Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 16, 2015January 11, 2016

Popia berinti ayam, carrots dan mushroom… bekalan anak-anak ke sekolah

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 ADUH SAKIT SANGAT! DADA SEBELAH KANAN SAMPAI SUSAH NAFAS. Kenapa ni?
3 BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
4 Settel Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian HARI-HARI Jimat Berbaloi
5 DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3

Popia popia…!!
Berapa satu?
Satu 50sen

Hhrrmm…. Mahal ker murah?
Itu standard harga. Ada sesetengah tempat satu popia 70sen dan ada juga yang dah cecah RM1 satu!
Popia goreng yang dalamnya inti sayur…. (carrot, sengkuang, taugeh)

Sekarang nie setakat 50sen nak kata mahal, baik tolak tepi virus M dan merajinkan diri buat sendiri…. Cakap banyak lak ehh..
Seluruh rakyat satu Malaya pun sedia maklum semua barang pun dah mahal sekarang! Termasuk kos upah! YA…. Kos upah.

Kita kena prihatin, bila harga barang dah mahal, secara tak langsung nilai kos upah juga meningkat. Cuba kita meletakkan diri kita sebagai penjual…..
Tapi kalau RM1 satu untuk seketul popia sayur yang kecik senonet memang cekik darah! Janganlah melampau-lampau nak untung sampai naya pelanggan. Tak baik tau!

Hah! Popia Nina nie memang mahal….. Masuk bakul angkat sendiri hehee….

Inti dalamnya ada isi ayam, carrots & mushroom tapi maaf, Nina tak jual. Sekadar buat makan-makan family aje. So, jangan memandai whatsapp or pm Nina bilang nak order plak ehh… No no noo pleasee~ 

Kalau nak, sila lah pupuk semangat vitamin ‘R’ aka rajin dalam diri tuuu dan silalah buat sendiri yea~
Jom lipat-lipat popia buat minum petang…

POPIA BERINTI AYAM, CARROTS & MUSHROOM
Bahan-bahan
Kulit popia secukupnya
Isi ayam – direbus ½ cook terlebih dahulu kemudian potong dadu kecik-kecik
Carrot secukupnya – dibersihkan dan disagat
Mushroom dalam tin – belah dua dan potong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum + air (**sebagai gam untuk melekatkan kulit popia)
Ataupun putih telur juga boleh digunakan sebagai gam
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediannya
1-. Kulit popia dibiarkan suhu bilik seketika hingga mudah untuk dilipat
2-. Gaulkan rata isi ayam, carrots dan mushroom. Letakkan di tengah-tengah atas kulit popia
3-. Lipat – tutup inti tersebut, lipat lagi kiri dan kanan lalu gulung. Hujung kulit popia letakkan sedikit air tepung gandum/putih telur agar hujungnya melekat
4-. Kemudian goreng hingga keemasan dan toskan
5-. Sedia dihidangkan

Ppsstt >>>> kalau ada leftover ayam goreng semalam, jangan dibuang. Sedap dijadikan inti popia. Tak caya cubalah…..

Menu ini pun sesuai buat bekalan anak ke sekolah. Buat intinya malam, lipat-lipat dan simpan dalan fridge. Esok pepagi goreng ajer… Siap!




Related posts:

ADUH SAKIT SANGAT! DADA SEBELAH KANAN SAMPAI SUSAH NAFAS. Kenapa ni?

BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Settel Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian HARI-HARI Jimat Berbaloi

DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3

Lifestyle Ayamkudap kudapanKuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. careno says:
    January 16, 2015 at 4:39 pm

    Erkk… mcm simple jer… tp malas nak buat… kena suruh mem yg buat ni… wakaka…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes