Peewwiittt…. Cantik kan view KLCC sebelah Nina tuu…?
Cer teka kat mana ni? Pertama kali Nina sampai sini – Restoran berputar Atmosphere 360° yang terletak di lantai TH02, Menara Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 282 meter dari aras bawah, restoran berputar Atmosphere 360° adalah restoran berputar paling tinggi di Asia Tenggara. Wow..!! Teruja seyh …
Atmosphere 360° Restaurant KL Tower best view
Awalnya Nina seram gak, risau kot gayat ke kann…. Risau kot mual ke nanti bila dengar ianya akan berputar 360° – satu pusingan 90 minit. Eerrkk …. Rupanya semua tu hanya naluri bisikan dusta semata! HAhaa.. Relax ehh..
Indahnya Berbuka Puasa di Atmosphere 360° KL Tower
Satu pengalaman penuh makna untuk Nina tatkala berpeluang merasai Preview Buffet Ramadhan 2019 kat sini. Terpesona dengan keindahan view metropolitan Kuala Lumpur dari atas, dapat lak tengok saatnya matahari terbenam, suasana restoran nan romantic dan masakan yang menepati selera. Fuhhh … Indahnya!
Jommm Nina belanja antara menu yang sempat Nina snap buat kenangan dan antara yang paling Nina suka! Tau jer laaa bila teruja lebey tup-tup blank jadi buntu apa pun tak olehhh.. HAhaa..
Live Cooking
Pada tahun ini, di Atmosphere 360° KL Tower ni menyokong reduce food wastage campaign maka mereka menitikberatkan lebihan makanan terutama untuk Buffet Ramadhan 2019 kali ini.
Dengan adanya konsep Live Cooking, makanan hanya di sediakan as per request. Pelanggan bukan saja dapat makanan yang panas segar dimasak sekaligus konsep ini akan mengurangkan pembaziran dan lebihan makanan terbuang begitu saja.
BBQ Grill
Ini antara menu yang Nina suka! Udang nya besar beb.. Fresh lak tu.. Sampai ke kepala Udang tu Nina kasi bersih licin awakk … Tak lupa kambing grill , sotong grill memang asyik dimakan sambil cecah sos black pepper nya. Wajib try tau!
Lebih 240 jenis pilihan makanan yang ada, menu nya rotation setiap hari. Banyakk kannn…? Signature dish kat sini adalah Masakan Melayu Tradisional , international dan ada yang di alih fusion kan mengikut selera Malaysian. Tentunya menepati selera dan citarasa masyarakat Malaysia.
Section noodles
Pelbagai pilihan noodles yang ada. Pilihan Nina Laksa Johor! Kita minta nanti Chef akan buat tuk kita. Bahan rencah korang buh laaa sendiri ikut citarasa. Kuah nya pekat, cukup rempah. Teringat Laksa Johor Mak Anjang Nina… Rindu nya..
Rendang Tok Atmosphere 360° KL Tower
Korang rasa tau nanti. Dagingnya empuk lembut, rempah pun menaikkan selera, memang sedap makan dengan lemang, ketupat palas yang ada. Tetiba rasa macam dah Aidilfitri lak … Haippp! Puasa dulu… HAhaa
Stir Fried Crab With Sweet Sour Sauce
Ahaa… Eillya dok ngadap ketam ni aje! Berulang-ulang dia makan. Favorite dia … Lagipun katanya memang sedap salutan sos kat ketam ni. Bila dah dengar dia dok ulang sedap sedap, mama pun terpaksa laaa rasa. Dan … Memang layan beb!
Satay
Satay merupakan menu pilihan Malaysian. Kat memana Buffet Ramadhan pasti ada dan korang kena rasa kelainan Satay yang ada kat Buffet Ramadhan 2019 di Atmosphere 360° KL Tower ni. Kuah kacang dia terangkat beb!
Salted Egg Prawn
Yang ini lak favorite Nina. Perghhh …. Asyik seyh! Menepati citarasa Nina. Sampai ke titisan terakhr sos yang ada dalam piring Nina kasi licin awakkk… Korang wajib rasa tau!
Patin Tempoyak
Menu tradisional masakan Malaysia yang korang kena rasa walau di mana pun Buffet Ramadhan korang pegi. Setiap Restaurant punya sentuhan Kuah Tempoyak yang tersendiri. Nak makan ni, kena nasi putih dan dia saja baru uummphhh…!! Jangan tersentuh dengan kuah lain baru kaw padu rasa dia…
Antara menu lain yang bakal buat selera korang tak keruan adalah Sayur Lodeh Lemak Putih, Kari Kambing, Patin Tempoyak, Ayam Masak Merah, Mix Vegetables With Mushroom Sauce, Egg Tofu with Mince Chicken ..
