Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI MEE GORENG SEMPOI SEDAP MUDAH
March 23, 2018September 3, 2022

Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah

Cuti sekolah ni lagi sibuk sebenarnya. Yelah, anak-anak semua dok kat rumah. Lagi huru hara, tunggang terbalik rumah dibuatnya. Huhuu. . . . Lagi sibuk memang tak done nak masak yang remeh temeh. Paling senang terus je follow Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah. Resepi teragung ni tau! Masak banyak kali pun sekejapan licin.

Isi Kandungan hide
1 Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah
2 Related posts:
3 Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...
4 Places of interest in Singapore
5 Nasi Goreng Ayam Leftover buat Bekal Sekolah.
6 AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH OEM Founder Produk Sendiri

Bab masak usah cakap. Dok masak tak sudah. Maklumlah, anak-anak sedang membesar. Asal ada makanan, dok makan jer keje depa. Tapi bila makan licin, alahai nak…. Berbunga-bunga hati mama! 🌸🌸🌸

Andai peti ais bak poket Doremon, apa aje bahan nak masak tersedia ada, rela mama masak doploh kali sehari pun pe . . Amboi kemahennnn kannnn? ? Hehee. . .

Menu ringkas jerr selalu Nina masak tuk anak-anak. Simple gini pun dah sedap yang penting sukatan sos yang betul baru lah sedap menyengat. Bahan pun Nina tak letak banyak nak jimat kann. Maka rumah Nina memang selalu menu simple je.  Yang rare payah korang nak jumpa kat dapur Nina. Kalau terwujud sekali sekala tuuu, confirm masa tu Nina terlebih Vitamin M dan dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka. Gitu laa rakyat marheann

RESEPI MEE GORENG SEMPOI SEDAP MUDAH

Resepi Mee Goreng Sempoi Sedap Mudah

Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Cili padi ikut korang nak buh berapa genggam. Hehee.. Nina tak letak pun
Minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis – apa brand, ikut suka korang ….
2 sudu besar sos cili
1 cawan air panas – nakkan mee basah lencun sila tambah kan lagi air

Rencah-rencah (ikut korang nak letak rencah apa. Nina buh aje apa ada dalam fridge)
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee

Bahan hiasan (tak mo hias pun tak kisah)
Bawang goreng

Cara-cara
1- Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering gitu). Ketepikan..
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama garam secukup rasa. Kalau perlu laa… Selalunya Nina tak letak pun. Kicap sos segala tu dah cukup dah rasanya. Ikut selera tekak Nina laa
5- Dah siap, sedia dihidangkan… pastu tak reti-reti nak makan. Tak kan nengok aje iyer tak? Hehee . . .

Sap sap suiii jer kann..?? korang try laa . . . Udah udah lerrr ternak malas tu! Eh.. cakap kat diri sendiri Hahaa
tapi kann, ni haa nak share menu paling malas kegemaran anak-anak Nina – Telur masak kicap menu paling cepat sedap dimakan! Korang pun sama macam Nina kann? Sapa aje mampu tolak bila dimakan sama nasi panas-panas. Janji air tangan Mak, goreng telur pun sedap! Heaven sungguh.

Related posts:

Spray jer SWiPEL SERAI WANGI Settel Halau Serangga! Lipas, Semut, Tikus, Pepijat, Cicak semua pun...

Places of interest in Singapore

Nasi Goreng Ayam Leftover buat Bekal Sekolah.

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH OEM Founder Produk Sendiri

Lifestyle Parenting Resepi breakfastMeeMee Goreng BasahMee goreng SempoiMee Goreng Tak Pedas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. Saidila Rahman says:
    March 23, 2018 at 3:22 pm

    sempoi pun sedap

    Reply
  2. sueizza says:
    March 23, 2018 at 4:10 pm

    adoiiiiii lapar la pulak petng2 ni dah la lunch makan roti je ni huhuuuu

    Reply
  3. ema says:
    March 23, 2018 at 4:19 pm

    balik ni singgah kedai runcit lah..tetiba nak buat mee goreng sempoi ni juga…heheheh

    Reply
  4. JMR says:
    March 23, 2018 at 11:12 pm

    Masakan IBU, apa sahaja yang ada atas meja, semuanya sedap..hehe

    Reply
  5. asyiqin says:
    March 24, 2018 at 5:34 pm

    sempoi tapi menyelerakan!

    Reply
  6. Dura Norell says:
    March 24, 2018 at 11:55 pm

    Tak kisah ler sempoi pun, kalau ibu masak mesti anak-anak suka 🙂

    Reply
  7. cikzacom says:
    March 26, 2018 at 11:50 am

    sempoi pun nampak sodap..

    Reply
  8. ina says:
    March 30, 2018 at 4:09 pm

    mee cincai lah,yang paling sedap tau.paling cepat licin!! tehehehe…,ok kaknina,tq resipi ni..boleh cuba ni pula

    Reply
  9. semakkini says:
    April 4, 2018 at 8:05 am

    Ni baru sempoi tapi sedap. Huhh. Nak try juga la buat resepi mee goreng ni..

    Reply
  10. ikan empurau says:
    April 10, 2018 at 8:42 am

    Nampak pun lapar.

    Reply
  11. happy birthday best friend quotes says:
    March 25, 2019 at 6:40 pm

    Good job in presenting the correct content with the clear explanation. The content looks real with valid information. Good Work

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes