Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE MUDAH
December 18, 2021February 1, 2023

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE JE MUDAH

Kasut Sekolah PALLAS beli online lebih jimat mudah  dan selamat

Isi Kandungan hide
1 Kembali ke sekolah 2022
2 Kembali ke Sekolah. Bijak belanja beli yang berkualiti
3 PALLAS – kasut sekolah pilihan Nina untuk anak-anak
3.1 Eicha punya – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0164BK
3.2 PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0196 BK
3.3 Eilhan cool bergaya dengan PALLAS JAZZ SLIP ON 205-0197BK
3.4 PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES LO CUT SHOES LACE PX37-104ABK
4 Kasut Sekolah Hitam Terbaik PALLAS pilihan hati sebab Beli Online mudah jimat selamat
4.1 Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas
4.2 Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!
4.3 Related posts:
5 Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....
6 Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton
7 cenderahati istimewa... cantiknya! Saya suka, Saya suka..... terima kasih StampNPrint Ent.
8 Resepi Kek Bajet VIRAL SUKATAN CAWAN MUDAH! Baru Cuba Niaga Wajib cuba!

Kembali ke sekolah 2022

Setelah sekian lama anak-anak dok terperuk PDPR kat rumah je, anak-anak bersemangat mengharapkan sesi tahun 2022 anak-anak dapat kembali ke sekolah dengan SOP yang telah diperketatkan oleh pihak berwajib. Kesian!

Tapi sebagai ibubapa, Nina selalu jaga emosi anak-anak agar tidak terlalu lama leka, takut mereka ketinggalan dalam pelajaran. Sekurangnya kekadang Nina kasi je depa main game tapi ada ketikanya  Nina tegas. Macam main layang-layang, sesekali lepaskan tinggi dan tarik kembali dekat supaya  talinya tetap di tangan tidak putus. Haaa gitu. Peribahasa daku bagi. HEheee

Lompat laa tinggi-tinggi asal jangan lupa rumput di bumi. Eh! Salah kann HAhaa
Jangan tak tahu, Nina mama yang garang tau! Sila laaa percaya. HAhaa

Cantik kannn gambar ni?
Lokasi : Padang Pasir Cantik, Klebang Melaka

Kembali ke Sekolah.  Bijak belanja beli yang berkualiti

Tahun depan 2022, Anak Nina yang bersekolah 4 orang. Kakak dah habis sekolah dan sambung belajar ke kampus. Maka untuk persediaan kelengkapan sekolah depa memang kena perancangan rapi terutama bab bajet. Kasut sekolah antara yang Nina titikberatkan. Orang kata alah membeli menang memakai. Biar berbaloi . . .

Yelah… Kita ni rakyat mahrean aje, kena laaa berpada-pada berbelanja dengan bijak.
Walaupun kerajaan beri kelonggaran boleh pakai kasut sukan, Nina prefer kasut sekolah. Sebab lebih menepati bajet dan kasut lebih seragam. Kasut sukan / kasut jalan kann lebih mahal, sayang lah pakai pegi sekolah.

Maka bajet yang ada wajib beli yang bagus. Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak. Tahan laaa sepanjang tahun. Dan semestinya keselesaan faktor paling utama Nina pastikan untuk kasut sekolah anak-anak sebab depa pakai kasut sekolah ni seharian. Harus laaa selesa dan tidak sakitkan kaki. Kasut yang bagus penting untuk tumbesaran anak-anak.  Setuju kann?

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE

PALLAS – kasut sekolah pilihan Nina untuk anak-anak

Nina agak cerewet terutama bab membeli. Maklumlah kita ni surirumah jer maka bajet yang diperuntukan Nina guna sebijak dan sebaiknya. Kasut sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas untuk anak-anak Nina. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Nina yakin dengan kualiti nya yang amat berbaloi dengan harga.

Pendapat Nina kasut Sekolah PALLAS bagus sebab dia tahan lasak bukan saja berkualiti malah rekaannya yang pelbagai menepati citarasa anak-anak Nina. Yang sekolah 4 orang, macam-macam kerenah ada. Memasing ada pilihan design yang mereka minati. Nak tali laaa, nak zip-on laaa, nak ringan nanti nak lari laju laaa Eilhan laa tu , nak yang cepat kering laaa, nak nampak elegent ala princess laa, nak smart stylo laa.. Hadoi..!! Tabah jer laaa..

Ok, meh nak share kasut sekolah PALLAS anak-anak Nina yang cerewet cam mama dia..!! HAhaa

Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!

