Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

SERUM DR BEAU
May 16, 2019February 24, 2023

DR BEAU ni sapa eh? Serum dia best weyhhh

DR BEAU Pure Natural Skin Oil atau nama ringkasnya Serum DR BEAU. Nina tertarik nak Review Serum Dr Beau yang terbaik Nina dah pernah cuba setakat ini. Seronok nak share ngan korang tentang serum ini.

Isi Kandungan hide
1 Review Serum Dr Beau
2 Review Serum Dr Beau
2.1 Cara guna Serum DR.BEAU
2.2 Tips Penggunaan DR.BEAU
2.2.1 Website : https://drbeau.com.my/ Facebook : Dr Beau Malaysia Instagram : drbeau_official
2.3 Related posts:
3 Menu minum petang | Orange Muffin with coffee chips
4 Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL
5 Tanpa bicara dari Nina - Tragedi MH370
6 Kelab Menembak Selangor asah bakat anak

Sapa yang follow blog Nina ada perasan Nina pernah cerita yang Nina tengah dok survey nak try serum demi melengkapkan rutin penjagaan kulit muka Nina. Maklum laaaa bila umur dah patplohan ni, serum dah jadi keutamaan untuk Nina add on dalam basic skin care Nina.

Dalam dok survey usha sana sinin sinun… Nina agak cerewet bila nak cuba sesuatu yang baru. Bukan apa, risau sangat kot nanti tersilap langkah boleh mengundang penyesalan. Nina tertarik nak try Serum DR BEAU dan share ngan korang

Review Serum Dr Beau

Salah satu faktor utama sebab ianya di packing kan dalam bentuk kapsul softgel. Bagi Nina produk ini menjaga kualitinya. Setiap kali kita gunakannya, kita mendapat serum yang berkualiti terbaik dari produk ini.

Contoh krim yang biasa kita guna,  dok bukak katup bekas udara  tercemar pun dah masuk, pastu setiap kali kita colek krim mungkin adanya bakteria terikut sama TERadun bersama krim yang sedia ada dalam bekas. Gitu laa contohnya.. Ini tidak terjadi pada SERUM DR BEAU. Best kann..??

Yang lagi bestnya Serum DR BEAU ni selamat digunakan kerana ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM No : 170502921K). Terbaik laaa…!! Lebih yakin Nina nak gunakannya dan sharing apa yang terbaik Nina guna ngan korang.

Review Serum Dr Beau

Bahan–bahan Serum DR.BEAU

1. Minyak Argan oil
2. Minyak Gandum
3. Minyak Badam
4. Minyak Apricot
5. Minyak Primrose
6. Ekstrak Rose Hip Oil

Dari apa yang Nina tengok kat page facebook depa, DR.BEAU ni berkesan membantu menyelesaikan beberapa permasalah kulit muka penggunanya. Ia bertindak sejurus penggunaan pertama.

Maksudnya pengguna kena betul-betul konsisten pakai barulah nampak hasilnya. Kalau dok skip kejap pakai kejap lupa, jangan laaa harap hasilnya meletop ker kannn…?? So jangan malas! Nak cantik memang kena rajin…

Dr. Beau adalah serum untuk menjaga dan merawat kulit dalam masa 24 jam.

24 Jam – Jerawat kering
7 Hari – Parut pudar
21 Hari – Kulit sekata

Nina dah pakai dalam 2 minggu dan Nina sukakannya! Saat sapuan pertama, Nina dapat rasa kulit muka Nina moist, lembut, lebih segar. Kulit muka Nina jenis kombinasi dan bahagian pipi ni kering. Lepas sapuan, ia benar-benar memberi kelembapan secukupnya kat area pipi Nina.

Cara guna Serum DR.BEAU

Sebelum nak sapu apa-apa kat muka, tangan korang kena bersih dulu. Macam Nina citer awal tadi, antara faktor Nina sukakan Serum DR.BEAU ni sebab ia didatangkan dalam bentul soft gel.

Korang hanya perlu tarik bucu kat atas hujung gel dan dap dap titiskan kat muka, dahi, pip,i dagu.  Pure Natural Oil Serum DR.BEAU ni akan keluar dari soft gel, pastu korang ratakan  keseluruhan muka korang termasuk leher. Sapu rata sehingga meresap.  Jangan skip penggunaan sehingga berkesan. Nak cantik kannn kenalah konsisten.

Walaupun berasaskan minyak tapi ianya cepat meresap dan tidak berminyak pun kat muka. Teksturnya yang ringan buat Nina rasa macam tak pakai apa-apa tapi muka rasa lembut, lembab. Nina suka!

Nah … Nina belanja tutorial Nina

Buat yang sudi tonton video Nina, ada Nina nyatakan yang Nina pakai DR.BEAU ni malam jer tapi kot korang nak pakai siang pun boleh jer… lagi rajin korang pakai, lagi laaa bagus kesannya. Dan memang sebaiknya korang pakai sehari 2 kali.

Tips Penggunaan DR.BEAU

Kat facebook DR.BEAU ada Nina nampak Wan Sharmila campurkan bersama foundation. Buat masa ni Nina belum cuba tapi Nina akan cuba sebab buat masa sekarang Nina pakai malam jer pun dah nampak hasilnya.  Tentu bila di adun bersama foundation tentu lebih memberi kelembapan pada wajah dan tak de laaa make up bercapuk, crack nanti kot kannn…?? Kulit tampak lebih glowing dan flawless!

Amacam best ke best? Kot korang pun sama macam Nina dok tercari-cari serum apa nak pakai, korang try laaa Serum DR.BEAU ni eh… Sebab Nina dah cuba dan berpuashati opkos laaa nak share ngan korang.

SERUM DR BEAU

Yang mana rajin nak mentelaah, korang boleh laaa bebek-belek website, page facebook dan Instagram DR.BEAU . Ada lagi banyak info kat sana.

Website :  https://drbeau.com.my/
Facebook : Dr Beau Malaysia
Instagram : drbeau_official

Nak beli? Korang terus jerr hubungi  :
http://tejaherbsdrbeau.wasap.my/
016 963 3443 – WHATSAPP/CALL

Nak dapatkan kulit wajah yang cantik, bersih, sihat – kenalah rajin dan konsisten pakai produk yang berkualiti.  Bahan natural adalah sebaiknya. Jommm jaga muka!

Related posts:

Menu minum petang | Orange Muffin with coffee chips

Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL

Tanpa bicara dari Nina - Tragedi MH370

Kelab Menembak Selangor asah bakat anak

Lifestyle Review Tips Argan OilDR.BEAUEvening Primrose Oilnak cantikPure natural Skin OilRosehip OilserumTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. ciklilyputih says:
    May 16, 2019 at 11:49 am

    nampak senang je cara penggunaannya ek, koyak dan sapu je di muka. kalau bawak travel bagus ni. kecik je tak yah nak bawak beso kan

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    May 16, 2019 at 4:55 pm

    Betul gak, bila dlm bentuk soft gel gini kebersihan lebih terjaga. Dan kuantiti yg kena guna pun dah just nice kan, tak leh terkurang atau terlebih pakai.

    Reply
  3. Saidila Rahman says:
    May 16, 2019 at 8:59 pm

    bestlah nina serum ni sebab dia dalam bentuk soft gel and mudah nak bawa kemana-mana…nanti nak try jugaklah lepas serum yang ada ni habis

    Reply
  4. Mahamahu says:
    May 16, 2019 at 11:47 pm

    Titik kat tapak tangan kita ingat tadi mati-mati telah sebab rupa macam capsul hehehehe orang perempuan ni suka lah kan produk macam ni hehehehe nak cantik pagi raya kan…

    Reply
  5. fendi mazalan says:
    May 17, 2019 at 6:46 am

    mudah dan ringkas je cara nak guna.. boleh beli untuk yang tersayang

    Reply
  6. Julia Mahir says:
    May 17, 2019 at 8:21 am

    Bagus nya la 24 jam rawat jerawat kering. Ni kat muka jerawat timbul setahun sekali, gatai tgn usik dahmcm luka dah. Nak nangis jerawat naik raya-raya ni T___T

    Reply
  7. Hanny Abdullah says:
    May 17, 2019 at 8:49 am

    Serum memang bagus..tapi tak tahu lak boleh keringkan jerawat. Best gak ni..boleh suh anak dara pakai..penuh dh jerawat dia satu muka

    Reply
  8. farhannajafri says:
    May 17, 2019 at 9:46 am

    Comelnya serum dia! Nasib kak Nina mention apply dekat muka, mati2 ingatkan serum dia macam kapsul tu, kena telan hihi

    Reply
  9. Zharif Azis says:
    May 17, 2019 at 9:54 am

    wahhh nampak bagus ya serum dr beu nie. mmg tengah cari serum yang okay. memang ramai org campurkan serum dengan foundation ya. no wonder foundation yg dipakai nampak smooth je. boleh lah consider serum nie nanti.

    Reply
  10. dik bee says:
    May 17, 2019 at 10:11 am

    comelnya bentuk soft gel serum Dr Beau ni. Tapi betul la kan, tak.kisah apa produk pun memang kena konsisten. kalau tak, macam mana nak dapat result yg optimum.. kannn

    Reply
  11. Liez says:
    May 18, 2019 at 1:19 am

    banyak produk kecantikan di pasaran.. dr beau ni ramai yang review kata best. boleh cuba kan sebab harga pun berpatutan dan keputusan pun macam best je. sinceduduk rumah macam susah je nak jaga muka dengan steppenjagaan kulit yg payah. so pakai jeserum dah cover semua

    Reply
  12. Chaza Xiaojie says:
    May 18, 2019 at 3:48 am

    Cx guna juga! Memang best! Serius best! Suka betul guna. Dahlah comel³ tapi khasiat dia sangat banyak. Bila pakai tu, kulit muka mmg lembut gila! Mcam baby! Dahlah wangi

    Reply
  13. emi says:
    May 18, 2019 at 8:54 am

    Ada apa2 bau pelik tak serum ni? Macam menarik je. Kat mana boleh beli? Drugstore ada jual tak?

    Reply
  14. Huda says:
    May 19, 2019 at 8:33 pm

    Wah, kak nina pun dah cuba serum Dr Beau ni. memang terbaik kan? huda pun dah guna , 2 botol dah ada kat rumah ni. Berbaloi sangat-sangat kan guna, suka kesan pada kulit lepas guna

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes