Persediaan kelengkapan sekolah anak-anak antara bajet paling penting yang harus dititikberatkan setiap tahun. Yang punya anak ramai, bajet kewangan memang ketat, boleh tercekik dibuatnya kalau takde sediakan tabung persediaan kelengkapan sekolah. Antara yang penting sudah tentu kena beli baju sekolah yang berkualiti, kasut sekolah hitam terbaik bagus untuk anak-anak kita. Tak kira lah sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Lega! Alhamdulillah tahun ni, kerajaan baik hati semua pelajar sekolah kebangsaan dapat Bantuan Awal Persekolahan 2023 (BAP2023) , setiap pelajar diperuntukkan RM150 seorang.
Bagusnya inisiatif kerajaan! Sejujurnya buat keluarga yang punya ramai macam Nina memang rasa lega sangat. Sedikit sebanyak memang meringankan bebenan bajet persediaan Back To School anak-anak. Kalau tak de bantuan, memang cecah beribu . Yelah semua pun mahal sekarang ni. Bertabah laa..
PALLAS JENAMA KASUT SEKOLAH HITAM TERBAIK STYLO PILIHAN HATI
Ini lah 4 ketul yang masih bersekolah. Sesi persekolahan 2023 nanti Eilman form 4, Yana form 2, Eilhan darjah 4dan Eicha paling kecik tuuu excited darjah 1.
Kakak Eillya yang sulung masih meneruskan pembelajaran di Politeknik. Dia punya bajet usah tanya, nangis korang dibuatnya kalau Nina list kan. Huhuu.. Apapun semuanya rezeki anak-anak. Usahakan sehabis baik yang mampu. Semua parents pun akan berbuat perkara yang sama kann?
Bijak belanja beli yang berkualiti
Ahaa… Bab barang keperluan anak-anak memang Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak. Bukan apa, tak mau laa baru pakai beberapa bulan jer dah rosak. Rugi weyh… Kalau beli barang yang murah tapi takde kualiti, cepat rosak kena beli lagi dah double triple budget nya kann… So, pada Nina biar lah alah membeli menang memakai. Haa gitu..!
Kasut sekolah hitam terbaik bagus untuk anak sekolah rendah menengah / lelaki dan perempuan
Kasut sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Betul turun temurun sekarang anak-anak Nina pun Nina belikan kasut sekolah Pallas. Nina yakin dengan kualiti nya yang tahan lasak, berbaloi dengan harga. Dah kasitau kannnn tadi Nina cerewet bab membeli. Hehee…
Bila cerita bab kasut sekolah terbaik semestinya dari Pallas sebab Nina sukakan rekaan kasut Pallas yang punya banyak pilihan yang menepati citarasa anak-anak Nina. Maklum lah kita ada 5 orang anak. Yang sekolah 4 orang, macam-macam kerenah. Nak tali laaa, nak zip-on laaa, nak yang cepat kering laaa, nak yang cepat mudah dipakai laaa.. Hadoi..!! Tabah jer laaa..
Meh tengok design pilihan kasut sekolah Pallas yang Nina pilih untuk anak-anak Nina
PALLAS X-SERIES SCHOOL SHOES SLIP ON PX25-011BK
Kasut Untuk Eicha!
Yeayyy…. Tahun ni Eicha darjah 1! Seronok excited tak terkata nak masuk sekolah rendah.
Nina pilih design yang ringkas, simple dan extra comfort untuk Eicha.
Laceless slip tanpa renda dengan reka bentuk jalur foxing warna Merah tebal ditambah highlighted PVC yang diserlahkan pada backstay yang menarik. Kelebihan design ini adalah padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption. Canvas lining untuk untuk kebolehnafasan yang sangat baik dan keselesaan tambahan untuk Eicha pakai sepanjang hari di sekolah nanti!
Lagi pula, design ini mudah cepat dipakai, sarung aje dah siap. Jimat masa bersiap ke sekolah nanti. Design ni pun style jugak bawak pegi jalan kannn?
PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP 205-0200 BLACK
Velcro strap design yang ringkas, simple dan lebih ringan untuk Eilhan.
Menariknya dia ada kelebihan – Coolling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC. Kusyen tumit 9mm memaksimumkan penyerapan hentakan dan dengan cekap menyebarkan tekanan pada tumit dalam masa yang lama
Kasut paling ringan antara semua – extra superlight weight X-Light gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Kasut yang ringan, tahan lasak, ada foam lining untuk extra comfort perlindungan amat Nina titikberatkan.
Antara kelebihan lain design ini adanya Arch Support.
Kasut sekolah Pallas ini dengan adanya special insole cushion with “Arch Support” memberi melegakan ketegangan pada otot kaki. Yelah anak seharian dok berada kat sekolah kann..
PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES LO CUT SHOE LACE 7328 BLACK
Yang ini untuk Yana! Signature and unique Jazz lace up design
– Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
– Rubber outsole for excellent grip
Ahaa… Nampak benefit kasut untuk Yana adanya canvas lining untuk pengudaraan dan keselesaan yang lebih baik.
Tumit kasut getah memberi lantunan yang lebih baik dan gerbang sokongan melegakan ketegangan otot kaki
Adanya arch support yang amat penting untuk support kaki dan ianya bertindak melegakan ketegangan otot kaki. Idok lerr kakak Eillya cepat penat, lenguh bila melakukan sebarang aktiviti di sekolah nanti. Don’t worry Yana , mama gerenti Yana akan selesa sepanjang hari dari pagi hingga ke petang nanti.
Dan lagi, ada nya rubber insole bukan sahaja memberi lebih keselesaan malah memberi lantunan yang lebih baik. Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain ianya memberi lebih keselesaan.
PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES LO CUT SHOES LACE PX37-104ABK
Yang akhir untuk Eilman. Dia pilih design bertali sepenuhnya. Depannya lace up with metallic eyelets Nampak smart kannn?
Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) warna merah tampak menawan ini memberi cengkaman yang lebih baik – better grip!
Menurut Eilman, suka design ni sebab design canvas lining nampak lebih stylo. Bukan tu je pengudaraan lebih bagus dan lebih keselesaan, tahan lasak untuk long lasting wear.
Dah remaja ni citarasa dia lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Katanya design ni pun sesuai untuk aktiviti outdoor bersama kawan-kawan. Simple but nice kann?
Kasut Sekolah PALLAS Beli Online mudah jimat selamat
Fuuhhh … Lega! Settel sudah kelengkapan kasut sekolah anak-anak Nina untuk sesi sekolah tahun 2023. Semuanya berpuashati dan menepati citarasa mereka. Sememangnya kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan Nina buat anak-anak. Yang terbaik semestinya dari Pallas. Jenama yang berkualiti lagi , berbaloi beli dan diyakini tahan lasak nya.
Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas
Macam tahun-tahun sebelum ni, Nina beli online je!
Lebih mudah, jimat masa dan senang
Takyah berdondang dondeng dengan anak berderet kat Mall. Bukan apa, kalau terjebak TERmasukkan diri dalam Mall ni , mau seharian dok dalam tu.. Jenuh aihh..
Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!
Senang sangat! Di online lebih banyak pilihan, senang laaa korang membuat pilihan yang bijak seiring dengan kualiti dan citarasa. Online pun ada banyak offer! Recommended
Sekarang ni semuanya order bayar, terus sampai depan rumah. Settel!
Beli Online Kasut Sekolah Pallas : www.wow2wee.com
Tengok Design kasut sekolah Pallas dan features : https://www.pallas.com.my/pallas-product-features
Untuk matlumat lebih lanjut, korang boleh laaa mentelaah di
Website : www.pallas.com.my
Facebook : www.facebook.com/PallasMalaysia
Yeahhh … Kami dah ready nak melangkah dengan yakin mengejar impian dan kejayaan tahun 2023!
