Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 14, 2015June 27, 2023

Restoran Thai yang sedap kat Taman Melawati : RESTORAN RUMAH THAI : ppsstt >>>> Butter Prawn dia sedap!

Dalam kesibukan tugasan harian yang konon melampaui batas, Geng ajak Nina berbuka kat luar aje.  Konon-konon boleh kasi kurangkan stress dan lupakan kejap kesibukkan tuu. Alahai … Sayang Geng!  Syaratnya >>> Tempat tersebut Nina yang pilih. Puas dok google nak cari tempat makan best , Restoran Thai sedap  di KL Selangor , area Gombak, Taman Melawati atau seazan dengannya. Tak mau jauh-jauh sebab masa itu emas!

Isi Kandungan hide
1 Restoran Thai Sedap KL Selangor kat mana?
1.1 Restoran Rumah Thai Taman Melawati
1.2 Set menu menarik , harga berpatutan !
1.3 Restoran Thai Sedap KL Selangor | Rumah Thai Taman Melawati
1.4 Related posts:
2 Oooo... Lain rupanya rasa Pulut Sekaya ngan Seri Muka
3 Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!
4 Kat mana Nasi Lemak RM1 sebungkus? Ada lagi ke kat KL ni...??
5 Trending Drama CUKUP DERITA ITU. Hebat lakonan Ruhainies!
Setelah puas google dan tanya pendapat rakan-rakan di #KelabBloggerBenAshaari, akhirnya Nina pilih untuk ke Restoran Rumah Thai yang sedap ni dan baru beroperasi di Taman Melawati. 

Restoran Thai Sedap KL Selangor kat mana? 

Restoran Thai sedap

Kalau korang waze, gerenti akan terpampang lokasi  di Taman Melati. Oleh itu jangan mengada-ngada nak follow waze tuu ehh… Confirm tak sampai! Sebabnya dulu memang Restoran tu kat sana dan macam Nina kasitau awal,  baru jer pindah!  Kalau nak waze juga, sila lah waze ‘Am Bisto Taman Melawati‘.

Restoran Rumah Thai
Gambar atas : Suasana luar dan signboard kat tempat lama di Taman Melati.
Gambar bawah : Suasana luar di Taman Melawati. Masih belum siap sepenuhnya.

Restoran Rumah Thai Taman Melawati

Berpandukan waze Am Bistro Taman Melawati, sampai lah tempat yang dituju… Nina dapati kat kawasan  sana menyediakan banyak parking . Kat depan kedai ada, tepi kedai ada, kat belakang lagi banyak. Percuma lak tuu… (masa Nina pegi tu malam tak tau lak kalau siang kena bayar ehh) Kawasan tuu one way so bersedia untuk pusing beberapa kali selagi tak jumpa parking yang menawan kalbu. MyGang lah tuu… Hahaa

Dan sesampai Nina kat depan restoran, signboard masih belum ada sebab restoran ini baru jer operasi – mengikut kata Puan Nas empunya restoran, baru jer 2-3 minggu buka masa Nina datang ni. Nanti dia letak lah tuu….

Usai masuk dalam restoran ini, Nina dapati dekorasi susun aturnya  kemas dan  selesa. Walaupun masih belum siap sepenuhnya. Surau juga ada disediakan. Best kann…?

Set menu menarik , harga berpatutan !

Dah belek-belek menu akhirnya Nina pilih Set Menu B – untuk 2 orang makan.  Kerabu mangga Nina gantikan dengan Kailan Ikan Masin. Pastu  Nina order menu tambahan lain. Siakap tiga rasa dan butter prawn. Dah ada udang goreng tepung lagi mau order butter prawn lak. Giler udang gamaknya~  hahaa…

Restoran Thai sedap
Ini TomYam campur. Menu yang mula-mula sampai. 

Menu pertama…. Tadaa~ Tomyam campur. Hurmm…. menarik! Nampak pekat kuahnya. Pastu godek-godek tengok isi kat dalamnya. Wahh…..!! Macam-macam ada. Ayam, sotong, udang. Yang bestnya, banyak lak tuu….. cedok-cedok dapat ayam, cedok-cedok lagi dapat udang, pastu sotong, pastu ayam lagi.. Portion dua orang makan ni berbaloi-baloi. Padahal Nina makan sekali ngan bala tentera total dah 6 orang! hehee…..

