Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 4, 2012January 11, 2016

Fish and Chips with Coleslaw

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Western Food lagi ~~~~ Sebelum nie Nina pernah tayang resepi Ikan Dory Grilled. Boleh tengok kat SINI. Kali nie Nina nak share resepi Fish & Chips with Coleslaw. Resepi yang mudah dan cepat penyediannya. Cuma bab coleslaw tuu ajer, sebaiknya disediakan dulu. Kalau nak buat awal sehari dua pun boleh. lagi bagus kerna lagi lama coleslaw tuu dok dalam peti ais, coleslaw tuu akan sebati rasanya antara satu sama lain dan rasanya akan lebih sedap! Percaya lah ~~~

Ikannya pula seperti biasa, Nina beli kepingan ikan Dory yang ada jual dibahagian frozen kat mana-mana hypermarket pun ada. Selalunya dalam satu pack ada 3-4 keping. Cukup lah untuk keluarga yang kecil macam Nina nie….

Selalunya kat restaurant, mereka sediakan Fish & Chips bersama Black Pepper Sauce. Memang sedappp kombinasinya cuma kali nie Nina makan as simple as can ; hanya bersama cili sos dan mayonnaise ajerr… Untuk yang berminat nak buat Mushroom Black Pepper Sauce boleh lah click SINI. Terpulang lah pada citarasa setiap individu.

Ok…. jom tengok resepinya

Fish & Chips
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory – Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Sampingan
Kentang Goreng – Nina guna ready made ajer then goreng garing dan toskan.
Brokoli – direbus seketika
Tomato – belah 4
Coleslaw

Cara-cara
1- Ikan Dory dinyahbekukan.
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, coleslaw, brokoli dan tomato.

Coleslaw
Bahan-bahan
1/2 Kobis
1 batang Carrot size kecil
1-2 cawan Mayonnaise
3 sudu besar Gula Halus
1/2 sudu teh Garam (rata)
1/2 sudu besar Cuka

Cara-caranya
1- Kobis dan carrot dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris halus dan dicincang kecil-kecil.
2- Masukkan kobis dan carrot dalam mangkuk besar.
3- Masukkan mayonnaise, gula halus, garam dan cuka ke dalam mangkuk lain dan kacau rata kesemuanya sampai betul-betul sebati.
4- Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk besar yang berisi kobis dan carrot tadi. Gaul rata sehingga betul-betul rata.
5- Setelah itu, simpan coleslaw dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Sebaiknya selepas 6jam baru lah coloslaw sedappp dimakan. Sebab lebih sebati antara satu sama lain dan rasa lebih berkrim dan smooth. Tapi …. kalau dah tak sabar – belasah ajer laaaa….
Hehehe . . .

Pppssttt >>>> mengikut pengalaman Nina, coleslaw nie boleh tahan lebih 4-5 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba!










Related posts:

Roti Telur Mayonnaise | Menu mudah, ringkas buat anak
2014 Banjir terbesar di Malaysia. ... hibanya hati ini...
Klinik Gigi BEST KL daku kembali lagi! Ohhh.. Klinik Pergigian Erfa TERBAIK
Kuey Teow Goreng Bodo ... Paling senang sedap!
Lifestyle Ikankudap kudapanWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. laskar pelangi says:
    July 4, 2012 at 8:38 pm

    Yummy~~ Terliur

    Reply
  2. Rohah says:
    July 5, 2012 at 4:21 pm

    wowo Nina, mmg sedap ni.Akak buat Chicken chop semalam, tunggu Q nak update..santai betul makan cam ni kan..

    Reply
  3. Nina Mirza says:
    July 5, 2012 at 8:38 pm

    Laskar Pelangi …

    Cepat-cepat lap air liur tuh…!!
    Takut nanti ada yang nampak, malu nanti ~~~~
    hehee . . .

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    July 5, 2012 at 8:43 pm

    Kak Rohah …

    memang sedappp kak … boleh tak perasan dah makan 2set. Ooopssss…!!!!
    Menu mcm nie mmg pilihan family Nina terutama sekali Hubby Nina
    sbb dia tak berapa makan nasi. Lagipun menu nie ringkas 😉

    Reply
  5. CT Delima says:
    July 10, 2012 at 1:42 pm

    As'salam Nina cayanggg..

    lauk sedap ni, dapat pulak kalau Nina yang masak tuk k.ct hehehe. Nanti nak terjah rumah masa Nina masa tengah masak k.ct bawak nasi kosong aje eh hehehe

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    July 10, 2012 at 5:55 pm

    Wa'salam Kak CT cayanggg ….

    boleh ajerrr kak ….. kasitau lah bila ehh
    hehee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes