SUBHANALLAH
Menakjubkan. Betapa Besarnya Kuasa Allah. Sesungguhnya Allah Maha Besar . ..
Hari nie Nina share satu kisah yang Nina terbaca dari SINI. So Nina copy paste untuk tatapan bersama. Apa yang boleh Nina katakan semasa pertama kali membacanya, “TIDAK TERKATA”. Betapa Besarnya Kekuasaan Allah. Dan, betapa kuat lagi tabahnya hati ayah dan ibunya menerima dugaan yang amat hebat. Sedangkan di negara kita, kes pembuangan bayi dapat kita baca diakhbar hampir setiap hari. Ya, setiap hari !!!!
Nina amat benci untuk membaca dengan berita sebegini. ….
Mari kita baca pula kisah yang sangat memberi kesan impak yang positif buat diri kita. Sesungguhnya ajal maut jodoh semuanya kehendak Allah. Kita juga tak mampu menolak ‘takdir’ yang semestinya telah ditentukan oleh NYA.
Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bilan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Betapa besarnya kekuasaan Allah bukan ??