As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Lontong Daun Pisang dan Sambal Goreng Pengantin Singapore antara menu kegemaran Geng dan Nina tatkala menyambut Aidilfitri. Kenapa Lontong Daun Pisang? Macam sama jer macam Nasi Impit. Haipp…!! Lain okey rasanya dan aroma nya… Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional yang Nina kongsikan ini khas untuk korang!
Kat KL ni payah sikit nak jumpa Lontong yang original lagi tradisional. Biasanya kalau yang dok kata jual lontong tuu depa guna nasi impit jer. Tak kick!
Syukur Alhamdulillah, tahun ni terlaksana sudah impian nak cuba buat sendiri homemade Lontong Daun Pisang. Ini semua berkat tunjuk ajar dan sokongan padu tanpa henti unlimited gitu dari geng. “Thank You Abang”. Dia yang beria-ia nak try buat sendiri dan Nina sendiri teruja bila tengok Geng turut serta dok google segala tips dan siap dok tengok YouTube cara-cara membalut daun pisang tuu… Kami cuba dekat 3kali try an error dan Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menjadi Lontong Daun Pisang Tradisional kami.
Menu Raya Lontong Daun Pisang
Cuma agak terkilan kat sini, dok beria teruja nak balut daun pisang tuu, kami tak sempat snap sebarang gambar semasa seisi membalut. Frustnya..!! Tak de kenangan… Nina sharekan gambar dari Google jer ehh…
Daun Pisang ni pun ada beberapa jenis rupanya. Menurut Geng ada jenis kampung dan bandar. Yang Bandar murah tapi daun nya agak kecik saiznya dan yang kampung lebar dan besar tapi punya lah mahal. Kalau Bandar RM2 tapi Kampung plak cecah RM9! Kami pakai yang mana? Dua-dua Geng beli. Sebab nak tengok mana yang bagus. Dua-dua pun ok, tapi suka lagi yang Kampung sebab besar! Dasat kan Geng, bersungguh-sungguh sampai daun pun dia nak kaji! hehee… Layankan aje… :p
Walaupun Daun Pisang Kampung besar dan lebar, tapi agak keras. Susah sikit proses nak gulung. Bila Nina try an error, lepas dah bersihkan daunnya Nina layurkan kejap atas pan. Pastu lembut laaa daun tu. Mudah proses gulungnya. Yeayy….
Part gulung yang paling mencabar masa nak ikat tali kat bawah dan atasnya. Kami guna stapler aje! Belasah jer laa… Baru nak cuba-cuba. Lain kali Nina try jahit guna tali lak macam mak mertua Nina buat. hehee…
Isi dalamnya adalah beras. Ada tips yang Geng baca, beras tersebut haruslah dicuci bersih dan direndam dulu sekitar 2 jam kemudian baru ditoskan kering. Kemudian baru dimasukkan dalam gulungan Daun Pisang tuu.. Masa pertama kali Nina buat, Nina tak rendam pun…. cuci beras terus masuk dalam Daun Pisang! Jadi gak cuma Lontong tu agak berderai. Mungkin beras tak cukup kembang kot. hehe..
Jom tengok style Nina bikin Lontong Daun Pisang Tradisional….
Lontong Daun Pisang Tradisional
Bahan-bahan
Daun Pisang Secukupnya
Beras
Air
Garam
Tali rapia/ lidi pengcungkil gigi atau stapler
Periuk Besar untuk merebus
Tong Gas **pastikan cukup bekalan gas sebab nak rebus lamaaaa…. 6-8jam!
Terkilan sangat, dok beria teruja nak balut daun pisang tuu, kami tak sempat snap sebarang gambar semasa seisi membalut. Frustnya..!! Tak de kenangan… Nina sharekan gambar dari Google jer ehh… Lain masa, InsyaAllah Nina buat lagi, Nina snapkan style Nina plak yaa…
Cara buat Lontong Daun Pisang
1- Memula cuci beras bersih kemudian rendam beras bersama garam sikit lebih kurang 2jam. Toskan kering.
2- Daun Pisang dibersihkan dan dilayur sikit supaya lembut dan senang nak gulung. Gulung memanjang. Kemudian ikat hujungnya menggunakan lidi pengcungkil gigi /tali rapia atau stapler.
3- Masukkan beras 2/3 dalam kelongsong Daun Pisang tuu.. Tutup atasnya.
4- Masukkan Lontong dalam periuk besar dan rebus selama 6-8jam. Buh garam sikit. Dah masak Lontong akan jadi pejal dan keras.
5- Dah masak sejukkan dan boleh lah dipotong-potong.
Biasanya Lontong Daun Pisang ni dimakan bersama Kuah Lodeh. Untuk resepi kuah Lodeh yang mudah dan ringkas > Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah Sedap
Sebab resepi ni mudah, kekadang tu tak perlu tunggu Raya pun Nina masak. Tapi untuk Raya wajib ada menu ni, dihidangkan bersama lontong daun pisang original. Baru lah Raya!
Namun, Nina lagi suka makan bersama Sambal Goreng Pengantin Singapore. Ini merupakan menu wajib ada kalau beraya kat sana. Bahan asasnya harus ada tempe goreng, daging goreng, udang goreng dan ada juga yang letak tauhu goreng.
Sedapnya… Nanti ada kesempatan Nina kongsikan plak resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore ehh… Kasi cuci mata tengok gambar dulu.. hehee…
Wokey … Nina dah update resepi Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore … nanti try buat tau! Daaa ….
T
Oh ya, biasanya bulan Raya Aidilfitri pasti Lontong Kuah Lodeh antara menu popular yang akan dihidangkan untuk open house. Selain tuu pelbagai lagi menu Hari Raya cumanya sebagai tuan rumah tentu korang nak yang ringkas, mudah masak kann? Masak 2-3 menu pun dah semput ni nak masak dalam kuantiti yang banyak. Huhuu . . .
Mmm… Tak payah pening, Nina kongsikan tuk korang apa menu best simple open house yang sesuai dihidangkan? Baca tau sebab Nina ada selitkan tips jimat belanja masak dan tips mix match menu supaya meriah menu Raya Open house korang!
mak yanie duu pun pernah buat guna daun je.. lemang pun leh buat..hihih
Air tangan mak tak de sapa leh lawan… kann…?? Lemang pun boleh ehh…. sedap tuu
haaaa orang jawa panggil apa ek lupa dah tapi selalu ada,kalau kak ipar org sararwak panggil kelupis
alahaiiii sedapnya nampak sambal pengantin tu