Sedikit coretan kisah personal Nina Mirza yang tak seindah mana. Hurmm… Ada laaa beberapa insan awak followers kita eh yang terdetik dari lubuk sanubari mereka naluri ingin tahu dalam jiwa mereka yang paling dalam perihal Nina. Terharu tau..
NINA MIRZA
Bagi Nina mereka ini antara kawan yang semakin ingin mengenali Nina dengan lebih dekat. Its ok. Don’t worry, ai tak pernah cop you as makcik pakcik bawang. Nina terbuka orang nya dalam menerima lantas meraikan pelbagai pendapat. Relax eh..
Antara soalan lazim tentang Nina Mirza …
Ini lah logo / header yang Nina gunakan awal blogging dulu. Entah Nina sendiri tak tahu kenapa backgound warna hitam. Acah-acah misteri kot?!
Tapi Nina suka kan logo NM tuu.. Simple but nice kann?
Dah lama ke Nina tulis blog?
Lama tak lama pun… Sejak 2011. Baru jer nak masuk 7 tahun lebih. Senang citer baru jer belajar kenal huruf, terkedek-kedek belajar membaca gitu. Ada yang kenal Nina dari perkongsian resipi yang mereka Google dan jumpa blog Nina Mirza pastu terus jadi kawan. Terima kasih…
Ini antara Resipi Kek pisang paling senang sedap yang hot melecur yang selalu korang jumpa kat Google.
Terbaru sejak beberapa tahun ni, ramai kawan-kawan Nina di kalangan blogger. Allahu… Ramai rupanya. Seronok sangat! Sebab selama ni Nina sekadar tulis, bedal ikut suka jer…
Dari sini laaa Nina kenal dunia blogger. Kenal do and don’t etika dalam penulisan, apa itu GA, SEO dan macam-macan lagi. Meriah, bermanfaat, saling menyokong, dan paling seronok rupanya boleh jana pendapatan. Idok lerr pendapatan macam korang keje tu.. Tapi Syukur Alhamdulillah di atas rezeki MU… Seronok giler weyhh! Sapa tak seronok dapat duit poket walau sikit ya tak?
Macammana Nina bahagikan masa tulis blog dan family?
Subjektif nak jawab sebab Geng paling banyak bantu Nina bab ni.. Geng sangat support, sporting and everything tuk Nina. Dengan izin Geng Nina boleh terus menulis blog, ke sana ke mari join event, review, bengkel, kelas, family day blogger dan macam-macam lagi.
Update blog pakai smartphone jer.. ? Tak susah ke?
Ya.. Nina update blog memang pakai smartphone jer.. Ini aje laaa yang Nina ada kita bukan orang ada-hado maka bertabah laaa mengguna pakai yang ada ni walau apa jua situasi.
Dah ini jer yang ada kannn…
Tak susah ke update blog pakai hp jer?
Soalan lazim yang biasa di tanya maka jawapannya tetap sama. Giler tak susah? Opkos laaa.. Tak dinafikan susah, macam remeh, sebab screen kecik kannn, dapat lak jari gemoks asyik typo sokmo. Struggle seyhh..!! Tapi alah bisa tegal biasa.. Lelama benda ni tak memberi apa-apa maka.. Ok, bohong sunat sekali sekala tension gak tau! HAhaa..
Bila Nina update blog?
Hurmmm…. Subjektif gak. Bila bila punya masa free. Tak de specific time. Tak mampu follow schedule. Dah cuba tapi keutamaan buat anak-anak dulu.
Kebiasaannya update blog adalah di malam hari. Selepas kesemua bala tentera tersayang lena di buai mimpi indah. Masa ni baru tak de sebarang gangguan, tenang idea mari dan mudah nak karang ayat. Bukan senang kannn nak bikin ayat walau sepotong. Apalagi seperenggan. Setuju tak?
Blogger vs Surirumah
Siang?
Susahnya nak jawab sebab waktu siang Nina amat limited. Nina ni surirumah yang merangkap bibik, supir dan house manager. Acececehhh… Konon. Nama tak mau kalah. Ooppsss…!! Lupa, Nina juga financial manager. Hehee.. Opkos laaa kita kasi belanja nanti di audit oleh Gabenor aka Geng. HAhaaa..
Hah tengok.. Dah lari topik. Memang gini Nina ni.. HAhaa
Pengurusan Masa
Ok sambung, Kekadang siang tuu dalam kelam kelibut keterpaksaan update gak blog. Nak nak bila entri berbayar. Tak mau laaa delay siapkan task yang diberi. Keje kann amanah.