Eicha punya – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0164BK

Kasut Untuk Eicha! Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0164BK
Yeayyy…. Tahun pertama Eicha ke sekolah. Seronok excited dia tatkala dapat kasut sekolah.
nina pilih design yang ringkas, simple dan lebih ringan untuk Eicha.

Design ni lebih ringan better for growing feet, lebih selesa. Comfort gitu kata omputeh. Selain tu design ini punya ventilation system – pengudaraan yang baik. Alas tapak biru tuu boleh dikeluarkan  senang nak dicuci dan permukaan kasut dengan material mesh cepat kering

Design ni Rebounce Insole memberi lantunan yang lebih baik, lebih selesa. (Better rebounce) dan adanya Arch Support maka ia melegakan ketegangan pada otot kaki. Bagus untuk kaki Eicha, kurang lah penat nanti kannn ..

Design velcro strap gini ni sangat memudahkan Eicha. Jimat masa bersiap ke sekolah nanti. Dah tahun ke-2 Tadika, Eicha pun dah pandai berdikari pakai kasut sendiri. Senang keje mak!

Kasut paling ringan antara semua – X-Light (Lightweight) gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Kasut yang ringan, tahan lasak, ada foam lining untuk extra comfort perlindungan amat Nina titikberatkan.

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0196 BK

Kasut untuk Yana lebih kurang design macam Eicha. ! Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0196BK
Design yang ringkas, simple dan lebih ringan.
Menariknya dia ada kelebihan – Coolling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC.

Antara kelebihan lain design ini adanya Arch Support.
Jangan tak tahu, kekadang ada ibubapa  tak perasan pun samada kaki anaknya  tapak kaki rata atau  berlekuk tinggi.  Tapak kaki sebegini perlukan kasut yang ada arch support untuk membantu  keseimbangan, kestabilan dan sokongan teruatama ketika mereka masih dalam peringkat pertumbesaran.

 X-Light (Lightweight) gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Yana ni kecik je orangnya so rekemen untuk dia kasut yang paling ringan, tahan lasak, special insole cushion with Arch Support, ada foam lining untuk extra comfort perlindungan

Eilhan cool bergaya dengan PALLAS JAZZ SLIP ON 205-0197BK

Tahun ni Eilhan pilih design style slip on yang simple, minimalis , nampak lebih kemas dan bergaya. Mudah pun iyer juga, sarung je settle. PALLAS JAZZ SLIP ON 205-0197BK cool kannn.. Setuju tak?

Eilhan  ni karektor nya suka kemas, bersih selalu dan design ni jenis easy to clean by just tap tap on the upper, dust easily clean! Mudah, cepat dan senang dibersihkan. Budak lelaki kann… Tak berapa gemar bab cuci-cuci ni. Banyak step katanya. Kena rendam, cuci, gosok, bilas, jemur. Maka ianya sesuai dengan personality Eilhan. Mat smart dia ni… Entah ikut sapa laaa tu

Tapak rubber outsole yang bergaris-garis ini better grip! Sememangnya akan memberi cengkaman yang lebih kuat, tidak licin, tidak mudah jatuh ataupun tergelincir dan tentunya memberi lebih pelindungan keselamatan. Bukan itu saja, design ni pakai bawak pergi jalan-jalan pun sesuai kannn…??

PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES LO CUT SHOES LACE PX37-104ABK

Yang akhir untuk Eilman. Dia pilih design PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES LO CUT SHOES LACE PX37-104ABK . Design ni  bertali sepenuhnya. Depannya lace up with metallic eyelets Nampak smart kannn?

Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) warna merah tampak menawan ini memberi cengkaman yang lebih baik – better grip!

Menurut Eilman, suka design ni sebab design canvas lining  nampak lebih stylo. Bukan tu je pengudaraan lebih bagus dan lebih keselesaan, tahan lasak untuk long lasting wear.

Dah remaja ni citarasa dia lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Katanya design ni pun sesuai untuk aktiviti outdoor bersama kawan-kawan. Simple but nice kann?

Kasut Sekolah Hitam Terbaik PALLAS pilihan hati sebab Beli Online mudah jimat selamat

Fuuhhh … Lega! Settel sudah kelengkapan kasut sekolah anak-anak Nina untuk tahun 2022.  Anak-anak pun senyum meleret dah dapat kasut masing-masing. Semuanya berpuashati dan menepati citarasa mereka. Sememangnya kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan Nina buat anak-anak. Yang terbaik semestinya dari Pallas. Jenama yang berkualiti lagi , berbaloi beli dan diyakini tahan lasak nya.

