Baru-baru ni TER tonton online Drama LAYANGAN PUTUS yang viral meletop sedang ditayangkan kat WeTV Malaysia. Ya ampunnn..!! Sakit jiwa raga, mendidih rasa marah geram ni daku pegang je hati ni supaya tak gelodak bak gunung berapi nak meletop. Drama yang terlalu sarat dengan emosi dan penghayatan. Serius lah BEST drama Layangan Putus ni. TAHNIAH
Tidak dinafikan trending viral Drama Layangan Putus ni se HOT drama lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina tahun 2020. Sapa ingat Drama TAKDIR YANG TERTULIS ?
Haaa… Netizen meroyan bincang, mana-mana rancak sana sini dok agak-agak umpama mereka lah director apakah ending Drama TYT masa tu kann? Pastu ramai dok post komen superb natural lakonan semua watak.
Drama LAYANGAN PUTUS lagi menguji kesabaran! Semua pelakon membawa watak mereka dengan berkesan sekali. So saja nak share sini kasi korang pun meroyan sama! HAhaa
Meh Nina share dulu sinopsis Drama LAYANGAN PUTUS ni dulu kasi korang fahamkan jalan ceritanya sebelum korang pi tonton online di WeTV Malaysia secara PERCUMA. Ya percuma
Sinopsis Drama LAYANGAN PUTUS
Layangan Putus merupakan drama bersiri Indonesia yang dibintangi Reza Rahadian bersama Putri Marino dan Anya Geraldine. Drama ini mengisahkan permasalahan orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino). Kehidupan mereka bahagia dikurniakan seorang putri bernama Raya dan sedang menantikan kehadiran anak kedua.
Aris seorang suami yang sangat romantis tapi sesuatu berlaku telah meragut kebahagiaan mereka. Perlahan-lahan Aris mula berubah hati. Aris sering terlambat pulang kerja dan jarang memberi kabar kepada Kinan. Hal itu membuat Kinan mulai curiga terhadap perilaku suaminya.
Suatu hari, Aris meminta izin kepada Kinan untuk bekerja di luar kota beberapa hari. Kinan kemudian mengizinkannya pergi. Namun saat Aris pergi, pembantu rumah mereka terjumpa anting-anting dari dalam poket baju Aris. Kinan terkejut kerana anting-anting itu bukan kepunyaan Kinan. Milik siapakah anting-anting ini?
Kinan mula curiga! Adakah benar Aris curang dengan Miranda (Frederika Alexis Cull). Ini kerana Aris dan Miranda sering menghabiskan waktu bersama sehingga diluar waktu kerja mereka.
Kecurigaan Kinan semakin bertambah saat dia terbau aroma parfum asing di baju Aris. Kinan berasa musykil kerana Kinan dan Aris tidak memiliki parfum dengan aroma seperti itu. Namun, kecurigaan Kinan disimpan jauh dalam lubuk hatinya sendiri. Kinan tidak terus melenting tanya pada Aris.
Di tengah kecurigaan Kinan terhadap Miranda, muncul perempuan lain bernama Lidya (Anya Geraldine). Ia merupakan Pakar Psikologi sekolah anak mereka Raya.
Satu persatu terungkai, Aris ternyata selama ini berselingkuh dengan Lidya. Setelah Aris sedari Kinan sudah menyetahui selingkuhannya, sikap Aris semakin dingin pada Kinan. Sering marah-marah Kinan. Eeeii . . . Dah berbuat salah lagi memburukkan keadaan. Teruknya perangai Aris!
Sementara itu, Aris mulai menyedari Kinan mencarinya berselingkuh. Alih-alih mengaku, ia malah mulai sering marah kepada Kinan untuk menutupi perselingkuhannya. Teruknya perangai Aris!
Lalu, bagaimana nasib rumah tangga Aris dan Kinan?
Adakah mereka berpisah atau masih utuh cinta dan dapat menyelamatkan perkahwinan mereka?
Bagaimana dengan anak mereka Raya dan anak dalam kandungan Kinan?
Adakah Aris berkahwin dengan Lidya? Bahagiakah mereka?
“Terkadang, satu-satu nya benda yang kita miliki sebagai perempuan adalah harga diri. Yang sedang saya pertahankan sekarang itu hanya harga diri. Bukan suami, bukan jugak pernikahan saya” –
lembut tutur bicara Kinan pada Lidya tapi penuh ketegasan. Kelu tak terkata Lidya. Padan muka Lidya!
