Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sotong Goreng Berempah   Menu Sahur Paling Cepat Ringkas
June 23, 2015March 10, 2023

Sotong Goreng Berempah Menu Sahur Paling Cepat Ringkas

Korang puasa hari ni?Tadi sahur makan apa? Masak apa tadi menu sahur? Nina masak Sotong Goreng Berempah menu sahur paling cepat ringkas.  Sapa aje extra rajin nak masak lauk pauk pelbagai jenis untuk sahur? Tabik spring toing toing . Kalau Nina prefer yang menu goreng-goreng tapi masakan kena ada sedikit rasa yang akan membangkitkan selera.  Nak lagi cepat, dalam lauk sahur semua sekali Nina buh dalam tuu termasuk sayur.  Satu lauk settel juadah sahur. Mudah! 

Isi Kandungan hide
1 Sotong Goreng Berempah Menu Sahur Paling Cepat Ringkas
2 Related posts:
3 Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.
4 Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak
5 Resepi Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah
6 Minum petang ringkas - cucur crab meat.

Mostly untuk sahur ramai ibubapa yang memilih untuk makan nasi berlauk untuk anak-anak supaya mereka dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. Dan lagi supaya lambat rasa lapar nanti. Kalau tak nanti mamanya yang stress dok menjawab soalan ulangan bertubi-tubi “mama, lama lagi ke waktu berbuka” **sekali sehari ok lagi tapi kalau setiap 30minit sekali lepas asar??**  huhuhuu~ (Tetiba rasa nak buat recording voice! Auto play every 30minute) It’s ok, itulah episod kesengalan kesabaran keadaan keibubapaan. it’s ok, situasi ni normal ada dimana-mana. HAhaa

Jom tengok menu express Nina untuk sahur

Sotong Goreng Berempah Menu Sahur Paling Cepat Ringkas

Sotong Goreng Berempah
Menu Sahur Paling Cepat Ringkas

Bahan-bahan
300g ++ sotong sederhana size – potong ikut suka
1 biji bawang besar – dimayang halus
3 ulas bawang putih – diketuk kuat-kuat.. (Hahaaa)
2 inch halia – dimayang halus
2 biji cili padi – diketuk ala-ala perempuan melayu terakhir (perlahan jerr pasal tak mau pedas sangat) Heheee . . .
3 batang cili kering – dicuci dulu dan dipotong dalam 2inch
3 batang serai – diketuk kuat-kuat ngan batu lesung
4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan perap sotong
serbuk kari udang dan ikan
sedikit serbuk kurma
serbuk kunyit
sedikit garam

bahan sayuran dan hiasan
kacang boncis
bunga kobis
carrot
1 biji bawang besar dipotong semi bulat
cili merah – dipotong serong-serong (Nina tak letak punn)

Cara penyediannya
1- Sotong dibersihkan lalu diperap dalam 15minit (sementara tu sediakan bahan tumisan) **tak perap pun ok**
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering, halia dan serai hingga kekuning-kuningan.
3- Masukkan sos tiram kacau rata
4- Masukkan sotong dan sayur sayuran, goreng hingga masak dengan api yang besar seketika.
5- Masukkan garam secukup rasa – terpulang ikut citarasa masing-masing. (Nina tak letak punn sebab dah ada garam masa perap tadi dan dah ada masin kat sos tiram)
6- Kecilkan api dan masukkan bawang besar yang dipotong semi buat untuk hiasan. Kacau rata lalu tutup api. (Nina suka makan bawang yang suku masak – rangguppp !!) hehee . . .
7- Sedia dihidang kan ….

Selain Sotong Goreng Berempah tentu korang ada terfikir sotong masak apa sedap ehh? Nina dah pernah share :-
 6 RESEPI MUDAH WAJIB CUBA SOTONG MASAK APA SEDAP ?
Cuba tau! InsyaAllah tidak mengecewakan sebab bila adanya bahan sotong dalam fridge, selalu Nina dok ulang resipi-resipi ni.  Selamat mencuba!

Related posts:

Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.

Resipi Nasi Ayam yang Mudah.. Menu kegemaran anak-anak

Resepi Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah

Minum petang ringkas - cucur crab meat.

Resepi Juadah Berbuka Puasamenu sahurResepiresepi mudahresepi ringkasSayur-sayuranSeafoodSotong Goreng Berempah

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes