Emas
Sapa yang tak suka emas kann? Emas cukup sinonim buat kaum wanita. Emas merupakan perhiasan yang tinggi nilainya. Mak Senah, Kak Limah, Mak Minah, Cik Gayah dan Mek Siti entah nama sesapa laaa Nina petik depa kata emas tu aset simpanan depa. Lagi banyak emas maka lebih tinggi nilai simpanan. Setuju? Cara Kiraan Zakat Emas
So ada yang suka simpan emas? Cer semak semula korang ada berapa bentuk cincin, berapa utas rantai, gelang? Sampai ke siku kah? Ala-ala mami jarum? HAhaa..
Sejujurnya Nina tak berapa gemarkan emas. Tak de koleksi pun… Bukan tak minat cuma bagi Nina emas bukanlah keperluan so asal ada seketul dua dah cukup. Kita simple jer
Pastinya buat kaum lelaki tentu pernah ada pengalaman beli emas walau sekali kan? Setidaknya pernah beli sebentuk cincin tanda “will you married me?” Kan kan kannnnn…? Ellehh… malu laa tuh. HAhaa..
Antara Emas dan Zakat
Tergerak hati nak share ngan korang pasal emas dan zakat. Sesekali berkongsi ilmu yang mungkin korang tak tahu, tak perasan, mungkin terlupa atau mungkin apa-apa laaa… Saja nak sharing ilmiah yang kekadang ibarat self reminder gitu…
Baca : Kedai Emas Murah Viral Kat Kedah
Eh … Artikel atas ni bukan nak pengaruh korang beli emas tau, sekadar berkongsi. Mana lah kot korang nak beli buat hadiah yang tersayang ker.. Buat ibu ker, Isteri ker, anak ker kannn…? Bagi cadangan
Cara kiraan zakat emas
Sebagai seorang Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua kategori.
1) Emas yg dipakai
2) Emas yg disimpan
Cara kiraan zakat emas yang dipakai dibadan
‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan…bukannya 250gm.
Kiraannya adalah:
250gm (pakai) – 150gm (‘uruf) = 100gm
Contohnya
100gm (lebihan pemakaian) x Rm145.12 (kiraan emas sekarang) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yang ditetapkan dalam islam)
Ok, dah faham kannn..? Tu baru citer tentang yang ada kat badan. Yang dok pakai seharian. Tentu ada stok cecantik yang hanya pakai bila waktu tertentu kannn? Bila Hari Raya ker atau ada apa-apa majlis keramaian tertentu.
Cara kiraan zakat emas yang disimpan
Limit simpanan adalah
85gm – jika melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS
Contoh simpan gold bar 100gm.
Kiraan
100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YANG DISIMPAN
Jadi sebeb tu laaa, nak memiliki emas ni harus lah berilmu. Bukan sesuka simpan berketul-ketul buat pekesam, nanti konon terdesak pi pajak. Untung memang laaa untung, mana ada emas yang tak menguntungkan.
Eeermm… Tak mo citer lelebih sebab Nina pun bukanlah hantu emas yang ada ni pun cukup sekadar ada. Bersederhana sebaiknya. Ada harta lebih tu salurkan pada yang memerlukan. Lebih berkat.
Tapi kalau dah minat sangat, apakan daya.. Bayar lah zakat. Settel kann..?? Memuliakan diri sendiri, menyucikan harta dan diri…
Note : ‘uruf tidak melebihi 150gm di atas Nina refer untuk kawasan Kuala Lumpur. Selebihnya korang refer tempat korang tinggal atau keje. Bukan sesuka nak ikut kiraan zakat kat kampung laaa.. Bukan tau!
Eh ehh… Cantik lak design gelang ni kannn? OOppsss…!! Tak mo tengok tenung lelama, risau tergoda. HEhee . . .
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)
Perkongsian ikhlas nina ni semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya. Aamiin…
Untuk lebih terperinci dan rujuk pada yang lebih arif korang boleh hubungi https://www.zakatselangor.com.my/ . Boleh call atau email. Insya’Allah segala kemusykilan akan terjawab. Korang jangan lak tanya Nina , kita bukannya pakar untuk menjawab. Kita ni sekadar perantara berkongsi yang perlu.
Salam ikhlas,
Nina Mirza
Perkara wajib yang perlu dilunaskan. Tabggungjawab tetap kena buat kan tp ade jugak yang buat tak reti.. sama ada memang tak tahu atau buat tak tahu. Jelas dan faham dengan perkongsian k.nina.