Disebalik Drama LAYANGAN PUTUS
Layangan Putus disutradarai Benni Setiawan. Sebelumnya, ia mengarahkan beberapa film, seperti Bukan Cinta Biasa, Cinta 2 Hati, 3 Hati Dua Dunia, Satu Cinta, serta Twivortiare.
Benni Setiawan juga pernah memenangi Sutradara Terbaik dalam Festival Film Indonesia (FFI) 2010.
Drama ini diadaptasi dari kisah viral yang bermula dari tulisan curhat di sosial media yang dilanjutkan penulisannya ke dalam novel berjudul Layangan Putus. Novel itu ditulis seseorang dengan nama pena Mommy ASF.
Watak Kinan adalah Mommy ASF – nama sebenar beliau Eca Prasetya seorang doktor haiwan. Nama pena ASF adalah singkatan nama anak-anaknya. Pada tahun 2019 lalu, tulisan mengenai keretakan rumah tangga beliau menjadi viral, hingga pada akhirnya dijadikan novel lalu diadaptasi ke Drama bersiri yang ditayangkan di WeTV
“Tidak apa-apa jika sesekali kita harus kehilangan layangan kita. Tidak apa-apa jika sesekali impian kita diterbangkan oleh angin karena satu-satunya yang harus kita genggam erat adalah diri kita sendiri,” kata Kinan.
LAYANGAN PUTUS TONTON ONLINE DI WETV MALAYSIA PERCUMA
Lepas Nina up status Nina dah terjebak nonton drama Layangan Putus ni ramai dok pm dm tanya Nina nonton kat mana? Yelah.. Selalunya Nina ulas Drama TV Malaysia tapi kali ni Drama Online Indonesia pulak. Lagu mana, dok viral tu lah jadi terjebak! HAhaa
Tonton Online secara PERCUMA je awakkk . Siap ada subtitle bahasa melayu. Lebih mudah faham gitu. Click >>
Nak pesan ni… Jangan stress sangat nonton ehh sebab penuh sarat dengan emosi drama ni. Ada kawan Nina komen masa dia nonton, dia rasa sampai nak masuk dalam TV bawak Kinan keluar dari situ! Kesian sangat kat Kinan. Betapa hebat nya kesabaran, ketabahan Kinan. Awal-awal kita lihat Kinan macam diperbodohkan tapi percaya lah orang bodoh tak selamanya bodoh!
Selamat terjebak sama dalam Drama trending viral WeTV – Layangan Putus
Wah.. nak kena tonton gak ni !
Terjebak jugak tengok ni kak Nina. Satu hari berapa episod dok layan ni
Rawlins tak tengok lagi tapi baca review di mana-mana, buat sakit hati yang amat. Pastu tau ianya berasaskan kisah benar – lagi la panas diri ini.
I love Indonesian romance movies. This one sounds like a good one to catch. Insya-Allah, I will not miss this one. Thank you for sharing.
Uishhh, kena tengok ni. Sana sini orang duk share pasal cerita ni. Kalau yg cerita Takdir Yang Tertulis tu dah tengok. Mmg bikin gerammmm je kan
Thanks for recommending, I happen to be running out of shows to watch and this seems to be a great drama.
Tak nak tengoklah , risau emosi turun naik. tengok cerita Kau Cipta Kasih rasa sakit hati sebab mak bapak terlalu ego. Tapi yang aenehnya diorang berantam macamtu takder pulak sebut pasal nak cerai. Dia macam just nak kekal hubungan suami isteri jer walaupun dua2 tersiksa. Rasa amazing dekat situ.
Wow thanks for sharing this, will check out this platform for more movies
Dia punya geram tak boleh bawa bincang, rasa nak hempuk je TV oiii hahahahaha.. tapi nasib baik Sis langgan VIP, so memang dapat tengok awal dr orang lain hehehehe
cerita ni mmg kita kena sabar jer.. sakit hati melihat perempuan diperlakukan mcm tu
Great article really impressed me. I think you should also write an article about nitrite exam gloves This will be beneficial for others I guess thank you.
Geram betul masa tengok si perampas tu. Grrrrr. Si suami tu pulak, muka tak bersalah, ya ampun! I is cannot la Kak Nina. Adaptasi ni telah berjaya mencuri hatiku sebab lakonan para pelakon memang meresap ke dalam jiwa gitu. Terbaik betul lakonannya.
Nice content, keep sharing with us.