Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

bedung salah punca bayi kengkang
July 26, 2017October 3, 2023

Bedung Baby Mitos ke Fakta Bayi Dysplasia Nanti Jalan Kengkang?

Bedung Baby Mitos ke Fakta Bayi Dysplasia Nanti Jalan Kengkang ? Korang pernah tak masa baru lahirkan baby pastu mak-mak atau nenek-nenek korang suruh ikat bedung baby korang kuat-kuat, ketat-ketat? Pastu siap pesan kat bahagian kaki, ni lutut ni  kena lurus, balance kain bedung ni  ikat kat buku lali.. Katanya supaya baby dah besar nanti jalannya cantik tak kengkang. Ada tak?

Isi Kandungan hide
1 BAGAIMANA CARA BEDUNG BABY YANG BETUL ?
2 APAKAH FUNGSI BEDUNG?
3 BOLEH KE BAYI BERBEDUNG ?
4 KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?
5 Bedung Baby Dysplasia nanti Bayi Jalan Kengkang Fakta atau Mitos
6 PENYEBAB BEDUNG BABY BOLEH MENYEBABKAN HIP DYSPLASIA ?
7 Tanda Dysplasia
8 Rawatan
9 Bedung Baby Dysplasia nanti Bayi Jalan Kengkang Mitos atau Fakta ke Fakta?
9.1 Sumber : Dr. Azlin
10 Related posts:
11 NINA MIRZA | Happy Birthday to me! Ini lah kisah Nina yang comel tu.... Ok Perasan!
12 Puding Coklat Oreo yang sedap lagi mudah... Sesuai untuk menu Open House nanti
13 CARA KIRA BMI | TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL
14 4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER

Hurmm…. Hari ni tak de share resepi tapi Nina nak kongsi citer mak mak. Bab bedung memang sinonim terutama sekali tuk kaum Melayu. Baby dalam pantang harus dibedung dengan ketat dan rapi. Kann… Macam gambar ni belah kiri.. Tapi awatnya belah kanan yang betul dan belah kiri tuu X (salah) Aikk…??

Bedung Baby Mitos ke Fakta Bayi Dysplasia Nanti Jalan Kengkang
nampak tak?? Kita selalu bedung style kiri tapi sebenarnya belah kanan cara bedung yang betul

BAGAIMANA CARA BEDUNG BABY YANG BETUL ?

Rujuk gambar B. Tiada mendatangkan masalah jika tangan bayi dilurus dan diletak kesisi ketika membendung. Tetapi jangan sesekali melurus kaki. Biar bahagian kaki dibedung tetapi loose sedikit dan biar kakinya membengkok seperti asal. Jangan sesekali diikat dan dirapat sangat. Beri lebih ruang dibahagian kaki untuk kakinya bebas bergerak.

Trend membendung zaman sekarang adalah seperti gambar A adalah tidak baik. Kaki bayi yang terlalu dilurus dan tidak bebas bergerak akan menyebabkan potensi tinggi untuk dapat Hip Dysplasia. Alamak…!! macam risau jer bila baca ayat-ayat hospital gini kann…??

Bedung Bayi

 APAKAH FUNGSI BEDUNG?

Sebenarnya fungsi bedung ni untuk memberi keselesaan kepada bayi. Berbedung akan memberikan rasa secure selamat, warm suam hangat dan seperti keadaan di dalam rahim.

Nota tambahan : Dikatakan bedung bayi dapat membantu bayi untuk tidur lebih lama. Ia juga mengurangkan risiko SIDS “Sudden Infant Death Syndrome”. Kajian menunjukkan bayi yang dibedung, tidur dalam keadaan berbaring. Bedung semakin popular dan dicadangkan kepada ibu bapa untuk mengelak bahaya tidur secara tiarap. Bedung juga mengelak bayi baru lahir terkejut akibat kesan refleks startle (terkejut, tangan mendepa dan menangis) iaitu biasa terjadi kepada bayi baru lahir hingga usia 4 atau 5 bulan.

Korang nak tahu… Tak nak tahu pun baca paksa ni..!! Anak Nina no.2 Eilman, sampai usia 6-7 bulan pun masih berbedung. Asal nak tido jer harus bedung dulu. Lepas bedung baru laaa dia boleh lelap lena tido. Kalau tak berbedung, mata tangan kaki nya akan aktif bergerak-gerak tak akan tido lah gamaknya dia. .. hehe . . . Tapi dia sangat baik masa baby. Diam jer… Alhamdulillah..

BOLEH KE BAYI BERBEDUNG ?

Bedung boleh, tiada masalah. Tetapi korang kena pastikan cara membedung bayi korang  dengan cara yg betul. Mitos mengatakan bedung dilakukan bagi mengelak ngelak anak jalan kengkang adalah tidak benar sama sekali. Tetapi jika salah cara bendung memang akan menyebabkan kengkang. Ia adalah disebabkan oleh Hip Dysplasia. **apa lah ni kann..??** hehee . . .

KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?

Dysplasia punca bayi jalan kengkang

Bedung Baby Dysplasia nanti Bayi Jalan Kengkang Fakta atau Mitos

Kaki bayi sememangnya kengkang sejak lahir. Ia adalah disebabkan keadaan kaki kedua-dua belah bengkok & menimpa dengan satu sama lain ketika dalam rahim.

Bayi lahir kaki terkangkang is absolutely normal. Bila dia makin membesar, kaki itu akan melurus sendiri dan apabila mula pandai berjalan, kaki itu akan sempurna dengan sendirinya. Ia tidak akan terkangkang. Jadi, jangan dikhuatiri jika anak berumur 1-2 tahun masih lagi jalan terkangkang. Yang menjadi masalah apabila anak berumur 3 tahun ke atas, masih terkangkang. Itu adalah tanda nya mendapat Hip Dysplasia.

Sila standby mode bertenang… Jeng jeng jenggg…. Citer semakin serius!

PENYEBAB BEDUNG BABY BOLEH MENYEBABKAN HIP DYSPLASIA ?

Tulang pangkal paha berbentuk bulat, dan ada soket tempat untuk meletaknya. Rujuk gambar C diatas. Dan tulang pangkal paha seharusnya mesti masuk di dalam soket itu. Kesalahan berlaku apabila kitam embedung bayi dengan kaki bayi dilurus dirapat kedua-dua lututnya diikat samada di lutut ataupun di buku lali

Dysplasia bayi jalan kengkang Bedung Baby Dysplasia nanti Bayi Jalan Kengkang Fakta atau Mitos
Nah… ini drumstick. Korang cer bayangkang ehh…. Jangan lepas ni ada yang tak lalu nak makan drumsticks dah lah yaa. hehee

Apabila kita meluruskan kaki bayi dalam bedung, tulang pangkal paha akan terkeluar dan beralih dari soketnya. Inilah dinamakan dysplasia. Rujuk gambar C juga. Bayangkan drumstick ayam. Asalnya memang bengkok kan? Cuba kita meluruskan drumstick ayam, patah atau tidak tulang atas? Berpisah tak tulang diatas dari badannya? Begitulah juga dengan tulang pangkal paha anak kita. Faham tak? Tolong laaa faham… hehe

Tanda Dysplasia

Hip Dysplasia kurang memberi kesakitan dan kurang nampak ketika masih bayi. Tapi, apabila sudah mula berjalan terutamanya masuk umur 2-3 tahun kita akan melihat mereka berjalan seperti :

pencat sebelah
tekangkang tidak sempurna seperti penguin
pinggangnya nampak jelas terturun sebelah ketika berjalan
berbunyi “klik” apabila paha bergerak
Ini digelar “waddling gait”.

Rawatan

Rawatan Dysplasia untuk bayi

Cara mengubatnya adalah dengan mengangkang kembali supaya tulang pangkal paha masuk kembali ke dalam soket. Ditahan dengan plaster untuk beberapa bulan. jika masih juga tidak sempurna perlu dibedah untuk pembetulan selanjutnya. Rujuk gambar D. Jika tidak nampak pun ketika kanak-kanak Hip Dysplasia akan menyebakan apabila anak itu masuk alam remaja 20an dan 30an mengalami sakit sendi (arthritis) di tulang pangkal paha.

Bedung Baby Dysplasia nanti Bayi Jalan Kengkang Mitos atau Fakta  ke Fakta?

Kesimpulannya bedung bukan cara nak mengelak kaki terkangkang, tetapi jika bedung dengan cara yang salah akan menyebabkan kaki anak terkangkang. Bedung bukan untuk baby tak bergerak Tapi bedung untuk baby rasa hangat dan selesa. Ingat tuu tau..!!

Ahaa… Dah tau kan… Dengan harapan Mak Mak lain, nenek-nenek, jangan kecam naaa artikel Nina ni. Sekadar pengkongsian dan coretan info dari Nina.

Sumber : Dr. Azlin

Related posts:

NINA MIRZA | Happy Birthday to me! Ini lah kisah Nina yang comel tu.... Ok Perasan!

Puding Coklat Oreo yang sedap lagi mudah... Sesuai untuk menu Open House nanti

CARA KIRA BMI | TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL

4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER

Lifestyle Parenting Tips Bahaya bedung bayiBayi Jalan kengkangBedungcara bedung bayi dengan betulCara tips bayi tidur lenaDysplasiaKebaikan bedung bayikeburukan bedung bayiPunca bayi Jalan kengkangPunca DysplasiaRawatan DysplasiaTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. mas saari says:
    July 26, 2017 at 9:39 am

    Betul tu, janganlah bedung sampai baby tak boleh bebas bergerak. Biar dia selesa barulah baby dapat tidur lena kan?

    Reply
  2. Tengkubutang says:
    July 26, 2017 at 10:49 am

    fuh.. berdebar baca ni tauu.. mujurlah baby teman tu tak nak dibedung dari lahir lagi.. mengamok sampai merah padam muka n badan sebab nak keluar dari bedung.. last2 tak berbedung.. TB risau je kaki dia kengkang tapi TB ada tengok memang kaki dia lurus .. mujurlah sangat dia x nk berbedung, kalau tidak.. agaknya sampai ke hari ni TB masih bedung kuat2 ikut stail org dulu2.. ikat kat lutut n buku lali tak bagi terbuka.. aish.. thank you sangat info ni..

    Reply
  3. dorsett pink says:
    July 26, 2017 at 2:16 pm

    Bagus entry ni . sangat informatif.. ayat hospital tu susah betul nak sebut, berbelit lidah ni. hehe

    Reply
  4. I am LZ says:
    July 28, 2017 at 12:05 pm

    Setuju sangat dengan article ini Nina..
    Bedung kena cara yang betul..

    Reply
  5. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says:
    July 28, 2017 at 4:49 pm

    baru tahu ni cara bedung yang betul..terima kasih atas perkongsian ilmu ni, Nina

    Reply
  6. Uyul Rosli says:
    July 28, 2017 at 6:27 pm

    nice info. nanti anak buah baru lahir, nak bedung cara yg awak share nihh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    Reply
  7. Uyul Rosli says:
    August 1, 2017 at 10:48 am

    Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. 🙂
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    Reply
  8. Huda says:
    August 7, 2017 at 10:36 pm

    Bagus perkongsian nina ni. dah ada anak dua ni baru tahu pasal ni. hehe
    Blogwalking here, Jemput singgah blog huda >> http://www.ceritahuda.com

    Reply
  9. Miera Hassan says:
    August 8, 2017 at 2:14 pm

    Ya Allah kak.. tak tau pun benda gini..selalu bedung style A…huhu… tq kak atas perkongsian

    Reply
  10. Farah Alina says:
    August 13, 2017 at 2:51 pm

    Noted. Terima kasih atas peringatan. Anak pertama memang saya ikat kaki ketat sampaikan kakak ikat lutut dia dengan kain lagi bagi lurus. Huhu. Sedih bila teringat.

    Anak kedua saya mula longgarkan. Tak fokus sangat bedung kat kaki. Cukup tangan bedung bagi baby selesa sudah.

    Reply
  11. Bunga Kemboja says:
    October 1, 2023 at 2:23 am

    pengkosian yang menarik, anak pertama saya bedung ikut style A yelah pantang dgn mak2 kan. Anak kedua berpantang sendiri saya mula longgarkan bahagian kaki bagi baby selesa.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      October 3, 2023 at 7:20 pm

      Sama lah kita. Masa memula tak tahu ikut je style MakMak
      Sekarang ilmu mudah dicari gali, kita tukar style yang betul.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes