As’salam buat semua …
Pagi tadi Nina buat sarapan Cucur Jagung. Jom intai resepi nyerrr ….
Cucur Jagung
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan jagung / sebiji jagung (dihiris ambil biji jagung sahaja)
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula *** kalau suka manis tambah lagi yea
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara-cara
1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
2. Masukkan susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau berselang seli dengan jagung hingga adunan licin dan sebati.
3. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan.
4. Angkat cucur dan hidangkan.
5. Sedap dimakan panas-panas !!
Selamat mencuba ….