Resipi Agar-agar Cendol Gula Melaka. Sedapnya makan sejuk-sejuk. Nyaman sekali!
Fuhh… Fuhh ….!!! Tiup-tiup habuk sambil buang sesawang yang ada kat teratak Nina ni.. Hampir sebulan juga Nina tak bersiaran tuk update entri. Naik berabuk dibuatnya kannnn. Jutaan Terima Kasih buat yang sudi singgah teratak Nina…. Terima Kasih juga buat yang sudi vacum/sapu tak kurang yang lap sambil tiup-tiup buang habuk dan sesawang yang ada kat Blog NinaMirza semasa ketiadaan Nina. erkkk~ yolah tuuu
Disebabkan lama tak update entry, pasti naik bosan teman-teman dok tengok Nasi Planta Pelangi ajer kannn….. Sorry ehh .. Ciann u all
Insya’Allah, lepas nie Nina akan cuba untuk update seperti biasa jika keadaan mengizinkan..
Maklum lah, asal blog ini tercipta pun sekadar mengisi masa lapang Nina disamping berkongsi ilmu yang tak seberapa nie buat yang memerlukan.
Selain dari itu, sebagai rujukan Nina kemudian hari, juga buat anak-anak dan Hubby a.k.a ‘Geng’ jika sampai satu masa Nina tak mampu untuk masak/baking …. manalah tahu kot-kot nak try masak macam Nina pernah masak~ boleh lah rujuk kat sini. click ajer! Heheh
Sekian lama Nina tidak bersiaran dan akhirnya di izinkan oleh DIA untuk Nina terus berkongsi di sini ….. Syukur Alhamdulillah 🙂
Hari ni Nina nak share resepi yang Nina perolehi dari Buku Agar-agar & Puding Inspirasi Blogger.
Page-14. Resepi nie dari blog Dari Dapur CT. Agar-agar Cendol Gula Melaka ..
Hah! Top list Favorite Nina tau cendol ni
Masih segar dalam ingatan masa Nina pregnant anak Nina yang No.2 – Eilman Mirza
Time tuu pregnant Nina ala-ala tunggu due & Nina ada jemputan open house dari kawan ofis lama Nina Intan Diana sempena Hari Raya Aidilfitri then seperti tahun-tahun terdahulu pasti ada dessert Air Cendol Homemade dia…
Memang sedappp! Apa lagi Nina pun makan lah sepuas hati dan mid night nyer ..
Alamak …..!! Besok nya Nina sakit perut. Geng dok bising kat Nina kata
“Hah.! Tulah, makan cendol banyak sangat…! dan bla bla blaaaaa …… (kena ngomel Nina dibuatnyer)
Asyik dok keluar masuk toilet dari mid night hingga lah ke subuh dan rupa-rupanyaaaaa
Dalam jam 6am Nina ke Hospital dan lebih kurang 6:30am lahir lah my baby boy – Eilman Mirza
Kesian cendol tuuu pula disalahkan…. HAhaa ….!!!
Terima Kasih kak CT di atas resepi yang sedap dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Best sangat time agar-agar cendol nie lalu kat masuk tekak sejuk-sejukkkk…. Gggrrr~~
Tambah-tambahan pula sekarang nie cuaca dok panas terik, memang sesuai sangat lah agar-agar nie menghiasi menu dessert
Buat sesiapa yang belum mendapatkan buku nie, disarankan dapat segera sebab sangat bermanfaat resepi-resipi yang ada kat dalam buku nie. Semua best-best dari blogger terhebat. Resipi Agar-agar Cendol Gula Melaka dari buku ni laaa. Jom tengok resepi nyerrr
Zazzssss >>>>>
Agar-Agar Cendol Gula Melaka
Bahan-bahan
Bahan A
5gm agar-agar serbuk
60gm gula melaka (Nina letak 1 ketul) – potong kecik-kecil
3 camca besar gula halus
1 helai daun pandan – disimpul
Sedikit pewarna coklat (Nina tak letak)
Bahan B
5gm agar-agar serbuk
300ml pati santan (Nina guna santan kotak 200ml + air 100ml)
400ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan – disimpul
1/2 sudu garam halus
Cendol secukupnya
Cara penyediaannya
- Satukan Bahan A dalam periuk dan masak hingga larut, sebati dan mendidih.
- Basahkan sikit loyang/acuan yang nak digunakan dengan air supaya nanti senang nak dikeluarkan
- Keluarkan daun pandan lalu tapiskan dan tuang dalam loyang atau acuan kegemaran
- Ketepikan sebentar…
- Satukan serbuk agar-agar, air, daun pandan dan gula dalam periuk lain
- Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar larut dan sebati
- Tambahkan santan dan garam, kacau sebati hingga mendidih
- Bila agak-agak lapisan Bahan A (agar-agar gula melaka) tadi dah mula hampir keras, cakar-cakarkan permukaannya dengan garfu
- Kemudian taburkan cendol secukupnya diatas lapisan tadi dan ratakan
- Tuangkan pula adunan Bahan B (agar-agar santan) perlahan-lahan kat atas lapisan cendol
- Biar hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti ais sehingga agar-agar keras
- Potong dan sedia dihidangkan
Selamat mencuba!
Agar2 ni memang sodap! Tapi cam malas nak buatkan? Nak sikit boleh? Ahaks!
My latest Entry 🙂
Si Bruno dah besar! Hee…
FARAH deeb….
gerenti sedappp punya! Malas nak buat ehh…??
nak sikit buleh ajerr, bak sini tupperware tuuu
tapi jangan lak bilang semua orang ehh~ (takut nanti tak cukup pula)
hehee . . .
assalamualaikum…
singgah sini sbb nampak agar2 cendol yang comel..
sedap pekena sejuk2.. time cuaca panas2.. perghhhh.. sejuk je masuk ke tekak.. kan.. 🙂 ehehehe
slm Kak Nina…
sedapnya tgk agar2 cendol tu…QH nk amik yer resepi tu…tq
Wslm JaSSNani,
terima kasih lah sudi singgah teratak Nina 🙂
memang sedapp agar-agar cendol nie, sampai la nie masing terngiang2
keenakkannya. Terasa nak buat lagi nie~~
Wslm QH,
ambik jangan tak ambik resepi tuuu QH….. sedapp Oooo
pasti akan menepati citarasa QH sekeluarga!
Selamat mencuba~~