Dalam cerita bab bajet sekolah dan berjimat ni, Nina amalkan anak bawak Bento Bekal Sekolah. Lagi mudah sebab anak tak perlu bersesak beratur beli makanan kat kantin. Ini antara IDEA Bento Bekal Sekolah berkhasiat yang selalu Nina masak. Korang pun boleh cuba. Memang banyak jimat dan puashati sebab kita tau anak makan makanan sihat.
PALLAS KASUT SEKOLAH HITAM TERBAIK
BERKUALITI TAHAN LASAK CEPAT KERING
Gigih kannn depa ni? Walau berpanas terik steady je mengayakan kasut sekolah Pallas!
Manakan tidak, kasut sekolah terbaik bagus selesa semestinya dari Pallas
Selain beli kasut sekolah Pallas online, korang masih boleh pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli kat AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana. Ikut lah kesesuaian masa dan kelapangan korang. Ramai je yang suka shopping dalam Mall sambal jalan-jalan cari makan dan bonding time with family.
Apapun… Keutamaan keperluan sekolah anak-anak harus diutamakan. Duit BAP dah dapat kann?
Berbelanja lah dengan hemah dan bijak. Pepandai laa spend dengan telus dan amanah terutama perihal pengurusan perbelanjaan anak-anak. Selamat bershopping!
sy pun suka Jenama palas ni. tahan lasak. design pun up to date.
smart wooo!! saya pun bagi anak2 pakai Pallas jer. Tahan lasak. Design lawa. Bagus untuk kaki pulak tu..
Aaaa belum beli kasut jer nih. Lain dah settle
done beli untuk anak juga
La sama kak nina.. Kita belikan anak2 kasut pallas.. Memnag berkualiti
Kitorang memang dah fall in love dengan pallas. Suka tengok design kasut sentiasa up to date. Lagipun kasut jenama ni selesa dipakai sepanjang hari.
Sama dengan anak2 lin. Kami guna Pallas juga… Kasut dia memang berkualiti…
Cx pon suka design Pallas ni. Lembut selesa untuk anak
Very good article, the sharing is quite interesting and useful to me. I have learned a lot from your post. hope that you will have more new articles in the near future!
wahhhh, bergaya sakan anak2 dengan kasut pallas, model cilik berbakat betul!
design smart dan selesa ,jenama lejen ni
Suka tengok anak-anak kak nina mengayakan kasut sekolah jenama Pallas. Sesuai sangat tengok. Abg Qi pun nak beli sama.
wahhh semua bergaya dengan kasut sekolah pallas .. sekolah rajin2 tau ..
bergaya semua anak2 k.nina pakai kasut Pallas. Kemas je bila pakai kan, baru semangat nak belajar sbb semua cantik ensem dah 🙂
Wahhh~ anak-anak kak nina dah gayakan kasut Pallas nie. Lawa betul design tu.
Memang nampak selesa bila anak-anak pakai kan Kak. Awal-awal lagi anak Sal dah pesan nak kasut sekolah Pallas untuk sesi 2023 ni
Tahun nie Rawlins pun hadiahkan kasut Pallas buat anak-anak saudara Rawlins sebab fesyen dia makin menarik dan sesuai digunakan kat sekolah.
lejen betul brand ni kan! pejam celik pejam celim sekolah dah nak buka dah. uii neves lak. semoga dipermudahkan semuanyap
Ohh wowo….all the Pallas shoe designs in black looks so cool & Stylo really, happy school kid wearing them to school kan . Cheers Siennylovesdrawing
kasut pallas mmg rekaan sgt smart.. tahan lasak dan paling penting selesa dipakai seharian
Dulu pun sis pakai kasut sekolah Pallas, memang selesa dan tahan lasak juga.
yang jenis sarung je pun ada ye. menarik
Kasut Pallas memang dikenali kerana tahan lasak dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Terpaling best is designnya sangat trendy. Agree sangat Kak Nina, seriyes, tampak stylo agitchew.
Amazing blog & phenomenal writting. It was truly informative, thank you for putting all the effort that you did in writting this exceptional blog!