Cermin kereta pecah retak hancur berderai
Retak seribu hancur berderai hati ini 😭😭
Eh! Bukan hati, cermin kete Nina. Huhuu…
Alhamdulillah takde sapa yang cedera
Kejadian berlaku tak tahu bila, know know balik Subang semalam Geng saja pi check kete Nina, tengok² cermin dah retak seribu.
Rezeki terjadi masa Nina bawak kete sama anak-anak. Syukur Alhamdulillah..
Cermin Kereta Pecah Retak Seribu
Hari ni bawak pi tukar cermin kat Suhas Windshield Medics Pakar Cermin Kereta terletak di Batu Caves Selangor. Bagus, harga cun! Elok dia buat. Dah nama pun pakar cermin kereta kannn..
Nina tak claimed insurance sebab harga dia tak mahal mana so rasa rugi nak claim. Insurance Nina dah cecah 55% diskaun. Sayang nak guna.. Setuju tak? eerrkk . . .
Dia kata Mujur pasang tinted berkualiti Dan belah dalam pasang magic tinted. So belah dalam takde cermin jatuh banyak sangat.
Kalau tak pasang memang crack dah bersepah dalam kereta. Bahaya cermin pecah halus² tuu
Lepas siap pasang cermin baru, bagi masa dalam 3 hari baru boleh pasang tinted baru semula.
Dan pasang semula magic tinted belah dalam.
Moral of story mana yang tak pasang tinted tu, ada bajet lebih pasang lah tinted yang berkualiti.
Dan rekemen jugak korang pasang magic tinted belah dalam macam kete Nina.
Sempat Nina tanya sikit-sikit tips pasal cermin kereta dengan pekerja kedai ni. Okey, Nina share ngan korang ilmu nya. Moga ianya memberi manfaat bersama.
Cermin kereta pecah retak berderai tiba-tiba tak tahu punca
Punca-punca Sebab Cermin Kereta Retak Pecah Berderai
Kaca cermin hadapan kereta memang direka untuk tahan lasak serta tidak mudah pecah. Namun, mengapa masih ada cermin kereta boleh menjadi retak? Ini antara sebab-sebabnya:
-
Kenderaan bawa bahan pembinaan / batu melantun
Sekiranya korang memandu berhampiran dengan kenderaan berat seperti lori yang membawa bahan pembinaan seperti tanah, pasir, batu-batu kecil, kayu atau apa-apa yang membahayakan, sila pastikan korang dapat mengawal jarak di antara lori tersebut dengan kereta korang.
Ini kerana, objek bahaya yang dibawa oleh lori tersebut boleh jatuh ke jalan dan melantun ke arah kereta dari arah yang kita tak sangka. Apabila jalan raya berada dalam keadaan yang lengang, anda dinasihatkan memotong kenderaan berat terbabit untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
-
Jalan kerikil
Faktor cermin kereta retak ini boleh disebabkan apabila kita memandu di jalan yang berkerikil (gravel road). Ini kerana, batu-batu di jalan tersebut boleh melantun dan terkena cermin hadapan kereta menyebabkan ia retak.
Apa yang korang boleh buat untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi adalah dengan menjaga jarak kereta anda dengan kenderaan hadapan terutama sekali jika anda memandu di belakang kenderaan berat seperti lori. Ini adalah untuk mengurangkan risiko cermin kereta retak akibat terkena batu yang melantun. Ramai pemandu tersalah sangka cermin depan kereta mereka retak akibat cuaca panas melampau, sedangkan ia sudah pun berlubang kecil kerana terkena serpihan batu kecil atau kerikil, dan retak menjalar besar beberapa hari kemudian akibat tekanan dan gegaran pemanduan.
-
Salah pasang cermin
Apabila cermin tidak dipasang dengan betul, ia juga boleh mengundang risiko untuk pecah atau retak. Saiz cermin yang tidak sesuai dengan bingkai turut menjadi penyebab cermin mudah retak atau pecah. Ini kerana cermin kereta kita boleh menjadi longgar akibat saiz yang tidak betul dan apabila dipandu dengan kelajuan yang tinggi, ia akan mengakibatkan impak tekanan dan getaran.
-
Kualiti kaca
Kualiti kaca turut memainkan peranan yang besar dalam menentukan daya ketahanan sesebuah cermin. Kualiti ini bergantung kepada kualiti kaca daripada pembekal atau pengeluar. Apabila kualiti yang diletakkan pada cermin kereta adalah rendah, maka ia lebih berisiko untuk lebih mudah retak apabila sesuatu objek melantun pada cermin.
Kebiasaannya, kualiti yang dikhuatiri rendah ini selalunya cermin kereta yang cermin yang dibaikpulih menggunakan cermin berkualiti rendah atau cermin kereta terpakai.
Kereta Nina ni tak tahu lah apa puncanya. Geng kata mungkin suhu. Sebab kami park kereta kat luar je. Tak de berbumbung. Dan menurut Geng dia ada baca dalam group kereta viva memang ada ahli dalam group tu alami masalah yang sama. Getah kat sekitar cermin kembang punca suhu terlampau panas. Allahualam…
Its ok, apa jua punca nya cermin kereta ni tetap kena ganti baru jugak. Ok sambung tips punca cermin kereta pecah
-
Suhu
Suhu yang panas, atau suhu sejuk yang melampau turut memberi kesan kepada cermin kereta retak. Walaupun ia jarang berlaku, perubahan suhu secara mendadak seperti daripada panas terik kepada hujan dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan cermin kereta retak dibahagian depan terutamanya.
Oleh itu, kita disarankan untuk tidak meletakkan kereta secara terdedah kepada cara matahari terik. Suhu panas boleh menyebabkan sudut sisi cermin mengembang lebih cepat berbanding tengah cermin. Cuaca panas juga mampu membuatkan retak kecil (yang mungkin tidak dapat dilihat mata kasar) merebak lebih besar.
-
Hujan batu
Walaupun hujan batu jarang berlaku di Malaysia, ia boleh berlaku dan pernah berlaku tanpa disangka. Apabila terjadinya hujan batu, ia boleh memberikan kesan buruk bukan saja pada cermin kereta, malah badan kereta turut menerima kesannya.
Cermin kereta ini perlu dijaga supaya daya ketahanannya boleh menjadi panjang. Cermin kereta retak perlu segera ditukar kerana takut ia akan menjadi melarat.
Nina buat kat mana ganti Cermin Kereta Retak Pecah Berderai
Kedai Pakar Cermin Kereta Murah Bagus
Alamat :
Suhas Windshield Medics Pakar Cermin Kereta
NO 117 JALAN SBC 1
TAMAN SRI BATU CAVES
68100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-6188 0034
Facebook : https://www.facebook.com/suhaswindshield
Lokasi sebaris Balai Polis Batu Caves
Sekian ceritera pasal kete dari secubit Nina yang tak berapa pandai Bab kete, tau bawak je.. 😅😅
Baru-baru ni je tahu pasal CARPUT bateri kereta online. Kira up to date jugak kannn?
Note : masa bujang reti jugak sikit² pasal kete ni
Siap modified Kancil ku. Sejak kawin, isi petrol pun Geng yang isi kan . Manja tul 🤭🤣🤣
Bukan salah ai kannnn, sapa suh Geng manjakan ai.
Perempuan kan selalu betul. 🤭😁🤪
menangis tengok cermin kereta pecah oiii. nasib baik masa tu takde orang dalam kete kan