Sekitar jam 2pm perut dah mula menunjukkan tanda-tanda sakit kontraksi. Cuba menghayati saat itu. Yelah, hayati lah sangat kann… Cengkaman kontraksi tidak begitu kuat. Relaks! Cakap dalam hati. Cuba tenangkan diri semampunya…
Anak-anak yang lain sibuk dok pi rumah open house ngan abahnya. Tak per laa… Belum nak bersalin pun lagi. Detik kata hati.. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti yang membosankan. Tonton TV entah apa cerita, cuba makan tapi entah apa yang di telan pun tak perasan. Yang pasti bukan kuyu atau batu sebab tak tercekik pun. Haha .. Minum walau tak dahaga.. hurmm .. Tawar!
Sambil mundar-mandir keliling rumah nan comel secomel tuannya, perasan jap Akhirnya singgah dapur dan makan 3biji kurma dan secawan air zam-zam. Dengan harapan cukup tenaga nanti nak push!
Dup dapp dup dappp…!!
Dalam pada sakit tatkala kontraksi semakin dekat, digagahkan juga langkah lemah longlai ini singgah ke rumah istimewa. Berangan cita-cita nak jadikan rumah impian. Entah bila jadi kenyataan _______ entahkan tidak. Berdoa dengan penuh harapan setinggi langit agar segalanya dipermudahkan dan impian menjadi realiti. Aamiin…
Terbayang-bayang kenangan lalu saat melahirkan anugerah ke-5. Eilysa Mirza Binti Azlan. Penuh debaran menanti kelahiran Lysa. Apa tak nya ooii…. Sampai 40 minggu pun tak keluar-keluar. Pertama kali gini, asyik dok Tipah Tertipu dengan kontraksi palesu. Noty Lysa ni… Main-main ngan mama!
Dan …. Tanggal 31st July 2016 Alhamdulillah selamat melahirkan bayi yang dok lama sampai 40 minggu tuu….
Dan 31/7/2017 yang lepas, genap sudah Eilysa Mirza setahun.
Happy birthday sayang!
Eh! Dah Ogos… Happy Belated Birthday 🙂
Pantas masa berlalu, dalam tak sedar rupanya Lysa dah setahun. Bila kenang balik, sian Lysa banyak membesar dalam kereta. Baby kan… baru nak tido mamanya dah angkat masuk dalam kereta nak pi hantar kakak Eillya sekolah. Dalam kereta dah terlena pastu angkat semula masuk rumah. Tak lama pastu angkat lagi pi jemput abang kakak balik sekolah. Karang nanti baru nak terlelap dah angkat lagi nak pi hantar Eilman Yana sekolah agama lak. Hurmm… Sian dia
Walau Lysa pun sibuk sama temankan mama settelkan urusan bak supir. Seorang yang tidak banyak kerenah, mudah dijaga, menyenangkan semua orang. Alhamdulillah …
Eilhan paling sayang adik Lysa ni. Yelah, Lysa ni peneman Eilhan main. Walau Lysa tak faham apa-apa sangat, Eilhan pandai layan adiknya. Nyanyikan lagu satu labah-labah, lagu twinkle-twinkle liltle star, Tepuk amai-amai laa… Ada aje ketelah Eilhan melayan adiknya. Depa ni teman ketawa bersama, menangis bersama alaa…. Macam lirik lagu Black tu.. hehe
Happy Birthday sayang… Maaf ya kita tak dapat celebrate sekadar ucapan dan doa buat Eilysa. InsyaAllah ada rezeki lain tahun kita raikan ehh… Mama sebak sangat sebab Birthday Lysa yang pertama ni pun mama tak buat apa-apa. Sedangkan orang lain, anak umur setahun lah depa dok celebrate bagai nak rak! Huhuuu…
Rezeki kita semua tak sama… InsyaAllah ada rezeki untuk kita sekeluarga nanti
Aamiin…
Happy birthday Lysa. semoga membesar dengan sihat dan bijak
Happy Birthday si comel Eilysa :* Semoga sihat selalu..
cepatnya dah setahun kak.. HB2U baby..
Alolololo makin comel laa lysa ni.. heppy bedayy sayang..moga mmebesat sihat sempurna jadi anak solehah mama papa ya sayang ..
Happy besday lissa….eh tak celebrate tak pe..doa tu yg penting tau =) ada rezeki boleh beli toys..hehe
Happy birthday budak cute
Happy birthday dear Lisa.. semoga terus membesar dengan sehat, menjadi wani solehah yg berjaya dunia dan akhirat.. Aaamiinn
Happy birthday comel.. hehe
happy birthday baby lysa! tak per, ada rezekinya nanti. kita tak akan tahu rezeki yang nak datang kan?
comelnya dia… patutla pon.. mama dia santek!!
Happy belated birtday eilysa
selamat hari lahir lysa
happy birthday eilsya..besar dah..setahun dah
Hepi bday lysa 🙂
Happy belated besdayy
.