehee . . . .
Tapi ini lah kot rahsia masakan goreng-goreng style mamak mereka. Cuba perati betul-betul. Depa pakai sambal roti canai kannn dalam setiap masakan goreng-goreng mereka??
Okies, Ini pula Resipi Mee Goreng Mamak. Food lover mamak style boleh lah cuba!
Memang selalu simpan lebihan sambal roti canai tu, boleh laa cuba nasi goreng ni nanti
Nani,
Bijak bijak …..!! Nanti try ehh…
Nice! Peminat tegar nasi goreng, “)
TQ Za… Nanti kita gi makan sesama ehh
Kite kureng sikit nasi goreng mamak style 😛
weyy try buat ni …. boleh tahan laa rase… nyum 🙂