Sapa suka makan taugeh? Dapat yang segar, rasa rangup memang sedap. Ratah gitu je pun sedap. Taugeh adalah salah satu jenis sayuran yang popular dalam masakan Asia. Ketahui Resepi Taugeh, Cara Tanam dan Khasiat amalkan makan taugeh untuk kesihatan.
Tauge antara sayur yang paling mudah didapati, harga juga murah dan anak kita pun boleh buat sendiri dengan tanam dirumah. Serius projek tanam taugeh ni menyeronokkan!
- Rasa
Rasa nya adalah ringan dan segar. Ia mempunyai rasa yang agak renyah dan sedikit manis semulajadi. Taugeh juga boleh menyerap rasa bahan-bahan dalam hidangan, jadi ia boleh menjadi lebih sedap apabila dimasak bersama-sama dengan rencah-rencah dan sedikit kicap. - Bentuk
Taugeh adalah pucuk tunas kacang hijau yang ditanam dalam keadaan gelap (taugeh biasa) atau ditanam di bawah cahaya matahari. Taugeh biasa tumbuh dalam keadaan gelap dan mempunyai batang yang lebih panjang dengan warna putih atau kuning. Taugeh cerah tumbuh di bawah cahaya matahari dan mempunyai batang yang lebih pendek dengan warna hijau. Taugeh biasa lebih lembut, manakala taugeh cerah lebih renyah.
Taugeh sering digunakan dalam pelbagai masakan Asia, termasuk dalam mee goreng, laksa, rojak, dan hidangan tumis. Ia juga sering digunakan sebagai hiasan atau topping dalam hidangan seperti mee, bihun goreng dan sup. Selain rasa yang menyegarkan, kandungan nutrisinya yang baik dan sering digunakan dalam makanan seimbang untuk menambahkan tekstur yang menarik dan rasa yang segar.
Khasiat Taugeh
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang erkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
bagus untuk mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan anak. So Tauge bagus untuk Ibu mengandung, Untuk wanita dan untuk lelaki.
4. Kurangkan Lemak
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Cara tanam tauge
Mudah sangat cara tanam sayur nih. Gerenti projek sekolah anak korang akan ada tugasan tanam tauge. Anak sekolah rendah memang seronok bila tengok hasil tanaman derang menjadi dengan jayanya. Dah jadi kita masak laaa.. tentu berbunga-bunga hati mereka!
Bahan-bahan yang diperlukan
- Biji kacang hijau (biji tauge)
- Air bersih
- Alat perkecambahan (seperti penyuling atau bekas plastik)
- Kasa kain atau tudung meja
Langkah-langkah step by step tanam tauge
- Bilas Biji Kacang Hijau:
- Bilas biji kacang hijau dengan air bersih untuk membersihkannya.
- Perkecambahan Biji:
- Letakkan biji kacang hijau dalam alat perkecambahan, contohnya penyuling atau bekas plastik.
- Isi alat tersebut dengan air sehingga biji terendam sepenuhnya.
- Tutup Alat Perkecambahan
- Tutup alat perkecambahan dengan kasa kain atau tudung meja untuk menghalang cahaya masuk.
- Penyimpanan di Tempat Gelap
- Letakkan alat perkecambahan di tempat yang gelap dan sejuk seperti dalam penyuling atau di tempat yang gelap di rumah anda. Cahaya akan menyebabkan tauge tumbuh dengan warna hijau (tauge cerah), manakala dalam keadaan gelap, ia akan menjadi tauge biasa.
- Penyiraman dan Pemeliharaan
- Seminggu sekali, bilas biji kacang hijau dengan air bersih. Buang air tersebut dan jangan biarkan biji kering sepenuhnya.
- Teruskan proses penyiraman ini sehingga taugeh mencapai panjang yang diinginkan (biasanya dalam masa 4-6 hari).
- Penuaian Tauge
- Apabila tauge telah mencapai panjang yang diinginkan, ia boleh dipetik dan digunakan dalam masakan.
Inilah cara tanam tauge sendiri kat rumah. Proses ini mudah sangat, bahan dan kos pun tak banyak. Dah jadi dapat lah taugeh segar untuk hidangan lauk hari ni.
RESEPI TAUGEH MUDAH SEDAP
Resepi Taugeh ala Chicken Rice Shop
1. Celur tauge separuh masak, toskan. Letak taugeh dalam pinggan.
2. Sediakan 1 cawan air. Masukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan dan 1 kiub pati ayam ke dalam cawan berisi air tadi. Kacau bagi sebati.
3. Sementara itu tumiskan seulas dua bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
4. Kemudian curahkan bancuhan air tadi ke dalam tumisan dan biarkan mendidih sekejap.
5. Akhir sekali siramkan kuah tersebut ke atas tauge yg telah dihiaskan dengan daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Siap!
Credit to Nurul Asyikin
Resepi Taugeh Kerabu Kerang
Bahan-bahan
1 mangkuk taugeh ( celur sekejap)
5 biji kacang botol ( saya takda stok pakai kacang panjang je)
1 biji bawang besar ( mayang)
5 biji cili padi
1 batang bunga kantan ( hiris nipis)
1 genggam udang kering
1/2kg isi kerang rebus
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara buat kerabu taugeh kerang
- Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula Dan garam serta kerisik gaul sebati.
- Satu kan semua bahan dalam bekas Dan gaul rata, rasa dan boleh lah adjust rasa mengikut selera masing-masing. Mudah kann? Selamat mencuba
Cara Penyimpanan
Tauge hanya boleh disimpan dalam tempoh 2 hingga 3 hari sahaja di dalam peti sejuk. Kalau terlama lama terendam, ia akan menjadi lembik, tidak segar, tidak crunchy!
Cuba : Resipi Kuey Teow Goreng Bodo Paling Senang Sedap
Amacam? Banyak kan khasiat taugeh!
Cara nak masak taugeh pun mudah, jom amalkan makan taugeh.
Favourite sayur saya taugeh ni tapi husband tak suka. kadang saya saja sakat dia masak lauk taugeh
suka taugeh CR, dapat makan tuu je pun ok…