Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 14, 2011January 11, 2016

Sotong Goreng Kari

Tik Tok Tik Tok ….. jelas kedengaran detik jam berlalu. Sunyi ~~~~
Mata ku ini masih segar terasa walaupun detik masa sudah menghampiri waktu subuh  membening. Entah mengapa, telah dicuba beberapa kali untuk membuai lena tidur ini namun mata ku ini seolah-olah tak kenal makna lena ….. 
Mengapakah ini terjadi? Haruskah ianya terjadi diwaktu begini??
Chewahhhh …… !!! Nina berpuitis pulak malam-malam gini.  Ada gaya penulis novel romantik tak?? hahahaa . . .. .
Dah dah …. tok sah dilayan merapu-rapan Nina nie … nanti melalut-lalut jadinyerr… hehehe

Sotong Goreng Kari… menu yang biasa-biasa ajer. Tak der apa yang special pun. Sekadar berkongsi. Mana lah tahu kut-kut ada yang buntu tak tahu nak masak apa dengan sotong. Boleh lah mencuba menu yang tak seberapa nie. Selalunya orang akan Goreng Kunyit ajerr, Nina derhaka sikit. Tak banyak sikitttt ajer, hanya tambah serbuk kari. Sedappp … !!!
Kalau makan bersama nasi panas-panas lagi menyelerakan.


Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..
3 Apam LABU !!. Biarkan Si Luncai terjun bersama Labu-labunyer.. Biarkan~~
4 KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3
5 BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!





Sotong Goreng Kari
Bahan-bahan
300g sotong sederhana besar – Nina potong bulat-bulat
2 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – diketuk
2 inch halia – hiris halus
2 batang serai – diketuk
beberapa cili padi – ikut citarasa (Nina tak letak punnn, yg nie untuk makan anak2-tak pedas)
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran – Nina letak sayur kacang buncis, bunga kobis, carrot, cendawan tiram
1 biji bawang besar – potong semi bulat – untuk hiasan




Cara-caranya

  • Sotong dibersihkan lalu ditoskan
  • Gaulkan sebati sotong bersama serbuk kari ikan, garam dan sedikit serbuk kunyit. Diperap sekitar 15minit.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga keperang-perangan
  • Masukkan sos tiram, kacau rata
  • Lalu masukkan sotong bersama kesemua sayuran. Kacau rata hingga masak.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kalau tak letak pun boleh sebab dah ada garam kat sotong semasa perap tadi dan dah ada rasa kat sos tiram tadi juga.
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar sebagai hiasan. (Nina suka makan bawang besar hiasan nie, ranggup rasanya)
  • Sedia dihidangkan dan dimakan :))





Selamat mencuba ~~











Related posts:

Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..

Apam LABU !!. Biarkan Si Luncai terjun bersama Labu-labunyer.. Biarkan~~

KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!

Lifestyle Seafood

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes