Hari ni Nina nak share resepi ala western yang kita cuba masak sendiri kat rumah. Resepi Fish and Chips bersama mushroom black pepper sauce. Walaupun tidak lah seratus peratus macam Chef hebat kat obesi masak, ala-ala pun jadi laa kann? Kita yang nak makan… Resepi ni sangat simple, mudah dan ringkas. Kalau dah boring makan nasi, boleh cuba masak ala western style Nina pulak..
Hrrmm…. Pasti ada yang terdetik kat hati tuu berkata-kata
“Alahai…. setakat Fish n Chips sesapa pun boleh buat. Alaaa… Isi ikan tuuu goreng celup tepung ajerr. Tak susah mana pun….”
WESTERN FOOD FISH AND CHIPS
Betul betul betul..!!! Tak dinafikan, Fish n Chips ni antara menu yang sangat mudah untuk disediakanya. Nina nak share kat sini untuk yang tak tahu, yang tercari-cari resepi, yang baru-baru memesrakan diri bersama dapur dan juga untuk rujukan Nina kemudian hari. Yang dah bijak pandai experettu tak yah follow kita . Huhuu… Kita bukan sesapa, bukan chef pun. Hanya surirumah yang berkongsi yang mudah simple ringkas untuk santapan keluarga. Manalah lah satu hari nanti, blog ninamirza bermanfaat untuk korang yang memerlukan. Alhamdulillah
MIX AND MATCH
Mostly Fish n Chips dihidangkan bersama French Fries (kentang goreng) – semestinya lah kannn….
Selain dari tu, boleh lah letak mix vege, tomato, coleslow, mashed potato atau apa saja yang korang nak makan! Tentu lah kann yakkan masak untuk jiran sebelah rumah pulak. Hehee
Terpulang pada citarasa setiap individu.
Untuk pilihan side dish lain contohnya korang rujuk
Untuk sauce nyer pula – Selalunya di restaurant western just hidangkan cili sos bersama mayonnaise. Nina lebih suka cecah ngan Mushroom Black Pepper Sauce. Sauce nie dah beberapa kali Nina buat sebelum nie. Selain boleh dinikmati bersama Fish n Chips, sauce nie juga boleh dipelbagaikan dengan macam-macam menu utama yang lain selain Fish n Chips. Boleh lah singgah dan jenguk resepi-resepi kat bawah nie…
- CHICKEN CHOP BLACK PEPPER SAUCE
- Chicken Grilled with Black Pepper Sauce
- Grilled Salmon with Black Pepper Sauce
RESEPI FISH AND CHIPS
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory – Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara masak Fish and Chips
1- Ikan Dory dinyahbekukan.
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, mix vege, tomato dan mushroom black pepper sauce.
Resepi Mushroom Black Pepper Sauce
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* – didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin – dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)
Cara masak Mushroom Black Pepper Sause
- Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
- Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api. Nina guna whisk utk kacau rata tepung
- Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
- Siap untuk disajikan bersama Fish n Chips tadi…
Setiap insan di dunia ini sememangnya tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan namun jika kekurangan dan keaiban yang ada pada diri sendiri dipandang dari sudut yang positif, ingin sentiasa belajar dari kesilapan pasti akan memberi sejuta kebaikkan dalam diri.
Salam Jumaat buat semua ….
Imam Hasan Al-Basri r.a. berkata:
“Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain.”
slm syggg Kak Nina…
pestime la tgk fish n chip dmakan dgn sos blackpepper ni…bleh cuba ni..suka sesuatu yg berlainan cmni..kreatipp