Nasi Ayam Paling Senang

Resepi Nasi Ayam Paling Senang … Mama lah paling senang sebab

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Anak-anak korang suka makan apa? Kat rumah Nina ni menu paling laku Nasi Ayam. Nak share ngan korang Resepi Nasi Ayam Paling Senang sebab menu terlajak laris kat rumah ni. Nina dok ulang-ulang pun masak Resepi Nasi Ayam Paling Senang ni selalu. Masak tuk lunch sekali harung tuk dinner. Seharian menu sama. Senang mama! Hahaa…

*Bukan mama malas, tapi bijak uruskan masa* Cehh …. tak malu nak puji diri sendiri! hehe
Yang penting ianya menu favorite anak-anak sekeluarga, confirm licin. Senang hak tuk Abahnya nanti cuci periuk, kemas dapur. Eh! Ssyyhhhh…..  🙂 Sebab tuu sayanggggg kat Geng! dengan harapan dia tak baca! haha

Hari ni buzy sikit , tak done nak membebel. Untung laaa korang tak yah dengar baca bebelan Nina tuk hari ni. Esok-esok Nina carry forward ehh membebel… Haha.. Mak mak biasalah.

Resepi Nasi Ayam Paling Senang

Dah.. Jom tengok resepi Nasi Ayam Paling Senang style Nina. Dah cuba nanti, pastu sedap dan menepati citarasa korang macam yer jer kann  ok poyo perasan lebey sudah , korang share dan sebarkan lah … Mana lah tau dapat bantu insan lain yang memerlukan. Chewah… Amal jariah gitu. 🙂

Resepi Nasi Ayam Paling Senang

Resepi Nasi Ayam Paling Senang

Nak buat Nasi Ayam Nina – memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai….
Nanti air rebusan ayam tu masukkan dalam periuk nasi untuk buat nasi nya pula.
Untuk nasi pun Nina tak der tumis…
Ayam pula, tak der nak perap memerap…. ringkas dan mudah 🙂

SUP AYAM

2 ekor ayam size comey lotte dicuci bersih
air secukupnya
3 inc halia – dititik
2 sudu besar serbuk sup
1 sup bunjut
garam secukup rasa
Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Masukkan air dalam periuk bersama halia, serbuk sup dan sup bunjut
2- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
3- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
4- Toskan ayam letak tepi.
Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nya pula.

AYAM GORENG

Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.

NASI AYAM

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia – diketuk jer
2 helai daun pandan
4 sudu minyak masakCara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas :-
1- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa – just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
2- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan minyak masak. Kalau nak, masukkan sikit serbuk kunyit. sikit jer~
3- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak.
CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Masak hingga mendidih. Siap! Tuang atas ayam goreng tadi.
KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr…. senang kan….
SAMPINGAN
Timun, tomato (tak makan tak yah letak)
Dah ready semua…. Sediakan plate, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang goreng Eilman tak suka! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!! ehhe
Ready to eat~~ ringkas kan?
Ini resepi nasi ayam paling senang. Kalau korang nak lagi senang,  lagi pi beli jer laa… Haha
Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
3 Comments
  • cik nor
    Posted at 09:12h, 03 May Reply

    wah..mudah dan sedap..:)

  • Anuar
    Posted at 10:07h, 03 May Reply

    Tengok gambar pun boleh terliur dibuatnya,… Tiba-tiba rasa laparlah pulak… Hehehe

  • nadia johari
    Posted at 17:12h, 23 May Reply

    mudah2..boleh cuba

Post A Comment

Follow by Email
Instagram