As’salamualaikum buat semua kengkawan Nina…
Dikesempatan yang ada, Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon kemaafan jika ada salah dan silap antara kita sepanjang perkenalan kita.
Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini. Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 , halalkan juga makan minum Nina yea ….
Buat teman-teman blogger pula – andai ada yg terlebih & terkurang garam dan gula kat resepi tuuu pula – mohon maaf dan dihalalkan …. hehee
Buat teman-teman blogger pula – andai ada yg terlebih & terkurang garam dan gula kat resepi tuuu pula – mohon maaf dan dihalalkan …. hehee
Jika ada kesempatan di lain masa, Insya’Allah Nina akan meng update kan diri seperti biasa. Selepas ni Nina lagi menghitung hari menanti kelahiran ke-5 tak lama lagi. Mohon doakan agar Nina selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan nanti ya…. Amin…
Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Jika kepenatan, berhenti berehat seketika. Biar lambat asalkan selamat. Moga sampai ke destinasi yg di tuju. Amin …
Selamat bergembira menyambut Syawal dan semasa kita bergembira jangan di lupa ada buat yg tiada dan serba kekurangan. Sambut lah dengan gembira tapi bersederhana.
Walau tidak bertemu
Tangan tak berjabat
Ucapan tidak kedengaran
Mata tak bertentang mata
Nina mohon kemaafan segala kesilapan
kerana ada tikanya mata tersilap pandang,
telinga tersalah mendengar,
lidah terlanjur kata
dan hati pula tersalah menduga
Tiada kad, sms, email pengganti diri
Cuma sekadar coretan dari hati
Sudi lah kiranya menerima kemaafan ini
Sejuta keikhlasan dari lubuk hati ini
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Ikhlas dari,
Nina Mirza
selamat hari raya kaK Nina
Selamat Hari raya Aidilfitri buat Nina Mirza dan keluarga….. Serta pembaca blog ini…
Selamat hari raya nina! Tudung kita sama lah hehe
selamat hari raya kak nina
comel2. sukanya la tgk anak ramai ni..