Resipi Agar-agar Kemenyan antara menu pencuci mulut pilihan Nina sekeluarga terutama nya bila tiba bulan Ramadhan atau musim panas terik lit-lit. Dok ulang resipi agar-agar ni je. Lama betol tak buat agar-agar. Musim panas gini memang nak kan yang sejuk-sejuk je baru rasa nyaman. Paling syok nikmati agar-agar lepas lunch. Sejuk nya lalu masuk ka tekak ni. Mmmm… nikmat!
Orang dolu-dolu suka buat agar-agar yang simple. Selalunya agar-agar merah ros, paling advance pun agar-agar yang ada letak santan. Macam cantik je bila ada lapisan santan, pastu hasilnya tu ada corak-corak. Simple sedap! Nina paling suka agar-agar kemenyan
Eermm …. Kenapa ehhh namanya Agar-Agar Kemenyan??
Entah! Nina pun tak tahu. HAhaa
Mungkin kejadian dia macam batu kemenyan kot?! Entah laa…
Tapi korang jangan lah seriau pulak sebab ada je nama lain yang molek untuk agar-agar ni.
Nama timangan lain untuk agar-agar ni ialah :- Agar-agar Gula Melaka. Agaknya sebab bahan asas dia gula melaka kot.
Resipi Agar-Agar Kemenyan aka Agar-Agar Santan Gula Merah
Bahan-bahan
10gm agar2 (Nina guna agar2 serbuk = 6 sudu rata KFC)
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih – nak letak lebih sikit pun ok
1150ml air
120ml santan (Nina guna santan kotak ajerr…)
1 biji telur (pukul ngan santan tadi)
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara penyediannya
- Masak air dan gula bersama daun pandan. Kemudian tapis.
- Masukkan serbuk agar-agar dan masak lagi sehingga kesemua larut.
- Kecilkan api, tuang campuran santan dan telur yang telah dipukul tadi serta garam. Kacau hingga mendidih.
- Setelah itu, masukkan kedalam acuan dan sejukkan.
- Sedia dihidangkan.. potong ikut suka 🙂
Korang suka yang simple ke yang jenis puding ada letak susu, pastu ada pelbagai inti, lapisan. Suka yang cantik lapis-lapis korang boleh cuba Resipi Puding Milo Oreo. Viral giler puding ni. Rekemen korang cuba!
Proses buat nya pun sikit leceh, remeh berbanding agar-agar kemenyan ni. Tapi kategori puding ni kejadiannya memang cantik! Sesuai dijadikan menu untuk sebarang jamuan, majlis atau kenduri.
cantik la nina kejaadian agar2 tuh.. yang layer ats tu halus jek.. mmg sedapkan kan kan. layann je kat tekak..
Terima Kasih Izah …
Tapikan, Nina lagi suka tengok Izah punya. Nampak macam berkerawang gitu..
A'ahhh Izah, lajuuu >>>> ajer masuk kat mulut. Tak perasan pun dah banyak makan rupanya 🙂
hehee . . .
assalam Nina
salam singgah ye…cantik blog Nina
cantik agar2 kemenyan atau akak panggil agar2 santan ni. Lama x buat dah, kalu kat kg ramai2 baru rajin buat sb ramai yg makan he he
Wsalam Mama Sara Nur..
Terima kasih kerna sudi singgah blog Nina.
Adunan nie tak der laaa dapat banyak sangat pun.
Sedang elok utk buat makan sekeluarga + hulur kat jiran sikit..
Nina keluarga yang kecik nie pun laju ajer~~~
hehehe . . …
KC panggil ni agar-agar santan, dik. Tgh planning nak buat ni.
My mouth is watering here! Besnyaaaa masuk list! 🙂
kalo santan di gantikn dgn susu creamer pekat manis bole ke?
that was really wonderful, your articles are amazing and full of information I enjoyed reading them, hope for more content from you in future
Amazing blog about the foods and cutlery really writer has chosen the unique content in the blog.
That you give great recipes.Its look delicious and yummy.Really appreciate you sharing this post.Thank you