Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3
April 30, 2019April 30, 2019

Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh… Seram seyh!

Dah habis citer penuh trending NUR 2 (2019) . Kali ni diketengahkan satu drama 4 episod bergenre misteri, seram, thriller. Satu pembaharuan bilamana TV3 menayangkan drama bersiri seram.

Isi Kandungan hide
1 SINOPSIS VOICE NOTE
1.1 “AKU AKAN CERITAKAN SEGALANYA …”
2 Related posts:
3 SAFI Fair Beauty - 8 manfaat kecantikan. Wajah cerah berseri
4 KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!
5 Tips jaga pakaian berwarna .. Nina pakai sabun basuh baju apa...?
6 PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?

Biasanya kat TV3 walaupun cerita seram, akan ada selit komedi. Yang ni betul betul akan bikin korang menyorok disebalik celah bantal pelok! Sapa macam ni?   Sep! Acah-acah nak tengok tapi takut. HAhaa…

Drama mini Voice Note bergenre misteri thriller akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 29 April, pukul 10 malam di TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd dibawah arahan Azmi Hatta.

Sinopsis

SINOPSIS VOICE NOTE

Sara merasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.

Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima voice note daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.

Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya

3 pelajar perempuan ini menjadi misteri sebuah tragedi yang tersimpan rapi di Kolej Srivilla. Tasya – anak Tan Sri yang menyimpan cemburu dan amarah, Mira – yang lantang mempertahankan prinsip sebagai perempuan dan Ika – yang ceria tapi naif dalam cinta. . .

Dan …. VOICE NOTE  dari Mira mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3

JUDUL : VOICE NOTE
EPISOD : 4 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Azmi Hatta
PRODUKSI : Zeel Production Sdn.Bhd.

PELAKON : Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Shasha Abedul, Scha Elinnea, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikmal Amry, Ariff Bahran, Ali Reza, Nafiez Zaidi, Hanna Derose

Ada yang dah tengok semalam? Seram tak?
Baru teaser part cobaan bukak pintu pun dah buat diri ni rasa nak nyorok tepi bantal! Seram suspen weyhhh… Huhuu …

Korang rasa siapa kah pembunuh sebenar? VOICE NOTE sebenar dari siapa? Apa motif utama drama ni?Fuuhhhhh …. Kena tengok sampai habis baru puashati dapat jawapan segala persoalan. Kot korang terlepas nak tonton sila tonton kat http://www.tonton.com.my

Tapi apa kurlasss tengok lambat! Nanti kat timeline facebook  ada jer yang dah up status bikin  spoiled mood. Kannn…?? Hehee…

“AKU AKAN CERITAKAN SEGALANYA …”

Related posts:

SAFI Fair Beauty - 8 manfaat kecantikan. Wajah cerah berseri

KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!

Tips jaga pakaian berwarna .. Nina pakai sabun basuh baju apa...?

PT3 2022 dilaksanakan semula tapi awat LPM padam statement?

Lifestyle Review Amelia HendersonDrama sangatFull SinopsisSharifah SakinahSinopsisTV3Voice Note

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Moha says:
    May 1, 2019 at 9:37 am

    Cam nak tengok.. tp manjang lupa..huhu

    Reply
  2. ina says:
    May 1, 2019 at 5:31 pm

    Best citer ni.I pun follow,menarik sangat! Memang rasa excited nak tau kesudahan cerita ni.Geram betul dengan watak zamarul Hisyam tu.. haishhh

    Reply
  3. Miradyana says:
    May 23, 2019 at 4:18 pm

    Pembunuhnya Madan dengan sir Kamal, voicenote itu Dari Miss Sara sendiri Dan motif utama cerita itu aku keliru APA motif utama yg Cuba disampaikn. Boleh tolong aku? Tolong..jelaskn. secara detail sbb aku xfaham cerita Ni sebenarnye, kenpe perlu miss Sara terkejar kejar Serta tercari Cari si pemilio suara voicenote itu? Sedangkan yg suara itu miliknya? Kalau dikata suara itu Kira punya takkan Amelia handerson siara MCM itu? Itu sejelasnya dengar macam suara miss Sara Dan voicenote terakhir berbunyi. ‘miss Sara Dan dengar cerita Mira lagi? Hahaha’ suara itu mmg MCM miss Sara bukan suara org lain. Psal voicenote pun aku pelik inikan pasal benda lain yg kena bongkarkan lagi. Tolong iyeeee, tolong faham know sya. Hm hhhh

    Reply
    1. Miaralishaa says:
      May 23, 2019 at 4:20 pm

      Pemilik

      Reply
  4. Miradyana says:
    May 23, 2019 at 4:23 pm

    Tolong fahamkn Saya….., Knp miss Sara tercari Cari sgt pemilik voicenote itu sdgkn nyata yg itu suaranya? Kalau Hal itu pun Saya keliru so how nak bongkarkan pembunuhnya?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes