Kadang kala hati kita ni di usik dengan pelbagai dugaan. Ada ketika kita rasa kita ni kurang dapat kasih sayang, orang yang tersayang dok sibuk sokmo lalu kita rasa terpinggir, merajuk..
Ada ketika kita tak cukup bajet bulanan, terus rasa susahnya hidup ni bila nilai kewangan tak mampu penuhi kehendak naluri sedangkan keperluan ada didepan mata.
Saat itu, kita dok mengeluh lalu bertanya kenapa laaa dugaan ini yang dirasakan amat berat terpaksa di tempuhi? Adalah kita mempertikai ketentuan dari DIA? `
Sedar kah…
Saat kita rasa susah, ada ramai lagi insan yang hidupnya sedia dalam kesusahan sejak kecil tanpa tahu punca dan sebab malah ditambah dengan kurangnya kasih dan sayang. Mereka terpaksa melalui semuanya.. Penuh ketabahan dan kecekalan anak-anak ini. Hebat mereka!
Bulan Ramadhan sinonim dengan Bulan Bersedekah. Ramai orang mengambil kesempatan merebut ganjaran terbesar dari Allah SWT ini.
Ketahuilah, Allah melipat gandakan pahala orang yang bersedekah. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat ke 18 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak”.
TERIMA KASIH McDONALD’S
McDonald’s turut mengambil keberkatan Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan program CSR nya seperti tahun-tahun sebelum. Tahun ini, 16 Mei 2019 – McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald (RMHC), dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah … Hari ni Nina dan kengkawan berpeluang turut sama berbuka puasa kat sini. Lebih bermakna lagi, sambutan majlis berbuka puasa ini turut di hadiri oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang turut menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir khususnya kepada anak-anak yatim.
Turut hadir pada majlis ini adalah Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.
“McDonald’s Malaysia amat berbesar hati menerima kehadiran 500 anak-anak dari 10 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap majlis ini dapat menyerikan lagi sambutan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami membayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia,” kata Azhar.
Allahu… Tersentuh rasa hati ini tatkala terlihat wajah ceria, penuh kegembiraan anak-anak ini menerima duit Raya dari RMHC dan McDonald’s Malaysia.
Dan Alhamdulillah… Antara Rumah Kebajikan yang menerima sumbangan RM5,000 dari RMHC ialah
Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah
Rumah Perlindungan Nur Qaseh
Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak
Titian Kasih
Pusat Jagaan Kasih Murni
Darul Fikir
Baitul Hasanah
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha
Rumah Penyayang Darul llmi
Baitul Ehsan
Ini adalah 10 buah rumah kebajikan yang menerima sumbangan RM5,000 dari RMHC .
McDonald’s Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan Ramadan, antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya serta tajaan moreh di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
McDonald’s Malaysia juga telah menjalankan kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti masyarakat setempat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara sejak dari tahun 2016 sehingga kini. Disamping itu, McDonald’s Malaysia juga telah mengadakan inisiatif kemasyarakatan jangka panjang iaitu “Anugerah Guru Inspirasi” sebagai pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang tenaga pengajar dalam memberi impak positif kepada pelajar dan juga komuniti.
Manakala “Bulan Komuniti” pula adalah inisiatif setiap tahun di bulan Oktober bersempena dengan Hari Kanak-kanak Malaysia yang memfokuskan aktiviti kemasyrakatan kepada golongan kanak-kanak.
TAHNIAH McDonald’s Malaysia dan PPZ-MAIWP
Program ini bertujuan mengeratkan ukhwah di antara PPZ-MAIWP dan McDonald’s Malaysia yang merupakan pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP. Melalui program tanggungjawab sosial korporat, majlis ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pihak dengan meraikan Ramadan bersama insan-insan yang kurang bernasib baik disamping menyemarakkan budaya bersedekah.
Program CSR sebegini dan keprihatinan mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik amatlah dihargai. Semoga lebih ramai syarikat korporat akan mencontohi PPZ-MAIWP dan McDonald’s dalam menjalankan tanggungjawab korporat.
Dan…. Moga lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik dapat dibantu selepas ini. InsyaAllah….
‘Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan’
Salam Ramadhan buat semua,
Nina Mirza
#McDIndahnya Ramadan
#McDonaldsMalaysia
Tahniah Mcdonald… Semoga program kebajikan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang…
Alhamdulillah , satu usaha yang bagus Mcd ,
Alhamdulillah..semoga ramai lagi yg tampil membantu
Tahniah McD! Satu usaha murni yg wajar dicontohi kelak.teringin lak mcd haha
waa tahniah McDonald, mmg bagus betul usaha mereka yg mcm ni. Tumpang happy jugaklaa bila kita tgk anak2 yg memerlukan tu dibantu dari segi persiapan dan sebagainya dan siap ada dapat duit raya lagi tu, alhamdulillah, mesti mereka gembira lagi2 di bulan puasa ni.
tahniah mcdonald, selalu juga beratur drive tru beli aiskrim. kira menyumbang jugalah untuk statistik pengiktirafan ni
Harap lepas ini lebih banyak badan koporat dan juga company besar buat program amal macam ni bukan sahaja pada musim perayaan setiap masa agar mereka yang memerlukan dapat perhatian lebih… tahniah..
Alhamdulillah.. Tahniah McDonalds..berkongsi rezeki bagi mengembirakan hari mereka
Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama
wahhh tahniah McDonald buat program CSR yang membantu golongan tak bernasib baik! Suka tengok CSR McDonald tiap tahun. Ada je inisiatif untuk bantu masyarakat dan environment jugak
Alhamdulillah tahniah Mcd. Rezeki dikongsikan bersama. Semoga CSR diteruskan
tahniah McDonalds
Bagusnya McDonald’s. At least program macam ni dapat membantu golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah. Terbaik McD.
Tahniah Mcd atas usaha murni ni. Moga dengan usaha ni dapat membantu lebih banyak golongan yg memerlukan