Setahun aku lalui
Detik lama kan kembali
Pelita ku nyalakan
Di halaman asmara ini
Eh! Tetiba lak ternyanyi lagu Raya femes ‘Halaman Asmara’ nyanyian Awie ngan Ziana Zain tatkala ‘ter’ konang kembali kenangan trawback gitu setahun yang lalu. Haishh…. Nina ni, puasa pun belum dok nyanyi lagu Raya! hehe..Cehhh… Relaks naaa.., idok lerr Nina nyanyi betul-betul, nyanyi dalam hati jer. Hujan ribut melanda kalau korang dengar Nina nyanyi live! sedar diri suara sumbang Hahaa..
Sebut pasal Halaman … Ni Nina nak share ngan korang ni. Baru-baru ni Nina dapat jemputan pi Preview Buffet Ramadhan kat Hotel favorite Nina di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Entah nape, asal Seri Pacific Hotel yang jemput, tak mampu ku tolak. Nina suka pi sini. Kena sungguh ngan selera Nina. Tak pernah mengecewakan.
Buka Puasa Buffet Halaman Haji Saad , Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Tahun ni Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel KL bertemakan “Halaman Haji Saad” . Dok type Halaman, tuu pasal laaa tetiba ternyanyi lagu Awie duet Ziana Zain tadi tuu… Kukuh kannn alasan Nina. Eerkk..
Gerenti korang tertanya-tanya sapa lak Haji Saad tuu… Kannnn? Beliau lah Ketua Chef kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. *yang dok kat depan tuuu* . Sempena Buffet Ramadhan tahun ni, Chef Haji Saad bersama team beliau menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang berbeza setiap hari. Meriah macam-macam menu hado!
Masih mengekalkan konsep tradisional, hidangan menu kampung yang disajikan pasti akan menggamit memori korang. Terasa seolah-olah berada kat kampung halaman. Kiranya sambil berbuka puasa kat sini, lepas laa rindu korang kat kampung sementara tunggu cuti Raya nanti.
Ini antara yang bakal dihidangkan di Buka Puasa Buffet Halaman Haji Saad , Seri Pacific Hotel nanti.
Masakan Kampung
Berkonsepkan tradisional – antara yang bakal disajikan Nasi Beriani Rusa, Kambing Golek, Bubur Lambuk, Nasi Kandar, Sup Gearbox. Meh layannnn antara menu yang sempat Nina snap! Tengok jer tau… kot tetiba air liur leleh tuuu cepat-cepat lap. Malu weyyy orang nampak! hehe.. Gambar Nina tak bersalah :p
Nasi Beriani Rusa – Menu special tahun ni… Pertama kali Nina rasa Nasi Beriani Rusa ni.. Tak sangka sedap! Daging nya empuk dan rasa rempah yang menyelerakan. Bukan senang nak dapat rasa daging rusa kannn… . Ini lah peluang nya.. Iyer tak? Korang kena rasa!
Kuey Teow Goreng – Mmmm… Nampak biasa jer kan tapi hakikatnya bila dah pekena sekali korang akan makan bertambah-tambah! Kena lak ngan cili jeruk hijau tuu. Perghh…! Serius sedap weyy …
Ikan Patin Tempoyak Seri Pacific Hotel – tak pernah mengecewakan. Kot terkenang kampung halaman nun jauh kat Temerloh tuu… Meh pekena Ikan Patin Tempoyak ni. Slurppp slurppp…. Kita hirup kuah tuuu sampai licin awakk…. Rugi weyyy kalau tak kasi habis! jauh nak balik kampung. Hehe…
Ikan Keli Sambal Hijau – yang ni pun recommended. Sambal hijau nya boleh bikin jadi hulk! Nak lagi , nak lagi, nak lagi …. Makan lauk ni saja ngan nasi putih panas-panas boleh bikin tak cukup nasi tambah! Kena double nasi tambah-tambah. Hehe…
Ahaa… Ini antara penyebab Seri Pacific Hotel menjadi hotel favorite Nina. Kambing Golek kat sini memang memukau selera. Daging nya yang empuk kepok-kepok, isi yang moist juicy, lembut … kena lak ngan kombinasi sos black pepper dan mushroom sauce. Aduyai … Terawang-awang tatkala nikmatinya. Korang harus cuba tau!
Ulam-ulam kampung
Selain tuu… Ulam-ulaman kampung pasti buat korang teruja. Masakan kampung harus ada ulam! Antaranya Kacang Botol, Pegaga, Ulam raja, Daun Kadok, Paku Rawan. Cecah lak ngan Sambal Belacan, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nanas, Sambal Mangga dan Sambal Gesek. Aduyai … asyik!
Kerabu Mangga – Kombinasi mangga muda ngan tuna dan ada kacang tumbuk bersama hirisan daun-daun memang asyik Nina makan. Layan weyyy … Rugi sapa tak rasa!
Roti John – tak lengkap menu berbuka puasa tanpa adanya Appetizer ni.. Menu terlajak laris kalau kat Bazar Ramadhan. Sapa pun tak akan menafikannya. ..
Dessert
Berbuka puasa tak lengkap tanpa pencuci mulut – dessert. Antara yang bakal disajikan tuk Buffet Ramadhan 2017 kat Halaman Haji Saad ni Bubur Cha Cha, Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Bubur Kacang Merah, Bubur Jagung dan tidak ketinggalan harus ada Pulut Serawa Durian. Wallaaa…
Pulut Serawa Durian – Ssyyhhh…. ni nak kasitau korang satu rahsia. Jangan bilang Geng tau!
