Tahukah korang sukatan Dos Ubat Demam Yang Betul 250mg 120mg | Baru-baru ni, Eilhan demam panas. Ya, bila anak demam, pasti ibubapa akan beri anak ubat demam paracetamol kann? Ya, Nina pun buat benda yang sama. Hasihh… **takkan anak demam bagi ubat gegat lak kann??** hehee..
Nina nak kongsikan pengalaman dan info take note, Nina bukan doktor tentang ubat demam ngan korang. Manalah tau, kot-kot ianya memberi manfaat. Bukan apa, kadang kita terlepas pandang benda yang simple…
Kerenah anak-anak makan ubat ni pelbagai versi kann? Sapa yang mengalami saat-saat getir penuh pancaroba dan bak ribut taufan melanda tatkala nak bagi anak makan ubat demam?? Cer angat tangan… ker mengaku jer laaa~ hehee..
Anak demam
Ada yang kita terpaksa kepit anak tu masa nak bagi makan ubat demam, kena picit hidung, kejar-mengejar, main nyorok-nyorok, pujuk-memujuk siap ada upah dan janji manis mu. Tak baik tipu ! Ayoooo dosa! Hurmm…. Ada juga yang bedung balut ngan selimut bagai supaya tiada adengan meronta-ronta kannn…?? Tak kurang juga yang perlukan assistant untuk pegang kaki tangan kepala mulut. Dah dapat suapkan ubat demam ke dalam mulut, sekali dia buang saje muntahkan pulak! Aduh …. stress kan??
Cerita ni belum masuk bab dia punya jeritan batin yang boleh bikin cermin dalam rumah semua pecah! Segala note music pun ada. Style nyanyian soprano pun ado! Dari nyanyian single hingga leh jadi okestra. (mak apak nya pun join sekali) Hahaa… Pastu rasanya bukan takat cermin rumah aje leh retak pecah seribu, rasanya rumah pun boleh runtuh kann…?? Hahhaa . . . Ok, bohong! Tabah laaa ya… Itu semua ujian dari DIA.
Buat Nina pula, Syukur Alhamdulillah …. Anak-anak Nina empat orang buat masa ni hehe. . . tiada yang cerewet susah makan ubat. Mereka dengan rela nak aje telan. Cuma, dugaan Nina bab pujuk-memujuk terutama sekali Eilhan paling ngeri! Dia suka teramat suka sangat makan ubat. Sampai Nina lak risau sebab dia akan minta lagi lagi lagi lagiii… Kena lah bagi sikit-sikit. Macam-macam ragam anak-anak ni kan..??
Ubat demam : Paracetamol
Ehh … dah melalut lak bab kerenah anak makan ubat. Asalnya kan nak citer bab ubat. Hehee. . .. Ok, biasanya buat anak-anak kita akan bagi ubat demam yang jenis cecair kann..? Ada pelbagai rasa dan warna. Ada rasa oren, stawberry, cerry .. Sedap lak tu! Korang perasan tak, kadang tuu ada yang pekat, ada yang sikit cair. Warna pun berbeza. Terutama sekali kalau dapat dari klinik swasta ngan hospital gomen. Kenapa ehh?
Korang pernah tak, bila dah bagi ubat dan demam masih tak kebah? Kalau gi klinik lain, ubatnya kadang tuu sesuai dan juga yang tak sesuai dengan setiap anak. Ada yang sukatan ml nya pula lain-lain. Ada yang suh bagi 2.5ml aje dan lak yang suh bagi sampai 5.5ml. Nape ya…??
Pengalaman Nina… Sila ambik perhatian, Nina bukan doktor ya, ini pengalaman…. Anak-anak Nina yang lain semua ok aje lepas bagi ubat demam. Lepas 2jam bagi makan, demam pun surut. Pas sehari dua demam pun kebah. Namun, semasa jaga Eilhan demam banyakkkkk mengajar Nina supaya ambil tahu perihal ubat-ubatan. Sebab untuk dia Nina perlukan penjagaan khusus. Eilhan punya sejarah demam sampai kena sawan tarik. Eilhan demam sawan tarik… Ngeri, sedih, kalut kelaut semua ada
Sukatan Dos Ubat Demam Yang Betul 250mg 120mg
Tak semua ubat demam sesuai dengan dia, hanya dari Hospital gomen jer yang sesuai masa dia baby. Itu yang paling ketara. Badan Eilhan hanya terima yang warna merah. Bukan yang oren ala milkshake tuu… Kalau yang oren tuu, bagi laaa banyak mana pun tetap demam tak kebah. Tapi kalau yangwarna merah, lepas bagi ubat demam, dalam sejam kemudian demam nya surut…
Korang pernah teringin nak baca tulisan info dan bebelan kat kotak dan kertas dalam bekas ubat demam tuu?? Korang perasan tak ada tulisan 250mg / 120mg ?? Alahai …. nombor apa pulak Nina dok citer ni kann…..
