Hari ni adalah hari ke-3 persekolahan, maka rutin MakMak dah mula sibuk memikirkan idea menu masak yang cepat terutama untuk sediakan bekal sekolah untuk anak dan paling utama nak sediakan makan tengahhari lepas anak balik sekolah. Biasanya Nina akan masak menu cepat contohnya Nasi Ayam paling ringkas cepat mudah! Paling best inilah resepi Nasi Ayam Tanpa Butter yang sedap korang patut cuba!
Masa Eillya darjah satu 6 tahun lalu dan Eilman tahun lepas, Nina tak lepaskan peluang untuk sama-sama merasai keterujaan anak masuk darjah satu! Tidak dinafikan selalunya ibubapa yg over excited. Hehee…. Yelah kan, sapa yang sanggup lepaskan saat indah ini…
Menu paling cepat ringkas masak untuk anak-anak
Memang kat kantin penuh sesangat dengan ibubapa yang turut sama temankan anak-anak. Macam-maacam gelagat ada. Ada yang menangis, muka nervous, selamba, ngantuk-tak cukup tido dan ada juga ibubapa yang dok pesan macam-macam pesanan dari penaja
“jangan nangis yea nanti…
masa rehat mama tunggu kat sini tau…
dengar cakap cikgu yea…” Relax brother relax…. hehee…
Masing-masing tak lepas dengan camera / hp ditangan. Click sana, click sini, post sana, post sini… Sian juga si anak asyik dok suruh posing memanjang. Ahaks! Almaklumlah, nak jadikan kenang kenangan
Cukup indah suasana tuu
Inilah kenangan terindah yang tak akan pernah dapat di ulang semula….. Syukur Alhamdulillah Nina dapat merasainya..
Hari ni Nina masak Nasi Ayam yang ringkas, mudah lagi cepat. . Kelam kelibut lepas anak-anak dah balik dari sekolah pagi, makan, mandi dan kemudian bersiap ke sekolah agama pula. Lepas tuu Nina tido kan baby Eilhan dan akhirnya baru Nina dapat menjamah lunch. Eh ehh.. lunch ker dah jam 3pm+ or tea time? Belasah jer laaa….
Begini lah rutin harian Nina monday to friday 🙂
Walaupun pack sesangat dan sebab tuu kadang-kadang memang tak sempat nak update entry. Maaf lah yea. Kalau ada order, petang hingga lewat malam lak Nina membaking~ Huhuuu….. Syukur Alhamdulillah…. keywood gambar Nasi Ayam paling ringkas cepat mudah sedap
Sebelum nie Nina dah pernah share resepinya kat resepi Nasi Ayam paling senang , sedap mudah! Ada masa ni, Nina baik hati copy paste untuk korang
Resepi Nasi Ayam paling ringkas cepat dan mudah
Nak buat Nasi Ayam Nina – memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai….
Nanti air rebusan ayam tu masukkan dalam periuk nasi untuk buat nasi nya pula.
Untuk nasi pun Nina tak der tumis…
Ayam pula, tak der nak perap memerap…. ringkas dan mudah 🙂
SUP AYAM
5 part whole leg dicuci bersih
air secukupnya
3 inc halia – dititik
2 sudu besar serbuk sup
garam secukup rasa
** kalau nak lagi sedap, tambahkan 2-3 ketul kiub Ayam Knorr** Terpulang… Selalunya Nina tak letak
Cara penyediaan Sup Ayam
- Masukkan air dalam periuk bersama halia dan serbuk sup
- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
- Toskan ayam letak tepi.
- Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula.
AYAM GORENG
Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.
RESEPI NASI AYAM TANPA BUTTER
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia – diketuk jer
2 helai daun pandan
4 sudu minyak masak
Cara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas
- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa – just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan minyak masak. Kalau nak, masukkan sikit serbuk kunyit. sikit jer
- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak. Nasi masak siap lah Nasi Ayam Tanpa Butter yang sedap mudah!
CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Tambahkan sedikit gula jika mahu. Masak hingga mendidih. Siap!
Tuang atas ayam goreng tadi.
KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr…. senang kan….
SAMPINGAN
Timun, tomato (tak nak letak pun ok. Nina dan Geng jerrr pun yang makan
Dah ready semua…. Sediakan plate, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang gorengEilman tak suka! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!! Ready to eat, ringkas kan?
Sesuai buat bekalan sekolah anak. Gerenti habis licin! Berkhasiat, jimat, terjamin bersih dan semestinya berkat. Maklumlah air tangan mamanya kan….
Kat sekolah pun sekarang semua pun mahal. Kalau RM1, alahai…… sikitnya. Kesian anak-anak. ** masa Nina temankan anak Nina – Eillya darjah 6 rehat, aikk..!! Darjah 6 pun Nina temankan?
Yea… Sementara Nina masih permaisuri rumah dan punya masa dan kesihatan, nina akan luangkan saat indah yang ada bersama yang tersayang. Lagipun hanya hari pertama sekolah aje parents boleh masuk temankan anak-anak. Kat sekolah anak Nina ramai parents gini
Sambung citer kat kantin tadi-+. mostly kengkawannya ada bisik-bisik kata “Aunty, hari nie aunty nampak banyak kan mee goreng nie? Tengok lah minggu depan, RM1 nie sikit jerr….. Nie banyak sebab minggu nie ramai ibubapa ada kat sekolah”
Yelah….. mereka dah 6tahun berpengalaman dengan situasi gini. Tentulah mereka punya pendapat dan pandangan yang rasional.
IDEA BENTO BEKAL SEKOLAH
Ini antara menu yang sesuai buat bekalan anak-anak ke sekolah. . Ini antara IDEA Bento Bekal Sekolah berkhasiat yang selalu Nina masak. Korang pun boleh cuba. Memang banyak jimat dan puashati sebab kita tau anak makan makanan sihat.
Boleh cari kat search dalam blog Nina…. ada banyakk~ Sebab >>>>> Nina pun bukannya jenis masak yang remeh-temeh. Mostly semua resepi yang Nina share semuanya yang ringkas, cepat.
huishh …. panjang dah Nina tulis type nie! Terharu sampai berlingan air mata Nina, chewahh.. u all boleh baca sampai titik ini ( .. ) Tepuk tangan dan senyum buat diri sendiri sikitttt~ hehee . . . .
Sampai jumpa lagi.. take care. Daaaa…
Cuba tau resepi Nasi Ayam paling ringkas cepat mudah ni
Mana tau menepati citarasa korang dan anak-anak pun suka! Nina tumpang happy.
pinjam resepi yang.. hihi.. anak-aank i suka makan nasi ayam, tapi nak resepi yang simple dimple macam u buat ni.. menarik..
Lia ummiirfan,
Kalau nak pinjam Nina x benarkan….. Tapi, Nina kasi terus resepi.nie… Hehee
Selamat mencuba yea. Moga resepi Nina nie menepati citarasa Lia and family 😉
Dan mempermudahkan kerja masak memasak Lia.
sedap nampak nasi ayam tu nak sikit hehehehe..
Eny, memang sedapp nie!
Alamak! Dah licin laaa…..next round Nina simpankan tuk Eny yea 😉