Sebab Kuah Serawa Durian ni laaa Nina berkobar-kobar , hati ini meronta-ronta nak datang Preview Buffet Ramadhan kat Seri Pacific Hotel. Kat sini punya kuah memang lain dari yang lain. Kuah nya smoothy, kaya dengan rasa durian + lemak santan yang mengasyikkan jiwa raga! Korang tak akan cukup semangkuk dessert. Kena buh dalam mangkuk sup Gear Box tuu baru puashati makan. Ok tamak! Haha
Kuih dan muih.. beraneka macam jangan lah hanya dipandang.. Eh! Nyanyi lagu Raya lak. hehe..
Onde-onde sedap, Kuih Cara pun sedap, kuih Koci… Aduyai.. sedap gak! Haishh… sedap belaka!
Minuman
Menu pertama yang orang puasa akan sambar dulu semestinya air. Antara yang bakal menghilangkan dahaga – Air Soya Beans, Air Kelapa, Lai Chee Kang, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Air Kiwi, Laici dan Air Kurma. Paling Nina suka Air Kurma dan Nescafe Tarik!
Surau
Kat Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur semuanya lengkap. Selain lokasi yang stategik dan public transport yang memudahkan perjalanan, kat sini pun disediakan surau yang selesa kat tingkat enam sepanjang bulan Ramadhan. Lepas iftar kalau korang nak terus solat terawih ada kat sini.
Wi-Fi
Ahaaa…. Laaa ni semua dok cari Wi-Fi kann.. Jangan risau! Kat Pacific Ballroom dan Zende Restaurant ada! Boleh laaa korang selfie terus upload dan share gambar menu iftar korang yang sedap tuu ngan kengkawan media sosial. Acecehh…. Macam tak biasa buat lak kann…
Public Transport , Parking
Nina datang sini naik Star LRT jer. Korang turun Stesen PWTC, gedek-gedek jalan kaki *jangan ngade nak bayangkan camner jalan gedek-gedek* bababb kanggg jalan kaki santai gitu, korang ikut jejantas berbumbung (selamat kena hujan) dan terus sampai tangga lobby Seri Pacific Hotel. Cepat, murah, selamat! Selain tuu, korang boleh naik komuter – turun PWTC. Pastu jalan kaki sampai sini. Tak jauh gak.
Kalau korang bawak kereta pun tak susah. Parking senang sangat. Banyak pilihan. Samada parking kat Seri Pacific Hotel, kat Sunway Purta Mall, PWTC atau kat Stesen Bas Putra pun ada. Ikut pilihan korang nak park kat mana .. . .
Harga
Pacific Ballroom
27 Mei – 22 Jun 2017
RM98 nett (Dewasa)
RM49 nett (Kanak-kanak)
Menyajikan konsep gerai aka stall yang menyediakan pelbagai menu menarik. Antara menu yang akan membuka selera korang ialah Sup Ekor Mamak, Sup Ayam, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi bersama Pisang Muda, Udang Goreng Kunyit, Ikan Siakap Kukus Kuah Tauchu, Ayam Masak Rebung Santan Nipah Muda dan banyakkkkk lagi . . .
Zende Restaurant (Aras Lobi)
29 Mei – 24 Jun 2017
Rm138 nett (Dewasa)
Rm69 nett (Kanak-kanak)
Menyajikan citarasa istimewa mereka yang akan membuatkan korang lagi terliur-liur … Gulai Daging Campur Umbut Kelapa, Lemang, Satay Ayam dan Daging, Variati Dim Sum, Sup Gear Box, Mee Rebus, Laksa Johor, Wantan, Mee Udang, Roti Jala, Murtabak Ayam, Rojak Singapore, Pasembor, Shawarma, Babaganoush, Hummus, Chicken Mandy Tandoori Style, Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Kambing Panggang, Ayam Golek Percik dan dan dan dannnnnnn banyakkkkk lagi!
Letih weyyy… Tulis Type macam-macam menu yang ada! Korang pi laaa terjah nanti yaa..
Pakej Rumah terbuka Aidilfitri
dari RM95 nett seorang
Untuk tempahan dan pertanyaan
Tel : 03-4049 4351 / 4352
Email : sfbresv@seripacific.com
Untuk maklumat lanjut, korang terjah intai-intai kat
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555
Dok citer pasal Buffet Ramadhan, sapa yang mana belum ganti puasa sila cepatan ganti ya.. Jangan kata hakak tak ingatkan lak! Berapa hari lagi tuu…?? hehe…
Nina ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua… Moga puasa kita kali ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Aamiin…
ppssttt >>> tak habih lagi. Hehe… Tahun ni tak sure samada Nina rajin ke tak buat biskut Raya. Di izinkan ada kerajinan setinggi KLCC nanti Nina kasitau ehh.. Walaupun Nina tak tinggi mana pun… ehhe
Tengok menu best2 tu…
Nampak sedap. tapi harga tu mahal sangat. huhu. nak kena menabung dulu ni
Jarang jumpa menu Ikan Patin Tempoyak dekat Hotel… Biasanya makanan yang ada berkaitan dengan durian memang susah nak jumpa dekat Hotel.. Tak sangka dekat sini ada pulak.. Mesti best ni..
Suka Nasi Beriani Rusa dia, memang sedap!
bestnya makan di tempat yang ada suasana kekampungan. Makanan pun nampak sedap.
ermm terasa nak makan kat sana.. aduhhh nak makan serawa duriannn
Teringin nak rasa kuey teow ngan serawa durian tu…
ikan keli ke tu..sedapnya lahaii