Suka tak makan kat restoran Nasi Kandar? Kalau cerita pasat nasi kandar, Nina paling suka Nasi Kandar Ibrahim Shah yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak payah pi jauh-jauh sampai nun Penang sana sebab kat KL sini pun ada yang sedap kaw padu! Nina paling suka Daging Masak Hitam Berempah dia!
Punya lah lembut daging nya, juicy, kombinasi rempah memang terangkat. Beli tapau lauk je, nanti balik rumah panaskan makan cecah roti. Perghhh⦠Sebuku roti pun boleh licin! HAhaa
Nasi Kandar lauk Daging Hitam Berempah
Sebelum-sebelum nie, Nina dah pernah share resepi Ala-Mamak. Antaranya Udang Masak Hitam Ala-Mamak & Sotong Masak Hitam Ala-Mamak. Kali nie Nina buat versi daging pula. Disebabkan Nina dan Geng kurang makan nasi untuk dinner , (buat masa ni, sampai bila entah laaa) so Nina sediakan menu yang sesuai buat cecah makan bersama roti/tortila/pita dan seangkatan dengannya. Bagi selera Nina dan Geng , kuah Ala-Mamak yang pekat dan berempah amat sesuai dimakan bersama roti. Setuju tak?
Resepi Daging Masak Hitam Berempah Ala Mamak
1/2 cawan santan pekat
Cara Masak : Daging Hitam Berempah ala Mamak
1- Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
2- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
3- Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
4- Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
5- Masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi. Kacau rata. Biarkan daging sebati bersama rempah-rempah tadi. (Nina tutup periuk seketika dan kacau sekali sekala)
6- Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya.
7- Kemudian masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
8- Selepas itu, masukkan santan dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Kepekatan kuah mengikut citarasa masing-masing
9- Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
10- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
11- Tutup api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba !!
Saja nak share ngan korang, buat yang tak berapa suka rempah kuat sangat korang boleh lah cuba rempah light light versi Nina yang ni pulak. Resepi Daging Korban Goreng Berempah . Yang ini rasa dia tak ala mamak pun so dont worry. Taste dia lebih pada serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih. Rasa yang berbeza dari Daging Masak Hitam Berempah ala mamak. Korang cuba laa..!! Manalah tau menepati citarasa korang, tak cuba tak tahu kann
Selit sikit TIPS untuk korang, ketahui TIPS beli pilih daging segar
Ada dalam 13 Resipi Daging antara nya Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi
perut mula lapar..dtg sini ada pulak lauk daging ni.terliur….
wow…! sedap nmpak….
wsalam nina..lama myepi yer..sedap daging tue:)
As'salam inazamri,
lapar ehhh ….?? bak mai piring meh, kita share2 makan sesama..
hehee
As'salam Asyifa Mustaffa,
nampak sedapp?? Memang sedappp tau~~ boleh tak perasan sebuku roti
pun boleh licin !!! hehehe . . .
As'salam Zila cayanggg ….
yelah zila… agak sibuk kebelakangan nie. Nina kena dahulukan yg
lebih diutamakan π
Insya'Allah, masa terluang yg ada pasti Nina akan update entry dan
jalan2 ke dapur yang lain2 pula…..
ALHAMDULILLAH,saya try buat untuk juadah berbuka tadi. SEDAP π tapi saya gunakan ayam. thanks yer.
Alhamdulillah …. menepati citarasa awak sekeluarga π
Terima kasih kerna sudi mencuba…