Bahaya terlebih dos ubat demam
Ini lah punca kenapa doktor beri sukatan dos yang berbeza untuk setiap ubat. 250mg / 120mg tuuu dos. Kepekatan ubat yang terkandung dalam ubat demam tu. Dengan itu, korang jangan mengada-ngada beri lebih sukatan ml kat anak korang. Kalau doktor dah tetapkan setakat 5ml / 10ml / 2.5ml / 7.8ml SILA IKUT. Tidak lebih tidak kurang…
Kita sendiri kalau terlebih dos ubat batuk misalnya, akan laluq, mamai dan hilang kawalan kan… Begitu juga dengan anak kita. Ini juga ada kesan nya dengan buah pinggang… Bahaya tau!
Dos mengikut berat dan mg
Untuk baby bawah umur 2tahun. 120mg adalah yang terbaik untuk mereka. Dos yang tidak tinggi dan membahayakan mereka.
Untuk anak lebih 2tahun, 250mg adalah yang terbaik! Sukatan ml nya pula sila rujuk doktor. Mereka akan ada kiraan mengikut berat anak. Bukan ikut umur sahaja! Kalau ada doktor yang sekadar bagi sukatan tanpa kira berat anak, sila laaaa tanya. Bukan apa, risau dos yang berlebihan untuk badan mereka. Jangan laaa memandai bagi ikut suka dan citarasa kita. Nehi nehi..!! Kadang ada anak yang badan aje besar, semangat tapi umur mereka baru jer nak masuk 2tahun. Dan ada juga anak yang saiz badan kecik comel macam Nina laaa tu tapi umur dah tua! hahahaa . . . .
Dan paling utama, ubat demam tidak boleh di makan lebih 4kali dalam sehari. Maksudnya setiap 6jam sekali pun memadai. Kalau doktor tulis 3kali sehari – maknanya setiap 8jam. Kira jam dengan betul. Bukannya asal demam aje bagi.. Pastu macam tak kebah, bagi lagi walau pun baru jer 3jam tadi dah bagi. Contoh senang pukul 6pagi, 12tengahhari, 6petang dan 12malam.
Cara lain turunkan suhu panas demam
Kalau tak kebah juga, lap-lap badan anak dengan tuala basah, mandikan, tap-tap bdan anak dengan air asam jawa, jangan pakaikan baju. Sentiasa ada disamping mereka. Bukan apa, risau tetiba kena sawan tarik ..!
Baca : anak demam sawan tarik. Punca, sebab, tanda, simptom, rawatan dan tindakan yang harus ibubapa tahu
Memandangkan Nina bukan doktor, coretan dan perkongsian Nina hanya lah sebagai rujukan untuk korang sebagai ibubapa yang prihatin tentang perihal anak-anak. Selebihnya korang tanya yang lebih pakar iatu Doktor. Nina sendiri pun refer doktor. Syukur Alhamdulillah adik ipar Nina doktor. Pada mereka Nina selalu selalu sangat tanya. Terima Kasih banyakkkk lah adek-adek ipar tersayang. Selalu melayan kerenah yang pelbagai versi soalan kakak ipar mu ini. hehee …
So sekarang dah tahu dah kann Sukatan Dos Ubat Demam Yang Betul samada 250mg 120mg, berapa ml?
Sehari berapa kali je anak / kita boleh makan ubat demam. Makanya sayangi dan lebihkan prihatin kita buat mereka selagi mereka ada. Mereka lah anugerah terindah buat kita….
Ubat demam biasanya mengandungi paracetamol.. lalau boleh jauhkan dari baby elok jauhkan..