Kat mana makan best area Damansara Damai?
Buat warga Damansara Damai, Taman Ehsan, Kepong, Sg Buloh, Subang Bestari, Selayang Eh banyaknya! hehee… dan seangkatan dengannya. Meh Nina nak share ngan korang satu cafe yang menyajikan menu yang best!
Jumaat hari tu kannn… Nina ngan Ben Ashaari , Yanie , Kak Azni pi pekena satu cafe baru kat area Damansara Damai. Tak sangka kat sini depa sorokkan cafe yang cantik ni…
Usai Nina melangkah masuk cafe, tetiba Nina rasa fuuhhh…. Hitam! Ya, berkonsepkan hitam. Dinding hitam, kerusi hitam, meja hitam tapi nampak menarik! Cozy, modern contemporary style gitu bak kata omputeh. Suasana nya yang santai, tenang, ringkas dan tersusun rapi. Nina suka!
Apa yang menarik best kat EL RAY Cafe?
Tatkala korang berada dalam cafe ni dengan dekorasi yang berkonsepkan ekslusif, tentu korang akan terbayangkan harga yang bakal kena bayar nanti – mahal! Tapi … sangkaan mu meleset belaka. El Ray Cafe menawarkan harga yang berpatutan! Maklumlah kat sini majoriti nya pelajar. Cafe jer nampak macam tuk orang have-have tapi harganya tetap mampu bayar.
Selain tuu kan … Cafe ni yang pertama kat area Damansara Damai yang menyajikan menu Nasi Arab yang di hidangkan dalam claypot. Unik kan… Korang tau jer laa, bila dalam claypot, bukak aje tutup dia, wap panas keluar, bau wangi perapan rempah Nasi Mandy. Makan lak panas-panas, sedap weyyy…!
Haisshh …. Dok citer.. Meh Nina kasi korang cuci mata nengok menu menarik yang kami pekena hari tu…
Nasi Arab ni namanya Claypot Chicken Mandy. Hurmm… Nina paling suka cili dia! Sampai dok ulang makan sebab cili dia. yang kat tengah tuu… Tak berapa pedas, kombinasi cili nya sedap! Nasi dia kann…. lembut, cukup dengan rempah yang tidak berapa kuat. Nina suka gini.. yang berempah sangat tu Nina tak minat. Light light gini memang layan..
Lagi best, Nasi Mandy ni ada sup! Ahaa… Kat tempat lain memang tak akan jumpa depa bagi sup. Memang lagi tambah laaa makan sambil hirup hirup sup nya. Slurppp slurpppp..!! Pekena lak ngan ayam yang moist, empuk! Wallaaa…..
Chicken Skewer (kebab) ni sedap dan ada kelainannya yang tersendiri. Menu ni kategori menu sihat gitu. Ayamnya lembut, masak style grilled dan maintain juicy isinya. Unik kat sini ada terung! Dibakar gitu aje tapi paling heaven tak terkata tatkala Nina cecah terung tu ngan cili Nasi Mandy tadi. Vavavaa…. Habis licin Nina belasah terung tuu! Hahaha… Asyik seyhhh cili tu.. Nape sedap sangat ni?? hehe
Ini lak Burger Homemade Patty. Korang nampak macam biasa jer kan… Hey heyy.. Korang pi pekena dulu. Rasakan keenakkan burger ni di saat gigitan pertama. Tak sama macam burger yang biasa korang makan. Cuba laaa…
Chicken Wings..!! alahai … yang ini anak-anak gerenti suka. Sedap dia macam tak cukup satu portion. haha… Biasalah mak-mak. Kadang tuu bab makan, bila part tuk anak-anak dia yang over tamak. Tetiba kuar tanduk kat kepala semua dia nak kaut! kannn…. Hahaa… Sapa sama? Sep! Hehe..
Ahaa…!! Paling Nina suka. The Frits Banana bukan sekadar pisang goreng di jalanan. Kombinasi pisang goreng yang ranggup bersama taburan serbuk koko memberi satu rasa yang unik! Tak manis sangat.. Just nice makan lepas pekena main course.
Tak lama lagi kan Ramadhan, Sukahati Nina nak kasitau kat korang ni..… El Ray Café ada sediakan pakej Berbuka Puasa yang amat berpatutan. Hanya RM10.55 murah kan…??
Meh tengok apa menu yang akan El Ray Café sajikan..
Promosi Ramadhan RM10.55/per set
Menu 1 – Nasi Putih , Ayam Masak Merah , Acar Timun dan Nenas , Kurma , 2 jenis Kuih dan Air Sirap Selasih
Menu 2 – Nasi Putih , Kari Ikan Kacang Bendi , Acar Timun dan Nenas , Kurma , 2 jenis Kuih dan Sirap Bandung
Menu 3 – Nasi Putih , Claypot Tahu Bersayur , Acar Timun dan Nenas , Kurma , 2 jenis Kuih dan Sirap Limau
Korang… Lagi best kan ada promosi menu tuk Moreh. RM6 aje per set.. Pass balik sembahyang Terawih tuu, boleh laaa pekena dessert sebelum balik rumah.
Antara menunya ada Bubur Lambuk, Bubur Gandum, Mee Hoon Goreng dihidangkan bersama air Tea O.
Waktu perniagaan
11am – 10:30pm
Ahad – tutup
Lokasi El Ray Cafe
Unit LG2-003, Podium One Damansara Kondominium
Jalan PJU10/3C , 43830 Petaling Jaya
Terletak di area Damansara Damai. Nak pi sini paling senang Waze aje Pusat Pembangunan Awal Kanak-kanak atau One Damansara Condomininum, Damasara Damai. Café ni berada kat bawah One Condo ni jer. Kalau korang waze Econsave Damansara Damai pun boleh…
Parking
Paling selamat korang park aje kete kat bawah Econsave (dalam bagunan yang sama). Kat kawasan depan Cafe pun melambak jer parking. Pepandai laa korang cari yaa..
Eh Eh.. Nina ni.. Sapa lak mamat hensem ni..?? Ini lah empunya El Ray Cafe – Rayyan Akmal Edmett . Muda lagi orangnya. Tahniah dengan adanya El Ray Cafe ini moga dapat merealisasikan impian beliau. Semoga terus sukses!
EL RAY Cafe Damansara Damai BEST
Dari dok saja tuu, meh layan instagram El Ray Café http://www.instagram.com/elraycafe .. layan cuci mata nengok apa lagi yang menarik kat sini.
wahh harga buffet murah sangat ni
wow. tak mahal sgt. bes oiii
tgk gambar pun dah thu sdap ni kak nina..:)
Dekat juga ni. Boleh lah cuba nanti.
Sedapnya nasi arab dengan chicken kebab. Rasa lama dah tak pekena nasi arab. Terliur tengok gambar..
Memang cantik dan unik cafenya. Pastu harga makanan pun berpatutan, setanding dengan menunya yang memikat selera.
wah, bestnya. terus teruja nk pergi
Alamak bestnyaaa semua makanan sedap2 belaka.
Macam best jugak tempat ini, boleh jadikan tempat destinasi untuk makan-makan nanti
pisang goreng tue..kecur air liuq nengoknya
chicken kebab nampak sedap