Bila dalam keadaan memaksa maka geng akan take over duty Nina. Lepas jer dia balik keje, maka menyorok lah Nina dalam bilik tanpa pengetahuan anak paling kecik baby Eilysa. Alasannya Mama pegi zumba. HAhaa… Sian dia kena tipu.
Cabaran sebagai blogger
Ini lah Eilysa.. Yang selalu bikin seisi rumah gerammmmmm kat dia!
Tapi serius memang terpaksa gini, sebab dak Lysa ni ada power gam gajah dok ngempeng jer ngan Nina bila mama ada depan mata. Perangai manja dia over the limit. Satu rumah stress awakkk..!! Anak bongsu memang gini kot pe’el nya..
Sebab tu Nina payah buat apa-apa kalau di siang hari. Setakat baca WhatsApp boleh laaa cilok-cilok masa dia leka atau lena.
Karang entri ni pun rasa dah berminggu tangguh. Setiap hari karang satu ayat. Tu pasal kadang lain perenggan lain mood. Ada yang agak tegas, straight forward, terpanjang merepek, membebel pun hado! Tabah jer laaa awak eh
Gitu laaa kerenah anak-anak. Semuanya berbeza. Tu baru sorang punya ragam. Belum add perangai dak Eilhan yang nakal lorat tu.. Kat gambar atas ni dia depan belah kiri. Tengok memek muka dia pun korang leh agak kerenah dia kannnn? Kalau nak citer ke-5 punya perangai risau stress lak korang nanti baca. HAhaa
Bukan mudah nak siapkan seketul entri
Ya.. Bukan mudah walau orang dok ber andai kan surirumah ni banyakkkkk masa santai nya. Nehi nehi… Korang silap!
Rasanya kalau laaa Nina masih bekerja, ada lunch time mungkin laaa masa rehat tu boleh gak di manfaat kan draft entri ke kannn? Masa lunch memang waktu korang berehat santai kann… Oh indahnya, penuh privacy. Erti kata lain ‘me time’. Dok rumah lunch time pun kadang entah bila… Hehe.. Bukan tu jer tau, masuk toilet pun gesa-gesa. Baby dah teriak macam kena dera gamaknya. HAhaa.. Sapa sama macam Nina? Sep!
Camera apa Nina Mirza pakai? Brand, model?
Sejujurnya Nina tak de camera. Semua gambar Nina snap dari smartphone jer.. Belum mampu nak beli seketul camera. Dah lama wishlist Nina nak beli camera Sony.
Mungkin belum sampai masanya lagi. Rezeki yang ada untuk wishlist terpaksa dilupakan sementara sebab ada tuntutan lain yang lebih memerlukan berbanding seketul camera. Siannya Sedihnya.. Opkos laaa sedey… Apa kan daya, keterpaksaan. Korang Doakan impian Nina tercapai eh.. InsyaAllah
Nina Mirza pakai smartphone apa?
Lenovo S650
Awal dulu Nina pakai Lenovo S650 jer awak… Murah jer. Below RM600 kot masa tu. Lama Nina guna Lenovo ni. Rasanya dalam 4 tahun. Berjasa sungguh dia. Gambar food, review, pemandangan semua dari seketul Lenovo mur mur jer… Cantik tak?
Cuma… Nak dapatkan hasil gambar seperti yang korang tengok tu Nina perlukan banyak masa untuk edit sampai lah mencapai kepuasan dari mata Nina.
Apps edit gambar apa yang paling senang mudah best ?
Hurmm… Panjang sangat kalau nak citer. Nanti ada masa Nina share pulak apps apa yang Nina pakai tuk edit gambar eh.. Semua gambar Nina edit dulu baru post. Bukan kejap, lama… Nak plak Nina no cerewet sangat. So betapa banyak masa yang Nina kena habiskan untuk proses edit aje.
Antara apps edit gambar yang Nina suka guna pakai adalah Snapseed. Nina akan adjust lighthing, contras, warna dan sebagainya sehingga gambar tersebut akan nampak acah-acah macam hasil dari camera atau smartphone mahal.
Nina Mirza terpaksa luangkan masa edit gambar untuk hasil gambar yang cantik
Selalu rasa down bila pegi review. Sebab blogger pakai smartphone canggih tak payah edit, camera bagus snap jerr terus lawa terus pantas update post tapi Nina…. Dok terhegeh-hegeh kena edit dulu. Huhuu… Indahnya ketabahan dulu, how struggle i’am dulu! Proud of me!