Yeahhh … Kami dah ready nak melangkah dengan yakin mengejar impian dan kejayaan tahun 2022!
Moga tahun 2022 dapat bersekolah seperti biasa. Lama nau dah terperuk kat rumah. Huhuuu

Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas

Sekarang ni semua nya Nina dok beli online! Ya, nak elakkan tempat sesak dan Nina lebih pentingkan keselamatan dan kesihatan sekeluarga. Lebih mudah, jimat masa dan tenaga juga!

Korang boleh beli online. Ya, kasut sekolah pun Nina beli online awakk …

Beli Online Pallas : www.wow2wee.com
Design dan features : https://www.pallas.com.my/pallas-product-features

Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah! 

Senang sangat! Di online lebih banyak pilihan, senang laaa korang membuat pilihan yang bijak seiring dengan kualiti dan citarasa. Online pun ada banyak offer! Recommended

Untuk matlumat lebih lanjut, korang boleh laaa mentelaah di
Website : www.pallas.com.my
Facebook : www.facebook.com/PallasMalaysia

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE

Akan tapi, buat yang nak pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli   kat AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana.

Eh! Korang dah beli ke belum kasut sekolah anak-anak? Selamat bershopping!

Related posts:

Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....

Sinopsis Drama NUR 1 Hebat! Wajib tonton

cenderahati istimewa... cantiknya! Saya suka, Saya suka..... terima kasih StampNPrint Ent.

Resepi Kek Bajet VIRAL SUKATAN CAWAN MUDAH! Baru Cuba Niaga Wajib cuba!

Lifestyle Parenting Review Tips Beli ONLINEDesign Kasut Sekolah TerkiniHarga Beli OnlineHarga Kasut Sekolahkasut sekolahkasut sekolah cepat keringkasut sekolah menengahkasut sekolah onlinekasut sekolah rendahkasut sekolah tahan lamakasut sekolah tahan lasakkasut tadikaPallasTips Beli Kasut SekolahWow Store

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. azni says:
    December 18, 2021 at 4:37 pm

    amboii,,, pantas yer membeli untuk anak2. iman masih boleh pakai sbb berli nak masuk baru nih

    Reply
  2. Rawlins GLAM says:
    December 21, 2021 at 2:47 pm

    Makin bergaya ye kasut Pallas now. No wonder anak-anak saudara Rawlins pun demand nak pakai. Tapi nampak ok kan, lagipun senang bebudak nie nak jaga.

    Reply
  3. yusmaliza says:
    December 21, 2021 at 11:19 pm

    jenama kasut yang tak asing lagi sejak dulu selain bata. Tetiba teringat zaman sekolah. bestnya banyak memory sangat…

    Reply
  4. The Foodie Passport says:
    December 22, 2021 at 10:26 am

    The shoes look incredibly comfortable. The shoe pattern is simple and interesting. Thanks for sharing the info.

    Reply
  5. Rane Chin says:
    December 22, 2021 at 11:00 am

    I bought 2 pair PALLAS for my girls this year but too bad they out grown during MCO hahaha

    Reply
  6. Lee Jia Shin says:
    December 22, 2021 at 8:16 pm

    Thanks for the recommendation my daughter is attending primary 1 next year need to get her a pair.

    Reply
  7. Marina says:
    December 24, 2021 at 10:38 am

    Anak Marina pon guna kasut Pallas ni

    Reply
  8. Fatin Diana says:
    December 29, 2021 at 9:58 pm

    fav brand dr fatin zaman sekolah lagi

    Reply
  9. Dakemach Jingfeng says:
    March 15, 2022 at 5:37 pm

    I’ve read some good stuff here. Definitely worth bookmarking for revisiting. I surprise how much effort you put to create such a great informative website

    Reply
  10. Charlotte Taylor says:
    September 15, 2022 at 12:18 am

    Thanks for sharing this amazing article, it is a very informative post good work keep it up.

    Reply
  11. Pingback: Kasut Sekolah PALLAS bagus lebih jimat beli online je
  12. Pingback: KASUT SEKOLAH HITAM TERBAIK KE PUTIH PALLAS PILIHAN
  13. Pingback: KASUT SEKOLAH HITAM TERBAIK BERKUALITI TAHAN LASAK
  14. NashryllHaikal Mohd Nasir says:
    August 11, 2023 at 3:50 pm

    Macam Toyota

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 22, 2023 at 4:11 pm

      Toyota?

      Reply
  15. Max Richardson says:
    November 22, 2023 at 2:59 pm

    I read your new stuff on a regular basis. Your writing style is awesome, keep doing what you’re doing. You can visit our website at any time.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes