BOAT NOODLE SEDAP SANGAT KE

Sedap sangat ke BOAT NOODLE ? Akhirnya ini review Nina

BOAT NOODLE Sedap sangat ke?

Cer teka berapa mangkuk udah licin?
Orang lain dah lama dah makan kat Boat Noodle Kitaorang baru terhegeh-hegeh nak cuba. 😅

BOAT NOODLE SEDAP

Geng saja ajak dinner kat luar #familytime . Then let them choose menu / restaurant yang derang belum pernah cuba. Memang banyak yang belum pernah cuba kat Melawati Mall ni 😂😂 (kitaorang bukan jenis selalu makan luar)

Finally decide cuba Boat Noodle!

Nak tau gak apa yang sedap sangat Boat Noodle ni, tengok ramai kengkawan yang dah makan sini bermangkuk mangkuk licin. Banyak nya ?

Review Nina?
Ok cute nya mangkuk!
No wonder orang makan berbelas berpuluh mangkuk. Sekali ngap je😂😂

Mee ada 2 jenis. Satu ala laksa hok yang licin tuuu dan lagi satu ala maggi kerinting gitu.
Kuah pun ada 2 jenis. Satu masam pedas (Pathumthani) dan lagi satu still sikit masam tapi ada bersantan sikit. (Ayutthaya) . Betulkan kalau Nina salah ehh

Taste Nina both kuah pun ok ok dan noodle Nina lagi suka yang kerinting. Mungkin yang ala laksa tu licin payah nak makan asyik jatuh aje! Haishhhh . . . geram. HAhaa

BOAT NOODLE SEDAP

Anak-anak ni semua tolak batu kayu je 😂
Tak cerewet bab makan.
So far semua suka, sedap. Nasi pun sedap.
Steam bread paling cepat licin.

Eilhan paling banyak lagi cepat makan!
Kita orang makan sambil menghayati menikmati mangkuk pertama dia dah belasah 3 mangkuk dah! HAhaa
Comey sangat mangkuk nya, kejap dah habis dia kata

Kalau tekak Nina pulak
Ok ok je… Bagi Nina kuah nya agak masin. Or mungkin selera Nina tak makan yang masin kot. Rasa macam nak tambah air panas sikit kat kuah nya 😂😂

BOAT NOODLE SEDAP

Minuman
Geram rasa sebab pilihan air dia sikit je!
Frust sebab takde HOT DRINKS
Why why?
Tekak orang tua macam Nina need hot drinks for ending my meals. Huhuu…

Overall good 4/5
Food ⭐⭐⭐⭐ as long my kids suka 💕
Staff ⭐⭐⭐⭐ respond cepat
Cleanliness ⭐⭐⭐⭐ ok kot sebab konsep restaurant gelap. Tak perasan sgt.

So sedap sangat ke BOAT NOODLE?
Yelah kannn.. Tengok ramai nau makan, mangkuk kecik je, murah berbaloi tapi dah bermangkuk mangkuk beratus gak kena bayar! HAhaa  Geng yang bayau

Come back? Maybe yes
(dengan syarat Geng belanja!) HAhaa
So sila rekemen menu apa lagi yang sedap untuk Nina cuba next time

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
13 Comments
  • Bella Jamal
    Posted at 15:58h, 03 February Reply

    Ye wak bermangkuk-magkuk sebab portion nya pun kiut je. Tapi actually kenyang jugak bila dah makan 3 mangkuk. Pernah pegi 2 kali je makan kat Boat Noodle. Terus terasa nak pi lepas ni.

  • Muhammad Hasif Mohd Jelani
    Posted at 16:40h, 03 February Reply

    Wahh lamanya tak makan boat noodle! Baca entri ni rasa nak makan sekejap lagi je hehe kebetulan agak dekat dengan office juga. Anyway Pathumthani dia sedapp. Berbaloi sangat cuba yang tu!

  • Fadima Mooneira
    Posted at 18:09h, 03 February Reply

    Boat Noodle looks yummy. Should try it someday. Restaurant Boat Noodle kat IOI slalu ramai org. Huhuhu……

  • Tini
    Posted at 21:24h, 03 February Reply

    Betul sangat Kak Nina… mangkuknya kecik-kecik comel… kalau pergi ramai-ramai, makan bermangkuk-mangkuk pun tak terasa gitu… sementelah kat Johor ni belum pernah lagi try Boat Noodle kat sini… boleh la recce nanti…

  • Ayu Rafikah binti Mohd Amin
    Posted at 23:07h, 03 February Reply

    dah lama x makan boat noodle rindu pulak.. suka dengan roti steam dan kaya tu.. memang antara menu yg tak pernag missed order

  • Sis Lin
    Posted at 08:52h, 04 February Reply

    Sedap sangat tu tidak laa Nina, tapi kalau makan kompom bermangkuk-mangkuk hahahahaha.. nak dtg sini makan jangan lapar sangat, aje pengsannnn..

  • Sunshine Kelly
    Posted at 09:14h, 04 February Reply

    Wah best nyer!! kita memang suka makan kat Boat Noodle semua makan sedap sedap

  • Raybaca
    Posted at 15:35h, 08 February Reply

    Wonderful article telling a lot about new things

  • bogocanada
    Posted at 21:22h, 23 May Reply

    Amazing post about cuisines and cutlery. The author has picked unique information for the post.

  • Englingua
    Posted at 13:28h, 02 December Reply

    This is a fantastic and quite amazing article.

  • crystal faucets
    Posted at 19:01h, 02 December Reply

    I really enjoy reading articles. Thanks for sharing this.

  • Kamal Hospital
    Posted at 19:10h, 02 December Reply

    Collections of articles and stories are wonderful. Thank you for sharing.

  • Bawa Furniture
    Posted at 19:19h, 02 December Reply

    Fantastic articles, thank you. Great response.

Post A Comment

Follow by Email
Instagram