Akhirnya 2017 Nina terpaksa beli smartphone baru. Sebab Lenovo ni dah tak leh on dah. Tak tau kenapa. Sedih 😭😭
Nina mula survey smartphone yang lebih baik tapi mur mur gak. Yang penting kali ni Nina nak smartphone yang smart dan playing penting nak camera nya cantik!
Huh smart?? Macam pelik kann.. Opkos laa smart phone smart kannn? Bukan apa, sebab Lenovo S650 yang lama tak support document. Kadang tu banyak document yang Nina terlepas baca tak boleh view dan kadang bila PR mintak send draft dalam pdf, Nina terpaksa pi CC. Dah laaa free time Nina malam aje. Bahaya kann dok CC lewat malam. Huhuuu.. Gigih kann kita? Ooppsss..!! Terpuji lak diri sendiri. HEhee..
Oppo A77
2017 beralih ke Oppo A77. Alhamdulillah lebih memudahkan urusan Nina. Gambar pun lebih sharp, ada bokeh, battery tahan lama dan banyak lagi benefit nya. Paling best Nina dah boleh view documents dari handphone aje. Senang nya keje, Seronok!
Walaupun camera Oppo A77 dah cukup lawa tapi ketidakpuasan hati Nina payah di ungkapkan. Nina tetap edit setiap gambar Nina. Sikit laaaa… Masa tu cepat laa sikit dari masa pakai Lenovo S650 dulu. HEhee…
Gambar atas ni dari Oppo A77 selepas edit. Cun tak?
Gambar ni lak dari Oppo A77 original tanpa sebarang edit. Tetap lawa kannn?
Impian beli camera Sony hampir menjadi Kenyataan tapi…
Akhirnya awal tahun 2018 tabung camera dah cukup tuk Nina memiliki seketul Camera Sony idaman Nina. Punya lah syiokkk tak terkata!
Tapi rupanya rezeki tuk Nina pakai camera belum di izinkn DIA. Ada perkara lain lebih memerlukan. Tapi hati ni dah meronta-ronta nak kan reward tuk diri sendiri hasil duit blog. Setelah di conggak, dibahagi, didarab, ditolak tambah maka….
Huawei P20
Tadaaaa… Hadirlah Huawei P20 as reward buat Nina. Terima kasih Geng selalu pujuk hati ini. Walaupun tak dapat seketul camera Sony idaman tapi hadir ya Huawei P20 ni amat lah menyeronokkan membanggakan membantu menyelamat lagi memudahkan urusan blog Nina.
Kenapa Nina Mirza kata Huawei P20 best
Opkos kelebihan utama dia adalah camera. Sebab Nina kann memang nak beli camera.
Ini gambar dari Huawei P20 tanpa edit. Masa ni. Birthday Nina yang ke patploh tahun.
Dengan camera Huawei P20 ni cukup memudahkan Nina. Tak payah dah nak edit gambar! Jimat masa! Hasil gambar tanpa edit setanding camera. Adalah sikit 2% tak mencapai SOP dari pandangan mata cerewet Nina tapi kalau tak edit pun ok sangat daaaa sebenarnye … Tapi awat laaa seketul Nina Mirza ni cerewet nau! HAhaa
Nak jugak edit or maybe dah terbiasa rutin semua gambar dok nak edit jugak
Ok… Mata dah mengantuk ni, nanti Nina sambung jawab soalan yang lain lak.. Kalau ada soalan tambahan korang buh kat komen eh…
Salam sayang
Nina Mirza
Suka baca pekongsian kak nina ni.tegar kak nina yang jadi silent good job kak nina (thumbs up). teruskan menulis ya sis. ramai peminat reader (saya salah sorangnya. hehe)
P20 memang terbaik.. Tak de kamera pun , puas hati dengan P20 tu
40 tahun? Awet muda tau..
Nina mmg kental tul semangat nak berblog, respek!
supermom!!! tahniah.. semoga diberi kekuatan berterusan.. amin..
impian nad juga nak beli camera sony..sama2 kita kumpul dan sabar ye kak nina..ehhee
This is extremely helpful info!! Very good work. Everything is very interesting to learn and easy to understood. Thank you for giving information.
40 tahun ke 50 tahun keee,kak nina tetap nampak mudaa gittewww