Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 26, 2011January 11, 2016

Udang Goreng Berempah ….. Berempah lah sangat ~~~~~ Hehee . . .

As’salam dan salam ceria ….
Wahhh …… Hari nie cuti lagi !!! (cuti ganti Isnin sebab Krismas hari Ahad) Tentu seronok buat yang bekerja sebab cuti panjang. Kemana cuti panjang nie?? Pasti ada yang balik ke kampung halaman. Tambahan pula sekarang nie musim buah. Seronok sakan lah nampaknya yang ada dusun dikampung πŸ™‚ 
Bak mai sini sikitt ~~~~ 
Maklumlah Nina tak der dusun, apatah lagi kampung halaman πŸ™


Hari nie Nina nak share salah satu masakan kegemaran Nina seisi keluarga. Semestinya UDANG. Anak-anak Nina termasuklah Nina dan Hubby amat menggemari Udang. Lagipun udang mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau daging, kena perap dan rebus lama baru empuk dan sedap dimakan. Jom intai-intai menu kegemaran Nina ~~~

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis
3 Bubur ker pengat ? Pisang Sagu Menu Minum Petang
4 Bahaya ibu hamil minum kopi ?
5 Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Udang Goreng Berempah
Bahan-bahan
300g udang sederhana size
1 biji bawang besar – dimayang halus

3 ulas bawang putih – diketuk kuat-kuat.. (Hahaaa)
2 inch halia – dimayang halus
2 biji cili padi – diketuk ala-ala perempuan melayu terakhir (perlahan jerr pasal tak mau pedas sangat) Heheee . . . 
3 batang serai – diketuk kuat-kuat ngan batu lesung
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


bahan perap udang
serbuk kari udang dan ikan
sedikit serbuk kurma
serbuk kunyit
sedikit garam 


bahan sayuran dan hiasan
kacang panjang
bunga kobis
carrot
baby corn 
1 biji bawang besar dipotong semi bulat
cili merah – dipotong serong-serong (Nina tak letak punn)


Cara-caranya

  • Udang dibersihkan lalu diperap dalam 20minit (sementara tu sediakan bahan tumisan)
  • Panaskan kuali dan minyak untuk menumis
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga kekuning-kuningan.
  • Masukkan sos tiram kacau rata
  • Masukkan udang dan sayur sayuran, goreng hingga masak dengan api yang besar seketika.
  • Masukkan sedikit air untuk kuah.
  • Masukkan garam secukup rasa – terpulang ikut citarasa masing-masing. (Nina tak letak punn sebab dah ada garam masa perap tadi dan dah ada masin kat sos tiram)
  • Kecilkan api dan masukkan bawang besar yang dipotong semi buat untuk hiasan. Kacau rata lalu tutup api. (Nina suka makan bawang yang suku masak – rangguppp !!) hehee . . . 
  • Sedia dihidang kan ….

Selamat Mencuba ….


Related posts:

Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis

Bubur ker pengat ? Pisang Sagu Menu Minum Petang

Bahaya ibu hamil minum kopi ?

Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Lifestyle SeafoodUdang

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes