Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Sedap Lembut
February 18, 2023March 23, 2023

Resepi KUIH BAKAR PANDAN Blend je

Lalala… Dah start cuti sekolah! Kenduri sana kenduri sini. Biasalah cuti sekolah. Biasanya bila kenduri kekadang kita ni kekeringan idea apa nak diberi buah tangan untuk majlis sedara mara kann? Ok, hari ni Nina nak share resepi paling mudah antara kuih tradisional kegemaran tak kira usia. Korang boleh lah cuba Resepi Kuih Bakar Pandan nih. Paling mudah sebab blend je, pastu bakar dah siap!

Ya blend je semua bahan! Mudah sangat
Bahan nya pun tak susah. Kalau beli boleh tahan mahal jugak harganya. Tak silap satu adunan cecah RM8 kot. Maklum lah laa ni semua bahan pun mahal. So setakat masak resepi yang simple mudah gini lebih jimat buat je sendiri. 

Kuih Bakar Pandan ni ada jugak panggil dia Kueh Kemboja. Maybe sebab rupa bentuk dia kot. Entah! Nina pun kurang arif. Makan Nina tau laa.. HAhaa..
Tapi setidaknya Nina tau jugak cara buat kueh kemboja ni . Ok laaa kan?

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Sedap Lembut

Resepi Kuih Bakar Pandan Mudah Sedap

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (air 200ml + 5 helai daun pandan)
2 cawan tepung gamdum
1 cawan santan (200ml)
1 cawan air 200ml – kalau nak ganti air dengan susu kotak full cream lagi sedap
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau
bijan – tabur atas adunan


Cara penyediaan Resepi Kuih Bakar Pandan 

  • Campurkan semua bahan. Blend sebati
  • Masukkan 2 sudu minyak dalam loyang
  • Panaskan loyang dalam oven. 
  • Bila minyak dah panas, masukkan adunan tadi
  • Taburkan bijan
  • Bakar 180c sampai garing  (Nina bakar lebih kurang 30-40 minit)

Selamat mencuba !! Senang ajerr ….
Lepas ni kalau sedara mara ada kenduri ke, boleh laa korang buat Kuih Bakar Pandan gini dan jadikan menu tambahan kenduri. Seronok jamu orang makan air tangan sendiri kannn? Hehee

Selain hidangkan Kuih Bakar untuk tetamu , Nina cadangkan korang cuba Resipi Agar-agar Kemenyan! Sedap jugak, lagi senang cara nak buat nya. Eh Eh.. Dah kenapa rasa ngeri sebab nama dia ehh?
nama lain orang panggil Agar-agar santan. Atau ada jugak panggil Agar-Agar Gula Merah.
Atau English style sikit korang boleh lah cuba Resepi Muffin Pandan. Semua yang Nina share resepi sukatan cawan, mudah laa korang nak cuba. Tak payah timbang-timbang.

Resepi CupCake Pandan Sedap Mudah Moist

Kueh Bakar Pandan ni adalah kuih muih tradisional, tekstur dia lembut, orang takde gigi pun boleh makan. Sebab tu sesuai untuk semua peringkat usia. Rasanya lembut, halus, tak manis sangat. Sedang enak aje! Wangi bau pandan.
Kalau taste Nina, paling suka part kelilingnya tu kasi masak burn sikit. Nampak lah garing hitam hitam sikit tu lebih sedap! Ini ikut taste Nina laa, citarasa korang pulak suka yang macam mana? 

Selain kuih bakar pandan, korang boleh cuba Resipi Puding Roti Pandan. Sedapnya tak boleh bawak bincang! Rekemen korang cuba..

Resipi Puding Roti Pandan

Related posts:

Menu Jimat Minyak... Kita bako aje! Ayam Bakar Berempah Mudah Sedap
Masak sendiri puashati. RESEPI YEE MEE SIZZLING sedap mudah je
Cara buat CILI JERUK HIJAU Homemade. Tips cili jeruk tahan lama tak berkulat
Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis
Resepi DessertMenu Majlis KeramaianMenu Open HouseResepi kek Blenderresepi mudahResipi sukatan cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Cie says:
    February 18, 2023 at 10:16 am

    selalunya nak makan kuih bakar beli je. lepas ni boleh la buat sendiri je. terima kasih share resepi 🙂

    Reply
  2. Dorsett Pink says:
    February 18, 2023 at 3:26 pm

    WOW! Sedapnya. kalau dah sihat nanti, nak buat lah. Kak nina share resipi ni nampak macam simple dan senang jer nak buat kuih ni, so nak cuba lah nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes