Tatkala berbuka puasa sambil ditemani mentari senja dari aras 39, PNB Perdana On The Park cukup cantik! Terasa aura romantika nya. Pasti menjadi kenangan terindah buat si dia. Chewah … PNB Perdana On The Park KL Buffet Ramadhan
Namun, sapa pun tak mampu menafikan satu perasaan yang sukar digambarkan tatkala menikmati keindahan mentari senja ciptaan Allah ni kann…?? Subhanallah. ..
Buffet Ramadhan di PNB Perdana On The Park.
Nina nak share ngan korang, hari tu Nina berpeluang untuk review Preview Buffet Ramadhan kat PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur. Tahun ni Pihak PNB Perdana memperkenalkan tema Nostalgia Desa Ramadan.
Apa yang best kat PNB Perdana On The Park ni terdapat 2 restoran di PNB Perdana ini iaitu The 39 Restaurant dan 10 Binjai Restaurant
The 39 Restaurant
Di The 39 Restaurant ni laa aras 39 yang mana korang akan menikmati keindahan panorama Kuala Lumpur. Tuk menu nya pula menampilkan kompilasi menu masakan bertemakan kontemporari Malaysian dan international yang pasti buat selera korang tak keruan. Trust me!
10 Binjai Restaurant
Manakala di 10 Binjai Restaurant terletak kat di ground floor sama level dengan lobby berkonsepkan deco klasik. Cantik! Sipi-sipi jer Nina tengok masa lalu kat lobby ritu.
Ada macam-macam seleksi juadah, 150 aneka menu pilihan berkonsepkan makanan tradisional Melayu dan antarabangsa. Banyak kannn…?? Sure korang rambang mata punya laaa
Apa yang menarik di Buffet Ramadhan PNB Perdana On The Park
Berkonsepkan Open Air – outdoor
Kat The 39 Restaurant ada ruangan outdoor dan di sini terdapat beberapa stall antaranya Stall Mee Goreng Kawah dan Grilled bakar-bakar. Best weyhh … Chef masak panas-panas! Ada Kuey teow goreng, part grilled – ada satay ayam, satay daging, kambing bakar. Makan panas-panas memang syiokkk!
Tengok ni … Ini antara menu yang paling Nina suka .. Sambil nikmati juadah , leka sampai tak perasan dah TERtambah nasi. Oh My Diet. Huhuuu . . .
Kambing golek kat sini highly recommended..!! Daging nya lembut, juicy, rempah yang light, sos dia ada 2 jenis. Mushroom sauce dan black pepper. Nina gabungkan keduanya. Padu beb rasa dia! Korang kena cuba…
Sup gear box PNB Perdana KL lain dari yang lain. Sedap dia rasa nak minta tapaw. Hehee… tak malu . Kuah dia mantap, nikmati di saat hujan gerimis lagi syiokkk…
Makan kuey teow panas-panas ni boleh terlupa tadi dah makan macam-macam dah. Hahaa..
PNB Perdana On The Park KL Buffet Ramadhan Nostalgia Desa Ramadan
Lauk pauk lain pun tak kurang hebat nya. Aduyaii… habis diet gini.
Minuman meriah.. banyak pilihan
Nikmat mana lagi yang kau dustakan… Hah! Cakap… cakap… Bazar Ramadhan pun kalah gini weyy…
Dessert usah cakap laaa… Nangis!
Restoran PNB Perdana On The Park KL – HALAL dari JAKIM
PNB Perdana On The Park antara Hotel Restoran di Kuala Lumpur ni yang menerima pensijilan HALAL sepenuhnya dari JAKIM. Hotel yang konsep patuh syariah sebegini lebih menyakinkan kita kann…?? Terbaik laaaa PNB Perdana KL 👍👍
Surau
Kemudahan surau yang disediakan oleh PNB Perdana On The Park di tingkat 5 memudahkan korang menunaikan solat maghrib tatkala berbuka puasa kat sini. Nak teruskan solat terawih pun boleh. Senang kann…?
Parking basement atau naik Putra LRT lagi mudah
Korang yang datang bawak kereta ada basement parking disediakan. Atau korang naik public transport lagi senang. Macam Nina, Naik LRT Putra dari Gombak dan turun kat Stesen Ampang Park. Jalan kaki dekat jer… Tak yah risau, tak lencun pun baju dek peloh korang. Rasanya tak sampai pun 100m jarak jalan kaki. Nak lagi senang sila naik grab car.
Harga Buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.
PNB Perdana On The Park Buffet KL Ramadhan Nostalgia Desa Ramadan
Harga Bufet Ramadan di The 39 Restaurant
Normal rate : RM123.00 dewasa
RM 61.50 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)
Early Bird : Dapatkan baucer Ramadan sebelum 17 Mei 2018 yang berharga RM100.00 (Dewasa)
Harga Bufet Ramadan di Restoren 10 Binjai
Normal rate : RM 98.00 ( Dewasa)
RM 49.00 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)
Early bird : Dapatkan baucer Ramadan sebelum 17 Mei 2018 yang berharga RM80.00 (Dewasa)
Untuk tempahan
The 39 Restaurant : 03-7490 3939
Restoren 10 Binjai : 03-7490 3838
Buffet Ramadan di PNB Park ni bermula 17 Mei hingga 15 Jun 2018. Kot korang nak tahu lebih lanjut , korang boleh laaa layari
Website: www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook: https://www.facebook.com/pnbperdanakl/
Instagram: https://www.instagram.com/pnbperdanakl/
amboi.. sedapnyaaa.
Naik LRT tu I like sebab KL kan sangat sesak. Lagi pun seram gak nak bawak kereta kat KL sebab banyak juga jalan yang dah berubah. Hehe. Lokasinya sangat best sebab leh la tengok matahari terbenam sesambil makan. Senang kan nak solat maghrib ada surau disediakan.
PNB ni rasanya terkenal dengan masakan dia yang sedap. tak tau la betul ke tak, kenal tak encik taha hahaa; tengok makanan dekat sini sedap2 belaka
What a view of KL Tower you have from here! How meaningful it is to buka puasa with loved ones, while enjoying the view and scrumptious buffet dinner. It’s gonna be worth every Ringgit!
Camtik betul view berbuka puasa dekat PNB ni. Sambil makan sambil menikmati permandangan. Sedapnya tengok menu-menu yang disediakan tu. Especially kambing.
Kambing golek tu fuhhh…makan atas puncak bersaksikan permandangan indah perghhhh! Binjai hari ni kami nak pi iftar….tak sabar tunggu jap lagi. Tq kak nina sharing!
Sedap-sedap semuanya ha..banyak betul pilihan dan separuh tu fav SA..bestnya kalau dpat iftar kat Binjai ni..semua hidangan menggoda kalbu ada yg nak bawak SA makan kat sini x?
Such a high floor but the view must be nice. The Grilled items attracted me especially the lamb. I love Ramadhan buffet and this the time to enjoy such a scrumptious of food.
Perghhhhhhh ! Paling penting view dia memang WOWWWWWW! Memang padanlah dengan harga dibayarkan. Makanan pun dari tradisional ke antarabangsa. LETOPPPPP!
Bestnya dapat buka puasa kat PNB hehehe kita tak pernah lagi pergi sini rasa nak cuba sebab tengok tempat tinggi tengah KL dan cantik tapi cuma harga boleh tahan juga lah hehehehe mungkin kalau ada orang nak taja opssss…
Banyak betul pilihan menu yang sedap-sedap dekat PNB Perdana bufet Ramadan ni, Nampak puding roti tu terlior jadinya.. Suasana dekat luar tu nampak indah sekali, dapat tengok Kuala Lumpur waktu malam.
With such a beautiful to buka puasa this seems to be a great place for family and friends, the food looks so tempting, it’s like calling me over and try it, have my eyes on kambing golek and the soup gear box.
Perghh konsep dah syok. Makanan nampak sedap. Tapi mahalnya kak! Huwaaaaaaaaa. Tapi tempat mcm ni macam bahaya je bawa anak-anak. Hahaha. Outdoor tu bleh buat mereka over excited. Mana ada tempat berbuka macam ni kan. Hehe
Memang terlebih indah sangat nie ! Masak bbq pon outdoor. Ya Allah bestnya !! Thok sotong masak lemak tu jdi terliur pulak siang2 nie. Haihhh xleh jadi nie
Wah best nyer makan kat situ. The view also so nice not to mention all the delicious food. I will check out that place.
Suka nya Ramadan buffet yang boleh tengok view yang indah macam tu. Sedap mata memandang bila menjamu selera. Makanan pun sedap Dan menyelerakan. Tengok kmbing dan dessert pun dah sedap ni. Terliur tengok gmbr je
tak sangka pnb ada offer buffet ramadhan juga. selalu ingat ada penginapan jer. tapi pilihan makanan dia semua nampak sedap2.. blh rekomen kat kawan2 ni
Nak p tapi harga dia huhuuhubu so kita huhu jugak lah. Kalau nak dating boleh lah kat sini. Kalau nak bawak family yang ramai kureng sikit hehe. Tapi menu dia nampak sedap! Ada kambing, ada gearbox perghhh telan liur hahaha
Really a beautiful place to berbuka Puasa there and I can see so much choices at the buffet spread and action stall. I believe the price worthy the penny
Mmg cantik view kat situ
APA KAMBING GOLEK! nangis nangis nangis nangis. menyesal datang sini. kita nak spam komen akak! nangis nangis nagis nangis nangis nangis. tapi horror gak ek makan kat situ tak? mak ni dah la gayat.
memang nampaknya best……