Section Kerabu wajib rasa!
Tengok laaa… Pelbagai pilihan kerabu yang ada. Nina dok ulang rasa Kerabu Kerang sebab jarang jumpa kat tempat lain. Sedap! Selain tu kerabu manga, kerabu perut, kerabu sotong tetap jadi pilihan selera tekak Nina. Tak lupa ulam-ulaman dan ada juga pecal. Banyak kann…?
Seafood On Ice
Mmmm … Fresh fresh! Ini kalau Geng ada memang kegemaran dia. Sayang dia tak ikut … Huhuu…
Nasi Mandy
Nasi yang lembut, daging kambing tergolek ni lembut moist mengasyikkan…
Sushi
Chef akan buat sushi live. Sekali dia buat dalam 3 jenis inti then dah sikit dia kan buat lagi 3 jenis yang berlainan pula. So korang akan nikmati sushi yang segar untuk setiap suapan. Sebab dia buat sikit-sikit berlainan rasa maka korang kena selalu laaa intai bila chef buat yang baru.
Dessert
Tarikan utama kat sini adalah Pancake Durian, Serawa Durian dan pelbagai menu lain. Ada Kuih muih Tradisional, Cake, Laici Kang, aneka pilihan bubur, Ice Cream, Pudding , Jelly eh … Banyak lagi laaa…
Pie Tie tuuu korang wajib rasa tau! Rangup, hirisan sayur fresh dan sos dia sedap.. Hastag #AkuSuka
Halal Kitchen
Kot korang antara yang cerewet bab halal food kat Restoren mewah, di Restoren Atmosphere 360° KL Tower merupakan Halal Kitchen berputar yang pertama di Asia. Disahkan HALAL oleh Jakim. Restoran yang bersih sihat dan selamat.
Korang bawa lah yang tersayang sekali sekala berbuka puasa kat sini. Pastinya akan menjadi satu kenangan terindah.
Pakej Harga dan Promosi Berbuka Puasa di Atmosphere 360°
Opkos ada harga promosi Sempena Buffet Ramadhan 2019. Untuk tempahan Early Birds hanya RM232 nett untuk 2 orang. Menarik kann…? Makan berdua dengan suasana yang cukup romantic aduyai … Indahnya..
Harga Promosi Buffet Ramadhan Atmosphere 360° KL Tower
1 . Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
2 . Diskaun 40% untuk 30 tempahan kedua
3 . Diskaun 30% untuk 40 tempahan seterusnya
Exclusive nya nikmati hidangan kat sini, maka kunjungan pelanggan setiap hari adalah limited dan sebaiknya korang call dulu untuk booking. Setiap hari ada harga promosi dan ianya bergantung pada tempahan pada hari tersebut. Andaikan korang nak tempah 4 orang dan pada hari korang tempah masih ada 2 kekosongan dari 30 tempahan pertama, 2 orang akan dapat diskaun 50% .
Dan andaikan 30 tempahan pertama telah penuh, 2 orang lagi kawan korang akan dapat diskaun 40%. Korang tetap akan dapat diskaun. Menarik kann…? Nak lagi jimat, korang book laaa awal-awal. Dapat laaa diskaun 50% untuk hari berkenaan.
So … Cepatan booking sementara slot masih kosong untuk diskaun 50% !!
Untuk tempahan senang aje, korang hanya perlu Whatsapp :- https://www.wasap.my/+60126604375 Shikin https://www.wasap.my/+60126604370 Abdul Salam https://www.wasap.my/+60126604371 Kim Cheah https://www.wasap.my/+60126604374 Nazrin https://www.wasap.my/+60126202052 Susan https://www.wasap.my/+60126604373 Bob
Info lebih lanjut, korang pi intai kat
Facebook : https://www.facebook.com/Atmosphere360/
Persembahan live Ghazal
Korang bukan saja akan nikmati pemandangan terindah malah akan dihiburkan dengan persembahan live Ghazal. Kot korang ada lagu special nak di tuju ker boleh laaa request nanti eh… Sedap merdu suasa penyanyi Ghazal ni… Terleka Nina dok dengar!
Selamat menyambut Ramadhan, selamat menunaikan Ibadah Puasa dan selamat menikmati kenangan terindah bersama yang tersayang. Kenangan Indah Itu Kita Yang Ciptakannya…
salam n hi! we met dekat sini haha time2 dh nak balik tu wakk haha OMG serious mmg sedap2 mknnan dorg x tipu quality over quantity sgt! bahagian grill tu sgt terbaek!!
Salam Suzai… Aahh kita jumpa pun masa nak balik dah kan.. Tak sempat borak panjang. Yes, food sini sedap terutama part grill. Sama taste kita!
Seronoknya dapat makan dekat atas klcc ni! Jelesnyaaa! Cx pon tak pernah jejak kaki ke sana lagi tau! Apatah lagi merasa makanan dia. Hehe. Untung sangat nina dapat makan dekat situ. Tengok makanan dia pon Ya Rabbi sedapnyaaa. Harga pon berbaloi sangat dengan tempat . Bestnyaaaa
Aahh… Dapat makan kat sini satu memori terindah. One day Chaza should try..
kami pun tak sampai naik atas lagi kat menara ni..sedap juga tengok menu2 ada kt sini..sambil makan boleh dengar band dan tengok view cantik
Nanti ada masa should try makan atas ni. Pasti jadi kenangan terindah
wah sedapnya nampak especially yang salted egg tu! teringin pula nak rasa hehe. best betul kalau dapat berbuka dekat sini. sebab pemandangan dia cantik gilos!
Yup pemandangan memang cantik gilos! Malam lagi cantik awakkkk… Oh ya, salted egg prawn tu memang sedap!
Wow bestnya tempat ni , makanan pun nampak sedap je belaka
Best romantik gitu…
Awak kenapa tunjuk rendang tok yang dagingnye empuk tu. Saya dah lama teringin tau. Bestnye! dah la makan sedap view pun menarik gak. Nak try la kat sini nanti.
Nanti book tau. Offer harga dia memang berbaloi. Whatsapp aje for. Booking. Mudah
Ish ada rendang tok! Lamanya tak makan rendang tok..sedapnyaa
Datang sini wajib rasa rendang dia. Sedap bak anggggg
hai nina.. lama tak singgah.. harga dia berbaloi jugak untuk permandangan yang best tu.. mesti ramai yg tak lepaskan peluang pergi dgn yang tersayang nanti..
Hai ita… Yup harga offer dia memang berbaloi. Tempat mewah, best, makan sedap terbaik laaaa
Menarik nya kalau boleh berbuka dekat sini. Jarang jarang nak pergi tempat cantik mewah macam ni. Special occasion boleh lah kot huhuh
Yup… Sesekali special occasion kat tempat exclusive gini memang indah kannnnn
alamak.. kita nampak ketam.. nampak satay.. sedapnyaaaa..
Memang syok la kalau 2ratus menu disediakan.
Sampai tak tahu nak pilih makanan mana.
Serius ketam dia sedap awakkkkk
wahhhh bestnya kalau dapat berbuka puasa dekat sini. dapat menyaksikan suasana bandaraya KL di waktu malam. emsti cantik betul ! teringin bawa family datang berbuka puasa di tempat2 seperti ini. mesti dorang suka nanti
Dapat tengok matahari terbenam. Asyiknya… Dapat bawak family tuang best! Opkos suka. Tempat esklusif gitu
Makanan nampak sedap dengan pemandangan yang menarik. Good place to dine with family and friends.
Kannnn… Dapat bawak family memang best tapi atleast dapat pegi berdua ngan husband pun jadi laaa… Romantik tempatnya
ada live cooking! kalau bawa anak makan dkt sini mesti dia seronok sbb dpt tgk chef memasak. anak minat memasak.
Oooo… Bagusnya anak minat masak. Mana lah tau satu masa nanti dia lak jadi chef kannn
tempat ni sangat cantek..ibarat berbuka puasa di kayangan..suka suasananya yang tenang dan mendamaikan..makanan pun banyak pilihan..mmg heaven betul
Cehhhh ibarat di kayangan gitu! Tapi memang best makan kat sini.
wahhh mesti syok giler kalau dapat berbuka puasa dekat atas Menara ni.. satu pengalaman yang menarik.. sambil menimati juadah berbuka puasa, sambil melihat pemandangan sekeliling dari atas.. syoknya
Romantik gitu… Kalau dapat berdua ngan husband lagi laaaa syiokkk kann
Ha, baru hari tu nak tau harga buffet kat atas tu. Masa tu mmg pi menara KL. Tapi memang harga buffet teruih 2 ke? xdapat beli satu2?
Boleh jer beli satu-satu.. Still dapat diskaun. Book cepat sementara masih ada slot. Whatsapp jer no Nina share tu
Nampak menarik semuanya menu2 berbuka kat sini. Sekali sekala boleh la datang ke sini dgn yang tersayang utk berbuka puasa nanti
Makan kat sini pernah tapi berbuka puasa tak.pernah lagi. Mesti seronok kan…makan2 sambil menikmati pemandangan.
One day nak cuba gaklah berbuka kat sini
Sis, kanak2 kena cas berapa ye
Syioknya kak nina berbuka puasa kat sini. Menu menu semua pun nampak best. View pun lawa. Fuh, saya rasa macam nak repeat pi berbuka kat sini nanti. Dah try aritu, sedap sedap menu dia
Jommmm