Resipi Nasi Planta Pelangi sedap mudah cantik dimasak kegemaran anak
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Apa khabar teman-teman Nina yang tersayang…? Sihat ker?
Nina harapkan anda semua sihat sejahtera hendaknya. Aamiinnn
Dah makan ker? Makan apa pagi tadi …? Pastikan yang berkhasiat dan sebaiknya jadikan amalan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas /2 litter air kosong sehari. Atau lebih, lebih baik jika mampu…
Maklum lah semenjak dua menjak ni keadaan cuaca yang tak menentu antara faktor yang menyebabkan ramai kengkawan kita yang kurang sihat. Bukan apa, kadang tu cuaca tengah panas terik tetiba tup tup tak der angin tak der guruh, hujan pun turunnnn…
“Arni, angkat hujan… jemuran dah turunnn”
Tiap kali hujan turun, dialog Pendekar Bujang Lapok ini lah yang sentiasa bermain diminda Nina.. Hehhee
Ikutkan nak buat Nasi Hujan Panas…. (selalunya 3 warna ajer) memandangkan cuaca dok hujan dok panas so Nina pun tambah lagi sikit warna biru. Maka terjadilah warna pelangi
Dengan harapan kalau nanti hujan membasahi bumi dan kemudian pelangi pula muncul. Haa gitu!
Bak kata pujangga : : : :
Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..
Nasi Planta Pelangi ni versi beras biasa aje. Ikutkan kalau nak lagi menarik kena pakai brasmathi. Tapi …… Tak kisah beras apa pun nak pakai, kita yang nak makan so ikut suka masing-masing…
Cuma kalau pakai brasmathi, hasilnya nanti lagi sedap, menarik dan tertarik~
Kat rumah Nina nie, selalunya Nina masak nasi untuk anak-anak jerr sebab Geng kurang makan nasi. So nak nampak lagi menarik Nina pun letak lah sikit pewarna. Nina buh pewarna ni sikit sangat sebab tuu warnanya tak berapa rata keseluruhannya. Sajer cuba-cuba … sambil nak tarik minat anak-anak makan
Huh!! Memang untuk dimakan sayangg~ sabar jer laaaa….heheee ….
Resipi Nasi Planta Pelangi
Resepi: Nina Mirza
3 sudu besar Planta
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Sedikit garam
Kismis sebagai tambahan jika mahu
Pewarna hijau, kuning, merah dan biruCara penyediaannya
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan Planta dan tumis bawang dan bawang putih yang telah dimayang tadi sehingga wangi
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam.
5. Masukkan air, kismis dan masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kegemaran.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.Selamat mencuba!
Jangan tak tahu, bukan nasik je Nina kasi pelangi, Kueh Seri Muka Pelangi pun hado! HAhaaa
tarik minat anak makan ni memacam gaya ada. As long anak nak makan. Kannn?
As'salam Nina
Weee…. cantik berwarna warni nasi mu itu Nina, ni ada suapkan tuk k.ct tak?? hehehe
Wa'salam kak CT cayangg…
Nina tunggu gak kak CT datang…..
meh sini mehh… nganga arr ngangaa~ buka mulut besar sikit
Nina suapkan nie ;p
hehee…
Salam nina… meriahnyer nasik.. sure budak2 lajuu je makan kan 🙂