Alhamdulillah … Ramadhan tahun ni Nina berpeluang bawak seisi keluarga Nina berbuka puasa Buffet Ramadhan kat luar dan bersama family kengkawan gak. Tempat special cantik di tengah bandar ibukota yang happening. Meriah! Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST
Bazar Perdana – itu lah tema Buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai PNB Hotel tahun ni. Sebab PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur nak menampilkan kelainan untuk berbuka puasa dengan membawa suasana meriah bazar.
Bukan selalu dapat belanja family, maklumlah kita kannn surirumah aje, tapi bila sesekali dapat reward family satu kepuasan buat Nina. Korang pun rasa yang sama kannn? Nak lagi ada bersama kengkawan, ala gathering gitu.. Seronok!
Apa yang menarik di Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB On The Park KL
Berkonsepkan stall Bazar Perdana Ramadhan – meriah!
Tatkala sampai sini, kat luar aje dah nampak punya lah banyak pilihan air. Masuk dalam bahagian outdoor ada beberapa stall style bazar Ramadhan. Memang meriah! Ada stall murtabak, roti jala, roti John, aneka mee, ice goyang, apam balik, kambing golek, grilled, rojak , pasembor, satay, goreng-goreng panas – pisang goreng, keledek, ubi dan kuali besar Kuey Teow Goreng! Banyakkk kann?
Paling WIN air dia laa… punya lah banyak pilihan. Tengok laaa sendiri. Ada 18 jenis antaranya ada air Tebu, Lemon, Air mata Kucing, Soya, Keladi, Sirap dan banyak lagi!
Lagi best ada stall teh tarik. Staff nya siap berkain pelekat dan bersongkok. Tinggi beb dia tarik. Buih banyakkk! Berulang-ulang dok pekena Teh Tarik kawwww dia! Kedai mamak pun kalah weyhh… HAhaa
Menu masakan tradisional Bazar Perdana 10 Binjai PNB Buffet Ramadhan
Untuk buffet Ramadhan kali ni, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan. Rambang mata nak pilih yang mana dulu.
Diantara signature dish yang disajikan termasuklah Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese.
Sajian Menu Tradisional
Menu paling terangkat kat sini jatuh kepada Rendang Paru. Perghhh…. Sedap beb! Segala yang Nina makan, Nina match kan ngan Rendang paru dia. Serius tak sangka sedap. Tak de bau paru dan rempah rendangnya punya sedap rasa nak tapau bawak balik. Hehee…
Nasi Beriani Gam terajak sedap. Nasi nya memang uummphhh! Lembut sedap terasa rempah nya. Anak Nina no 5 Eicha suka sangat. Dia dok makan nasi gitu aje. Suka mama tengok ! Nina pekena nasi beriani dan Roti Jala dengan Rendang paru yang sedap tuu. Asyikkkk..!!
Kambing golek buat diet ku yang tergolek
Tak tahu nak kata apa, kambing golek dia kat sini terbaik! Nina suka … Memang kena laa dengan sos black pepper dia. Last year pun Nina dok ngadap ni aje. Dan tahun ni menu kambing golek menepati selera Nina sekeluarga.
Menu grilled pun best. Seafood segar! Jangan tanya berapa kali kami ulang ambik. HAhaa…
Meh Nina belanja lagi menu-menu menarik yang ada kat sini. Nak kasitau ni, satay kat sini sedap! Dagingnya lembut, moist. Selain tu Roti John pun dah ala bazar Ramadhan.Lauk pauk pun tak kurang menyengat selera. Rasa nak tambah nasik aje. Huhuuu
Dessert
Dessert usah cakap laaa… Banyak! Tinggal korang mampu ker tidak aje nak ambik. Macam-macam ada! Dari kueh mueh tradisional, bubur, apam balik, buah-buahan banyakkk lagi!
Stall ABC meriah nau topping nya. Anak-anak dok berulang ABC gak! HAhaa..
Buah-buahan
Tabik spring tuk Chef yang deko kaunter buah ni. Cantik! Buah-buahan pun segar. Pilihan pelbagai.. Rambutan ada, mata kucing ada, duku langsat ada, buah-buahan lain pun ada… Anak-anak dok ulang ambik rambutan. Maklumlah orang tak de kampong
Restoran PNB Perdana On The Park KL – HALAL dari JAKIM
PNB Perdana On The Park antara Hotel Restoran di Kuala Lumpur ni yang menerima pensijilan HALAL sepenuhnya dari JAKIM sejak 2007. Hotel yang konsep patuh syariah sebegini lebih menyakinkan kita kann…?? Terbaik laaaa PNB Perdana KL
Surau
Kemudahan surau yang disediakan oleh PNB Perdana On The Park di tingkat 5 memudahkan korang menunaikan solat maghrib tatkala berbuka puasa kat sini. Nak teruskan solat terawih pun boleh. Senang kann…?
Parking basement atau naik Putra LRT lagi mudah
Korang yang datang bawak kereta ada basement parking disediakan. Atau korang naik public transport lagi senang. Last year Nina naik LRT Putra dari Gombak dan turun kat Stesen Ampang Park. Jalan kaki dekat jer… Tak yah risau, tak lencun pun baju dek peloh korang. Rasanya tak sampai pun 100m jarak jalan kaki. Nak lagi senang sila naik grab car.
Harga Buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.
Restoran 10 Binjai
RM98.00 nett untuk dewasa
RM59.00 nett untuk kanak-kanak (umur 7-12 tahun)
Restoran 39
RM135.00 nett (dewasa)
Untuk tempahan
Tel: 03-7490 3939
Buffet Ramadhan 10 Binjai PNB Hotel KL BEST!
Kalau korang mencari lokasi buffet Ramadhan yang sesuai untuk seisi keluarga, kot nak buat reunion sekolah ker, jiran tetangga ke, gathering family ke kat sini memang sesuai!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh laaa layari
Website: www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook: https://www.facebook.com/pnbperdanakl/
Instagram: https://www.instagram.com/pnbperdanakl/
Salam Ramadhan …!!