As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Lagi beberapa hari aje lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Pastinya tatkala ni ramai dah mula balik ke kampung halaman. Syukur buat yang dah selamat sampai kampung. Maklumlah cuti sekolah telah pun bermula. Ramai dah mula bercuti awal. Dan… ada juga yang masih bekerja sampai selasa ni kann…?? Kesian dia.. Resipi Puding Coklat Oreo Mudah
Biasalah, ada yang cuti sebelum Raya dan ada juga yang ambik cuti selepas Raya. Kena lah take turn. Iyer tak? Tak kan nak bolot sebelum dan selepas! Jangan gitu, kejam namanya tuu..!! Kalau dah rezeki sapa nak tolak kann…. hehehe . . . .
Resipi Puding Paling Ringkas Senang Sedap Mudah
Ok laaa… Tak mau celoteh panjang hari ni, kali ni Nina nak kongsikan puding paling ringkas, mudah, sedap dan gerenti anak-anak sukakannya. Kalau korang jenis hantu coklat, harus laaa cuba puding ni. Memang syiok makan tatkala berbuka puasa dan paling best ketika cuaca panas. Slurppp slurppp…. Laju jer masuk tekak!
Ahhaaa….!! Tak lama lagi sana sini sinun ramai dok pulun buat open house. Kalau korang buntu nak sediakan dessert tuk tetamu nanti boleh laaa cuba puding coklat yang mudah dan ringkas ni.. Haipp…!! Puasa pun tak habis lagi dah citer pasal menu open house! hehee . . .
Tapi tak pe laaa kan…. Persediaan awal lah katakan.. Boleh aje masuk dalam list menu. Iyer tak? Tak payah laaa pening pening nak sediakan yang remeh-temeh. Buat yang sesenang aje pun ok.
Jom tengok resepinya >>>>
Resipi Puding Coklat Oreo Mudah
1 litter air Coklat / Milo – buat pekat-pekat sikit
10gm serbuk agar-agar / 6 sudu rata (sudu KFC yang kecik tuu)
Oreo hancur (biskut nya aje)
cara penyediannya
1- Sediakan Air Coklat / Milo mengikut selera masing-masing
2- Didihkan air coklat bersama serbuk agar-agar hingga mendidih
3- Kemudian tutup api dan tuang dalam acuan. Tabur serbuk oreo. Sejukkan sekitar 4jam atau lebih
4- Sedia dihidangkan…
Senang aje kann…?? Sap sap sui aje… nak lagi sedap, dihidangkan bersama susu cair dan potongan buah-buahan segar atau buah koktail. Makan sejuk-sejuk! Wallaaa…
Menu ni bukan saja bebudak suka, entah-entah Mak Pak yang dok belasah lebih…!! Sapa lah tuu hahaha . . .
sedap tu ble cuba
salam aidilfitri
Mcm.senang je nak buat. Tunggu kerajinan dtg kita buat hehe