 
Seterusnya Kailan Ikan Masin yang tak berapa masin. Nina suka….

Udang Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung …. rangup diluar lembut didalam. Cecah sama sos Thai memang layan…

Ayam Gajus sedap

Ayam  Gajus. Mmmm….. sedap! Recommended..!!  Untuk anak-anak agak pedas sikit tapi selamba derang layan. Sedaplah tuu…..  Kacang gajus yang rangup bersama isi ayam yang diperap, digoreng sebati memang menawan kalbu…
Restoran Rumah Thai Ikan Tiga rasa sedap
Siakap Tiga Rasa.
Nina suka part ikannya. Ikan yang digoreng garing kat luar dan isi yang lembut di dalam. Tengok tuu…. Nampak segar kan ikannya 🙂 
Hah….!! Ini lah yang di tunggu-tunggu… Sila tengok.. sila tengok ….
Butter Prawn ni sedap seyh~  Recommended..!! Tak bohong.. tak baik bohong kann, dosa. So far Nina bagi 5bintang untuk Butter Prawn di Restoran Rumah Thai Taman Melawati ni. Udang yang sedang elok digoreng, isinya lembut, moist lagi. Part crunchy nya memang tip top! Sebab apa…?? Bukan senang tau nak buat crunchy kerak yang halus rangup macam ni. Kat rumah memang tak boleh buat. Perlukan minyak yang sangat banyak dan api yang kuat baru dapat hasil yang cantik macam nie. Pastu kan…. kat kerak dia ada nestum. Asyik makan dengan rasa lemak susu dan nestum lagi rangup gitu. Kalau uolls makan kat sini, menu wajib order tau…  (Sila dengar cakap ehh… Degil babab nanti. Hahaa…)
Sempena bulan Ramdhan, Restoran Rumah Thai menyediakan dessert percuma. Puding sagu. Perghh….. Layan seyh makan sejuk-sejuk ngan ice-cream sebagai penutup.  Anak-anak dah siap request, nanti mama buat macam ni kat rumah ehh~  hehee…

Restoran Thai Sedap KL Selangor | Rumah Thai Taman Melawati

Keseluruhan, pendapat Nina menu kat sini menepati citarasa Nina sekeluarga. Terutama sekali Butter Prawn. Portion hidangan juga banyak so berbaloi-baloi makan. Selain tuu, harga juga berpatutan. Harga di menu sama jer dari dulu hingga sekarang. Yang best lagi kan…… No GST. Ramai takut kannn… Kot ada tetiba makan time nak bayar ada charge sampingan. Kat sini tak de, okey. Mudah kan?
InsyaAllah… Nina akan datang lagi. 


Buat owner Puan Nas, Tahniah.. Moga bisnes maju jaya dan dipermudahkan segala urusan. Nina pasti, masakan yang dimasak ikhlas pasti membuahkan hasil dikemudian hari. Kalau tak masakan restoran full house dan customer dari restoran lama dok mencari sampai Taman Melawati. .. 

Ini pesanan dari penaja (Nina ler tuu). Sebelum datang disarankan booking dulu supaya ada tempat nanti. Walaupun restoran belum siap sepenuhnya, namun sambutan amat baik. Kot mengada-ngada nak terus terjah, kan ker haru kalau tak der tempat. …

Maklumat lanjut boleh intai kat
Facebook : Restoran Rumah Thai

Alamat : B-4-G-2 Gaya Melawati , Taman Melawati, KL
Melalui MRR2 .

Waze Am Bistro, Taman Melawati
Lokasi Restoran bersebelahan Am Bistro dan Supermarket Hero
No Telefon : 03-41628207
Waktu perniagaan : 11am-11pm

Related posts:

Oooo... Lain rupanya rasa Pulut Sekaya ngan Seri Muka

Milk Booster HIMALAYA Shatavari berkesan !!

Kat mana Nasi Lemak RM1 sebungkus? Ada lagi ke kat KL ni...??

Trending Drama CUKUP DERITA ITU. Hebat lakonan Ruhainies!

Review Travel Butter prawn sedapInfo - Food ReviewInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaJalan Jalan Cari MakanKenanganMasakan Thai sedapRestoran Rumah ThaiRestoran ThaiReviewTaman MelawatiThai Food

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes